Contact

Tuesday, January 26, 2010

simply must share...

Subhanallah...Alhamdullillah....
eh2 kenapa ni ???ececeh ... mesti tertanya-tanyakan?kenapa la si penulis hari ini kelihatannya begitu gembira sekali!huhu..pada tanggal 25/01/2010.....telah terbanglah sepucuk surat sampai kedepan rumah aq..abang posmen y adikku selalu tunggu2 tu datang dengan melemparkan senyuman manisnya y memang aq cakap x boleh bla seperti selalu..huhu..yup! memang tugasan diaorang memerlukan dealing y tersangat eh tak de la sangat just at the acquired level...for their responsibility..
so aq amat dan amatlah respect dekat orang2 y macam ni ..diaorg jalankan tugas dgan penuh berdedikasi n satu hari nant ciri2 ni memang patut ada pada aq!!!

berbalik pada apa yg buat aq rasa gembira ,suka,riang,ria,teruja,terpaku, dan mungkin mati seketika ialah apa y ada dalam salah satu sampul surat itu y atasnya tercatit nama aq...WAU!!!!!!!SANGAT2 TERUJA!!! Rupanya itu adalah satu pernyataan dan perakuan seperti mana y pelajar2 lain y sememangnya aq minati atas kejayaan diaorg ,dapat!!!!paham???mungkin ayat ni agak berbelit...almaklum dalam otak rasa macam ada1001 idea aq nk tulis kat sini hari ni....bahaha ;-))
sebenarnya x der apa...cuma bagi seorg y bergelar pelajar macam aq ni..bila dapat anugerah dekan memang boleh membuatkan aq mati seketika!!~surat sampai depan rumah!bukan depan asrama!maka org first y bukak sudah tentu mamaku itu...wau...!!!kedengaran gembira suaranya ketika memberitahuku...
Disini pengucapan syukur keluar dari bibir pemikiranku atas kegembiraan y telah aq cetuskan/ledakkan dihatinya itu....
ALHAMDULLIALLAH......;-))



meh layan lagu ni...saat2 gembira macam ini ianya amat menenangkan...(pada aq n may be pada kamu juga..)

p/s:owh..woh hampir terlupa..mcamana rupa baru blog ini??cantik??moga2kita lebih enjoy disini....dgan smthing y lebih berguna in the future noh!!!

Wednesday, January 20, 2010

macamana nak pilih kawan.or..rakan..or may be lebih jelas sahabat dan teman....


Petikan dari nasihat Alqomah kepada puteranya : 

 Berpesan Al Qomah kepada puteranya, “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih teman teman yang memiliki sifat yang berikut:

  • ~Jika kamu di timpa oleh bencana maka temanamu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan masalahmu itu

  • ~Jika kamu meminta baantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya
     
  • ~ Jika kamu merancang sesuatu maka temanmu ituakan turutmebantumu dengan memberikan pandangannya
     
  • ~Jika kamu bercakap cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata kata mu itu
     
  •  ~Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu dia akan segera menutupinya
     
  • ~Jika kamu mengeratkan tali persahabatan itu maka dia akan menyambutnya dengan baik malah membalasnya kembali
     
  • ~Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka dia akan mengingatinya, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu
     
  • ~Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu daripadanya maka dia akan bertanyakan kesusahanmu itu
     
  • ~Jika kamu berselisih faham dengannya maka dia lebih rela mengalah untuk memelihara persahabatan itu.

moga2 dengan adanya panduan2 tambahan ini dapatlah kita menilai dan memilih rakan2 y terbaik bagi menjadi peneman hidup y juga dapat sama2 dalam memperbetulkan sedikit sebanyak kesilapan kita saban hari ;iaini dengan menjadi motivator kita y paling istimewa... ;-)

Monday, January 18, 2010

Menangisi dosa!

Wahai kaum yang bertaubat , mari tangisi dosa ! Inilah saatnya berduka.Marilah kita tumpahkan air mata dan sesali jauhnya kita darinya membaik seperti semula.
Uban! Ye uban telah mengingtkan kita akan hancurnya tempat tinggal .Wahai y berpaling mest telah beruban,keranda telah menunggu!

Wahai y tersesat dalam keberpalingan!Wahai yang terlindung ditengah para pendosa!Siang kau mengejar dunia ,tatkala malam engkau tetidur dengan kelelapan.Ini sungguh sebuah kerugian !Jika masa muda berlalu tanpa laba di tangan ,tuamu hanyalah masa pencelik pemikiranmu.Anganmu terlalu panjang dan teramat jauh , padahal kubur telah semakin dekat memanggil.!

Melangkahlah dalam taubat,jambatan menuju kebaikan !Lautan maksiat seperti air lautan.Engkau telah melalaikan musim mudamu sehingga layu oleh racun perosak maksiat dan dosa!Ketika musim baru ,musim tua menjelang engkau pun menyesal?Jika taufik tidak terikut bersama hidupmu ,engkau akan menderita.Semoga Allah mengasihi orang y lemah..amin..

Apakah engkau ingin mendirikan bangunan y kekal?
walhal engkau tinggal disana hanya sekian?

Dibawah tanah,ye dibawah tanah tersedia tempat beristirehat
Untuk orang y setiap hari pasti diekori kematian..




Al-Hasan al-Bashri r.a.berpesan:“wahai manusia engkau memiliki dunia dan akhirat .janganlah engkau utamakan duniamu atas akhiratmu!demi Allah aku melihat kaum y mengutamakan dunia atas akhirat ;mereka celaka dan hina ,serta aib mereka terbuka.”

“wahai manusia ,juallah duniamu untuk akhiratmu,pasti kau beruntung pada keduanya . Janganlah kau jual akhirat untuk dunia ,engkau akan rugi pada keduanya .”

“wahai manusia kesulitan dunia tidak akan mencelakanmu bila kau memiliki simpanan kebaikan akhirat .Akankah kemudahan dunia yang kau dapat bermanfaat jika kau terhalang dari kebaikan akhirat!?”

“wahai manusia , dunia ini adalah binatang tunggangan.Bila engkau menungganginya ia akan memikulmu,.Bila kau memikulnya ia akan membuatmu binasa.”

“wahai manusia,engkau tergadai oleh amalmu ,datang menghampiri ajalmu,dan akan disingkap dihadapan Tuhanmu .bawalah apa y ada ditanganmu untuk menhadapi apa y ada didepanmu!Saat mati ,berita itu akan sampai kepadamu.”

“Wahai manusia,janganlah kau gantungkan hatimu pada dunia!ia akan menggantungkannya dengan gantungan terburuk .Merasa cukuplah wahai manusia dengan sesuatu y menghantarmu disisinya.”
                                           
                                                                                                                                                                         Bersambung……………………....

Wednesday, January 13, 2010

excitednyer...

lalalalaalalalalla...dalam kesibukan otak mengurus diri dua tiga hari ni sempat lagi aku nk menghiburkan diri...kih2
hibur..bukan bermakna aq berhibur sampai tak ingt dunia kot ..just layan sikit2 mavie..ooopppss!movie....tgok la gaya penulisan org y baru aje kepenatan ...

penat sebab tadi baru aje aq kasi pinjam kakiku....mataku ...telingaku....tanganku...untuk kedewan kat cfs uia ni..dengan penuh semangat y berkobar2 aq pun menilik satu2 boot y ade kat situ...dekat sini sebenornya ada engineering festival tok budak cfs ni.....so macam2 la dia org sediakan ...ada game y terlalu senang pada aq untuk disertai sampai aq sertai melalui pandangan penuh ingin tahunya sahaja..bahahaha !! tgok muka abang2 n kakak2 senior y ada kat situ huh!cayalah respect sama u all!very friendly..aq tanya sepatah jawabnya lebih terpatah-patah!!huhu...tu y seronok..but the first boot y aq pergi of course la ke material&manufacture engineering  ...wau!terpegun kejap..bukan apa ,tmpt tu tersorok kat belakang boot lain...boleh plak aii~~sampai je peh!!!tak der org!!!aq suka sebab masa tula aq bole bagi soalan cepu mas kat akak2 n abg2 kat situ tu....hahah...sedia...mula!!


jenuh dia org nak jawab soaln aq!!! seems like manufacturing is more interesting to me now,,,,even mulanya aq g situ coz aq lebih minat nak tau pasal material engineering..but it seems more complicated !need to learn more on chemistry!!!about the structure...and blablabla...hah satu info y aq ingt masa dengar penerangan dari akak kat situ tu tadi,ialah..."best dik blajar pasal material ni..ok akak kasi contoh kat korang ...contoh korang nak kaji tanah..tak mustahil dari tanah tu korang boleh jadikan dia emas!"bahahahah....kaya ma...aq dgan muka innocentnya percaya hahaha...terus terfikir dalam hat"apa lagi ainul....manufacture is the best for u to be among the richest person in this world!"bahaha..aq bersikap materialistic jap..eh tak2 manufacturistic!!!ngee~~sebenarnya akak tu cakap mcm tu coz dia tengok aq ni mcm dah hilang minat je dgan apa y dia ceramahkan..huhu...sorry akak but for me u are too serious!!need to practise more..ececeh da macam judges la plak...ko ingat ko sapa hah!





ni jer y sempat aq ambil...sebab tetiba tangan n mulut aq ni ringan la plak nak tanya ah chong y jaga kat ctu tu...wa manyak friendly la lia arr wa manyak suka cakap sama dia itu macam!
 wei2 just nak inform kat korang...sekarang broadband da murah....and very fashionable!so sapa y nek save bajet tapi rasa macam nak beli&guna benda ni....sekarang adalah masa y sesuai...lebih2 lagi kalau anda seorang pelajar!!U all are very lucky to have Najib as your PM!!!aishhh politik la plak...oopppsss sorry2 terbabas pulak hari ni punya penjelajahan..~~






Wednesday, January 6, 2010

Mari-mari kita jadi BAIK!

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH...

~ Jadilah kamu seorang y senantiasa melayan baik ibubapamu,rakan-rakanmu,sahabat handai,saudara-maramu,jiran-jiranmu,orang disekelilingmu..moga mereka mendoakan kebajikanmu kelak yang disertai reda Allah S.W.T...InsyaAllah,tambahan mungkin pada orang y kamu benci atau orang y membenci kamu...sesungguhnya tiada hamba y boleh memuaskan hati semua pihak!kita hanya manusia y menumpang sementara untuk mengutip bekalan dialam y menunggu kelak!Hidup ini adalah terlalu singkat untuk membenci...bertaubatlah kita segara ..ajal dan maut sentiasa menunggu tak kira kita berada dimana..mungkin sesudah saat ini ,jam ini,hari ini ,tahun ini atau mungkin kita sememangnya sudah tidak berkesempatan lagi?...


  Jika hari ini dilihat banyak kejadian y berlaku atas dasar dunia balas dunia,mahukah kita salah satu y berlaku itu terjadi dikalangan kita?ohhh...sudah tentu TIDAK!!!sebelum hamba ini menyundur diri...ingatlah setiap kali kamu ingin membenci fikirkanlah beberapa perkara ini:


+sudah cukupkah amalanmu untuk menanggung dosa y bakal kamu perlakukn ini?
+banyak lagikah baki hayatmu?(ianya bertambah@berkurang)
+apa faedah y membuat kamu tertunggu2 untuk melakukannya itu?
+bahagiakah hidupmu kelak?
+benar puaskah kamu selepas ini?


=Sebelum beakhirnya pemikiranmu itu..selidiklah jawapannya dijauh pelusuk hatimu y walau tidak banyak akan tetapi pasti secebis masih ada titisan nurani itu.. sebelum ianya jauh busuk ,busuk dari busuknya najis dan bangkai!Ketika itu mungkin hati telah menjadi sekeras batu ...yang mungkin terlalu payah untuk kamu berpatah balik!   ~



Tuesday, December 29, 2009

Apakah makna kehidupanku...

        "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan(fitnah), cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”



Saturday, October 31, 2009

kaitan cinta dan hidup...

Assalamualaikum sahabat2 fillah sume..
dalam usia dunia yg makin tua kita tak lari dari ujian makin kita belajar menyintai Allah kekasih agung kita makin banyak hadiah yg dibernya special gift from Allah...ujian, ujian ujian dan ujian....banyak2 sabar dan sabar sabar dan sabar dan sabar utk kesekian kalinya...hopefully Redha Allah cinta Allah dalam dakapan kita..masa diuji baru kita tahu sejauh mana hubungan cinta kita ngan Allah berhasil..menangis lah dihadapanNya kerana hanya Dia yg tahu segala....


                                                            .......................................
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orangyang salah sebelum menemui insan yang betul supayaapabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kitaakan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmatpemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yanglain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandangpintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakankita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untukkita.Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda bolehduduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpaberkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulangdengan perasaan bahawa itulah perbualan yang palinghebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kitatidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalahkita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidaktahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satukepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahajaia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya iatidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati padaseseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satuhari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambilmasa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadiianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akansusut. Carilah seseorang yang membuatkan andatersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyumanuntuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yangmembuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketikadi dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukanseseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpianda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yangingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang inginanda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan keranaanda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluanguntuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untukmembuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukupuntuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untukmemastikan anda adalah seorang insan dan harapan yangcukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkandiri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasaianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkinmenyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorangmanusia tidak semestinya dalam memiliki segala yangterbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalamhampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidupmereka.kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari danmereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang bolehmenghargai kepentingan manusia yang telah menyentuhhidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekardengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depanyang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang laluyang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskankehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakankegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup andasupaya apabila anda mati nanti, andalah yang akantersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akanmenangis.
__________________________________________________

Sunday, October 25, 2009

ALASAN KENAPA ORNG MEMILIH UNTUK diam !

Bak kater orng tua2 diam2 ubi berisi...mungkin that would be the first reason, bukan ape ada org pikir tok jadi genius dia org kene banyak mendengar....so dia org pun start la mengamalkan petua2 yg diberikn...tak salah ... tapi kene la kene pada cara and tempatnya...ye tak?

tapi, the most important part is that org yg terlalu pendiam ni pun boleh mengalami banyak kerugian tau..tak cayer meh kita sama2 renung2kan..
1.kamu akan menjadi org yg senantiasa ketinggalan kerana semua teman telah pun berkongsi pengalaman mereka ..tapi kamu?masih lagi tertanya2 akan setiap persoalanmu..ini hanya akan melmbatkan lagi perjalanan kamu ke puncak menara gading!
2.sukar untuk mendapatkan apa yg diimpikan
3.selalu dipandang rendah kerana tidak dapat mempertahankan diri walaupun diri disakiti.
4.mudah menimbulkan konflik kerana org yg pendiam akan memilih diam jika adanya masalah sbelum mengatahui apa sebenarnya yg terjadi.
5.lambat bertindak yg hanya akan menyababkan kita menyesal.

ALASAN:

1.tindakan org disekeliling (untk tunjuk protes)
2.topik yg menimbulkan pendebatan
3.topik yg sama secara berterusan
4.malas
5.bosan
6.anggap org boleh membaca pemikiran kamu
7.lebih suka mendengar kerana menganggapnya satu sumber terbaik sebuah informasi
8.marah
9.sibuk

p/s:jangan salah cari teman berkomunikasi sudah...kamu pula sebagai teman agak2lah beb,kalo nampak si dia  macam  tak berminat,cubalah ubah topik tu...kalau tak layan jer lah mood dia tu ... 

Wednesday, October 14, 2009

dengan kebesaran ilahi...

Alhamdulillah....bangun saja pagi aq sedar,hidup lagi aq ni...maka berjalanlah rutin harian aq nieh...
 Seperti biasa sesudah aq melaksanakan kewajipan aq sebagai seorg hamba apa yg aq lakukan adalah

1.bukak jendela,tahu apa yg aq nampak?sungguh indah ... menbjubkan!







2.kemudian aq luaskan pemandangan aq,na...amik ni...
nampak pula matahari terbit ! indah... Subhanallah...



3.kemudian aq bersiap untuk kekelas...
nah tengok gaya poyo aq huhu,



                           nampak macam muka budak baik tak dua2 dak nieh,hehe memang baik pun
                                                           haha masuk bakul angkat sendiri..!

4.nieh aq kasi korang ... kasik ? tak2 kongsi ngan korang ckit suasana kat dalam ni , mungkin lepas ni ada la tempat ni termasuk dlm pencalonan tok adik2 , ke abang2 ke kakak ke sedara ke makcik ke pakcik korang tok masuk sini ... best .....


 haha keadaan dlm kelas ajer sorrik lain kali ada masa ada bateri kamera ada kawan2 sme 
bila cuaca baik aq kongsi yg lebih lagi ,huhu!
tok pengatahuan korang tempat ni dibuat ala2 bangunan british, uish kalo dah masuk sini boleh jadi 
keluar jadi air batu!! terlebih khusyuk plak boleh tersadai atas meja.. 

 4.the last but not least apa yg biasa aq buat lat2 petang2 tu nah ..tengok ni hah gaya pelajar cemerlang!



 biasalah sebenornya dah last2 minute terdesak nak siapkan tuto bagi dak2 ni...
ooops!! paham2 ajelah copy sana copy sini aje jawapannya .
Tapi jujur tidak bagi aq ! (yekew :-p)


p/s




Friday, September 11, 2009

beLangG WaRnA inTi LapiSaN KeHidUpaN...

seperti malam bergantinya siang 
seperti susah bergantinya senang
seperti riang bergantinya tangisan 
seperti sakit bergantinya sihat
seperti hujan bergantinya cerah


semuanyanya diadakan dengan berselang2
berhenti?
tidak !!selagi engkau dia belum mati!!
titik.


tapi pada kehidupan ianya hanya satu 
bersandarkan pada kebijaksanaan....
kemewahan..
tujuan..
kenikmatan..
kedamaian..
saingan..
rakan..
kenalan... 
jawapannya ,terpulang..
semuanya hanya bersandar pada pemilihan...


pernahkah anda terfikir ...
kesan akan sesebuah keputusan..
setiap satu..satu..menjadi rantaian sebuah kehidupan..
puzzle??
agak serupa.. 


hari ini ramai yg hidup bersandarkan penipuan..
rasa puas yg hanya sementara membuat mereka lupa akan kepentingan..
keriangan dilapikkan dengan kesengsaraan..
penderitaan..
kesakitan..
kecemburuan.. 
ahh..
macam2!!!


manusia..
ada yg pandai ada yg kurang..
ada yg sempurna ada yg istimewa. .
ada yg pendek ada yg tinggi..
ada yg cantik ada yg manis ada yg comel ada yg cuet tapi ada juga yg kurang
ketahuilah..
kesempurnaan total bukan pada manusia ..
tapi hanya pada yg maha pencipta..


haha 
hati tergelak dan terusik seketika..
saat menilai nilai2 manusia ..
ada yg pemurah ada yg kedekut..
ada yg ramah ada yg pendiam..
ada yg sopan ada yg tidak..
tapi mengapa??
mengapa ia menjadi persoalan..
bukankah kita sama sahaja jika didepan tuhan?


jika hari ini seorg manusia merasa sakit
jika hari ini seorang hamba telah dianiaya..
jika hari ini perasaan kita telah digores,diluka
jika hari ini maruah telah dicerca
apa daya kita??
apa??
dan apa??
adakah hanya dengan merasa??
tidak!kita ada anggota!
ada akal!
ada senjata!
ada segalanya..
ingatlah kita senantiasa..


                  //sory...ayt2 ana hari ni kerana ana sakit hati..tapi tak mengapa..muhasabah jawapannya//