Contact

Monday, July 25, 2011

PENGUMUMAN

 

SALAM..

BLOG SAYA IN TITLE OF THIS IS MY LIFE BEFORE, NOW BEEN CHANGED TO MENUJU DESTINASI ABADI YE!

LINK STILL SAMA..KENAPA?

SAJA TUKAR MOOD..

and now I am in blue!peace..!

mystic-nature

 

pengajaran hari ini untuk hari esok.

 

Baru lepas layan movie .. Nur kasih the movie..maaf la saya lambat sikit,huhu~

 

 

Disatu sisi memang boleh membuatkan saya bangga bila mengenangkan watak Nur seorang graduan UIAM.Huhu..saya kalau boleh nak jadi setabah dia..Alhamdulillah saya bersyukur saya berkesempatan menuntut disini. Semoga mendatangkan keberkatan dariNya.. Smile

Disatu sisi yang lain saya rasa jalan cerita movie ni sangatlah menyentuh hati..banyak juga pengajaran yang saya dapat ..

1. Dalam pada kita berbuat amal kebajikan,kita tak tahu bila &  siapa yang bakal membalas..yang penting  niat mesti mau ikhlas kerana Allah taala..InsyAllah hati tenang ,jiwa lapang,hidup riang!

2. Iman memang tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Mungkin hari ini kita boleh merasa lebih dekat b=dengan Allah taala bern=banding orang lain..tapi belum tentu kita pasti dijanjikan syurga disisiNya kelak,..begitu juga sebaliknya.

3. Keluarga sememangnya anugerah yang tidak ternilai buat kita..lebih-lebih lagi ibu bapa. Biasa kita dengar tanpa mereka siapalah kita,kerana tanpa penat lelah pengorbanan mereka ,belum tentu kita sesempurna hari ini.

4. cinta sesama manusia amatlah kerdil jika mahu dibandingkan dengan rasa cinta terhadap Yang Maha Esa , iaini pada mereka yang benar-benar beriman kepadaNya. Semuanya kerana rasa cinta itu sendiri hadir dengan izin dan ketentuanNya. Maka syukurilah dan ambillah ia bersandarkan syariat sebagai perhiasan dunia juga bekalan akhirat..kerna pada akhirnya cinta kita padaNya itulah satu – satunya sahaja cinta yang kekal abadi..yang boleh dibawa sehingga mati.

wassalam.

Wednesday, July 13, 2011

Menulis untuk apa?

 
 
Dulu masa mula-mula saya buat blog ni, kepala memang pening. Apa agaknya yang paling sesuai untuk ditulis sebenarnya. Nak cerita pasal kegiatan sehari-hari terasa diri seperti menjual kisah peribadi .Terasa macam tak manis pula. Ecewah!.Terus fikir punya fikir sampailah entry - entry yang saya keluarkan bercampur baur elemennya. Tapi Alhamdulillah rasanya penulisan pandangan yang saya baca kali ini dapat membuatkan saya lebih clear lagi . Harap dapat dikongsikan bersama...InsyAllah..
 
 
Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
 
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
 
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

Saturday, June 25, 2011

Ramai wanita bertanya , dan seorang lelaki menjawab...


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!


Diambil dari:shahirul.com

Saturday, June 18, 2011

Ayah




Ayah..
amanahmu kau semat dihati..
aku kau jadikan bak mutiara ditengah lautan
digilap setiap hari
dari sebutir yang kusam
yang ibarat tiada harganya


kini..
sedikit demi sedikit
secebis demi secebis
mula kau jadikan ia bersinar
sinarku mungkin selalu malap
bahkan terkadang padam
namun kau sentiasa disisi
yakinmu nanti sinarku pasti menambat hati



dini hari aku kerap bersendiri
pintamu supaya kami pandai berdikari
namun ayah..
hati ini terkadang masih gentar
tanpamu disisi..
siapalah kami nanti
kemanakah kami



Ayah..
sungguhnya diri ini mahu kau ketahui
jika tulisanku ini boleh diambil
diambil menjadi buih-buih dilautan..
akan aku ambil
akan ku kait satu persatu
untukku sematkan setiap satunya
menjadi tanda kasihnya aku padamu..



Ayah..
azimatmu tidak pernah ku lupakan
bait-baitnya masih segar diingatan
masih segar untuk dijadikan pengubat rasa rindu
rasa ridu yang tidak akan pudar mahupun jauh beribu batu



Ayah..
titik peluhmu menjadi keringat bagiku
gigihmu membesarkanku
senantiasa sabar menyalut dirimu


Ayah..
InsyAllah..
doaku sentiasa pada kedua orang tuaku
hadirmu tidak pernah pudar diingatanku
pengorbananmu masih tegar didadaku
dan kau tetap pahlawan cekal dihatiku


Kudoakan moga perjalananmu pula dipermudahkan
kudoakan kau sentiasa dirahmati Tuhan
murah rezekimu..
panjang umurmu..
bahagia hidupmu..
hingga keakhir waktu
dunia dan akhirat
Amin.. =)



SELAMAT HARI BAPA , AYAH !

Wednesday, June 15, 2011

DIARI FACILITATOR : motivational camp with orang asli

salam,

Hari ni saya nak cerita pasal kem motivasi yang telah melibatkan belia- belia dari kampung orang asli kg.sg gapoi,bentong.

Nak dijadikan cerita , kami (warga TA n STUFF UIAM )semua ni terus termangu masa buat meeting hari tu , sebab aspectation kami sebenarnya dia orang akan hantar remaja yang masih bersekolah.Namun apa yang telah memeranjatkan kita orang adalah list nama yang dihantar kepada kami sebelum program mengatakan kebanyakan mereka adalah baya-baya kami!Hanya 4 daripada peserta remaja orang asli ni yang beragama Islam.Manakala yang selebihnya Atheist.

Apa lagi rombakan program mula dibuat sedikit demi sedikit.Saya telah ditugaskan sebagai salah seorang PRS(pembimbing rakan sebaya) bagi program motivasi kali ni.Tapi overall memang best!Dapat pula satu group dengan adik,abang and akak yang sporting.Ada diantara mereka yang baru berusia 17 tahun pun sudah berkahwin.

Bila ditanya , sebilangan menjawab duduk dirumah pun tidak buat apa.Kahwin sajalah..Itu mentaliti mereka..Setiap seorang dari kami ditugaskan diamanahkan untuk menjaga kebajikan seorang peserta.
Saya diamanhkan untuk menjadi PRS kepada pengiring mereka,yang kami kenal sebagai kak yong berumur 27 tahun.Beliau seorang yang sangat sporting.

Objektif utama kami adalah bagi meningkatkan keyakinan diri mereka ..
Pada mulanya melihatkan saya yang mungkin dikatakan agak pendiam,ada yang meragui kebolehan diri untuk menjadi prs untuk program kali ini.T__T.Namun ALhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan ucapan tahniah telah diberikan oleh si pemberi kepercayaan kepada kami. Saya sendiri tidak menyangka hubungan yang terbina tidak sampai 2 hari itu telah membawa pelbagai makna pada kami semua.

Dipenghujung program , kami ada mengadakan sesi beramah mesra sebagai tanda kata akhir kami sebelum menutup program dalam setiap kumpulan.Tidak menyangka ada diantara mereka(remaja orang asli) itu yang seperti mahu menitiskan air mata bila mendengar kami mengatakan bahawa ini adalah acara terakhir kami.Pada mulanya saya terkejut ,difikirnya mana silap kami?.Untuk pengatahuan anda semua mereka ini adalah golongan yng sensitif ,kerana mereka masih berada dalam lingkungan zon SELESA mereka.Tugas kita,kita perlu sama-sama membawa mereka untuk meneruskan pembangunan negara dimasa akan datang supaya merreka tidak ketinggalan hendaknya .

Ada juga yang mulanya sungguh pemalu , mula menunjukkan keyakinan diri untuk bersuara pada akhirnya.Mahu tidak mahu saya juga turut terikut-ikut untuk menjadi sehabis sporting dihadapan mereka supaya dapat menjadi contoh yang baik bagi mereka...InsyAllah.

Yang lebih terharu dalam ramai-rami peserta tu,ada yang masih menanyakan dan sempat menyampaikan salam kepada saya ketika mahu pulang,sedangkan mereka hanya saya kenal ketika sempat berbual sedikit ketika makan petang bersama..

Overall,nampaknya program kami memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada para remaja orang asli,bahkan juga kepada kami..Alhamdulillah..


p/s: semoga kita ketemu lagi&..semoga ukhwah yang dibina tidak terhenti disini.. =)

Wednesday, May 25, 2011

lirik ini membantu menginsafkan hati saya

 

Layar Keinsafan


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


tekan play  

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku berlayar



Tuesday, May 24, 2011

Apa itu ‘aurat’ di mata wanita kini?

 

salam..

 

Pernah nampak ini?Jika tidak mungkin anda boleh bermula dari saat ini untuk mengatahui serta cuba mengelak daripadanya:-

 

TutupAuratYgBetul_Page_2 

 

TutupAuratYgBetul_Page_2 - Copy

 

TutupAuratYgBetul_Page_2 - Copy (2)

 

 

 

Sememangnya kita harus berbangga dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh manusia dimuka bumi ini .Saban hari pelbagai kemudahan telah dicipta.Jika dulu air perlu ditimba,kini paip yang menjadi saluran wajib dirumah kita.Jika dulu tulang empat kerat inilah yang nenek moyang kita guna untuk membasuh ,berhujan panas berjalan berkilo2 meter semata2 untuk mendapatkan anak2 sungai,kini semua itu tidaklagi menjadi pilihan hati.Jika dulu lampu pelita ,unggun api menjadi penerang dikala malam menjelma sambil digunakan untuk menghalau nyamuk,kini pelbagai ciptaan telah wujud hasil dari pengkajian cendiakawan2 kita. Syukur pada Maha Pemberi Rezeki ini..

 

 

Tapi masih ada yang kurang.Semua pencapaian kita masih lagi perlu ditapis untuk diketahui mana baik buruknya.Pegangan kita yang berTuhankan Allah swt juga perlu lebih diperbaiki.Anak remaja pada hari ini terutamanya , masih mengambil enteng tentang pelbagai hukum hakam yang telah ditekankan agama.Jika mahu dibincangkan semuanya saya rasa tidak cukup satu hari untuk saya menulisnya.

 

 

Pelbagai kesilapan boleh kita lihat dikalangan umat muslim hari ini,lebih2 lagi isu yang kian mula dibangkitkan oleh wanita muslim iaini mengenai isu ‘aurat’. Alhamdulillah isu ini semakin mendapat tempat bukan sahaja dihati mereka bahkan jua di minda serta pemikiran mereka.Ramai yang mula sedar sedikit demi sedikit.

 

 

Kalau tidak benar2 berdassarkan dalil Al-Quran mahupun hadis nabi,saya rasa jika ditanya kepada 100 wanita muslimah diluar sana pada hari ini,tidak mustahil 78% daripada mereka masih jahil akan makna sebenar ‘aurat wanita muslim’.Sedih bukan??

 

 

Mungkin ada yang sekadar memakai tudung kerana ianya menjadi satu budaya?..,atau kerana fesyen..atau mungin kerana takut dikutuk orang disatu2 tempat! Lebih2 lagi orang2 kampung y mengenali diri.Adakah sebab itu sebahagian dari wanita kini hanya memakaii tudung apabila pulang kekampung dan kembal NORMAL (freehair) apabila duduk diluar kawasan ibubapa?

 

 

Tidakkah mereka tahu bahawa tujuan sebenar tudung adalah bagi memelihara kehormatan mereka?.Mengangkat martabat mereka?.Memelihara maruah mereka?.Juga supaya mereka dikenal sebagai wanita yang baik-baik.Mengapa?.Anda tidak suka menjadi baik?.Tidak mengapa..

 

Barangkali anda lebih takutkan manusia daripada yang maha Esa.Barangkali hipokrit didepan Allah SWT lebih senang daripada hipokrit dihadapan manusia.Barangkali takut anda kepadaNya hanya perlu dikala susah sahaja.

 

soalan saya inikah alasannya bagi mereka yang mengatakan tidak semua wanita freehair diluar sana itu JAHAT?

 

 

JAHAT bukan hanya dilihat sesama manusia tetapi juga pada  Allah! Adakah anda cukup uuntuk dikatakan tidak jahat sekiranya syarat untuk jadi tidak jahat itu lebih diutamakan pada kepentingn manusia berbanding kepentingan serta hak Yang Maha Kuasa?.Fikir2 kanlah..

 

 

Tidak payah lihat jauh,lihat saja disekeliling kita berapa ramai yang masih tidak memakai tudung yang betul2 cukup syaratnya,bagaimana pula dengan pakaiannya..solekannya??Cuba anda tanya mereka,mereka sedar tak apa yang menjadi perhiasan mereka itu kadang kala boleh menjadikan mereka  Tabarruj?

 

Saya tidak terkejut jika mereka menjawab," eh..,yeke,bukan dah ok ke ni..saya tengok akak2 saya even mama ssaya pon pakai macam ni,kawan saya..tak de hal la,ok la ni dah tutup semua la ni….and Tabarruj tu apa?… bla bla bla”

 

@"  kita masih muda..time muda nila kita boleh cuba segala benda..esok dah tua orang kata buang tabiat pula.. ”

 

Mungkin juga pada yang datang dari kelas sedikit berada akan berkata," relax la…kalau macam ni la pemikiran bangsa kita,macamana kita nak maju…tengok negara barat tu walaupun diaorang bukan islam tapi macamana diaorang boleh berjaya? ”Dan tak mustahil anda akan terkedu disitu jika anda tidak mempunyai persiapan mempertahankan benteng keimanan anda.

 

Cuba anda fikirkan dimana silapnya?.Nak disalahkan didikan..rasanya setiap pelajar telah diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran agama islam sewaktu mereka disekolah!malah ada ibu bapa yang telah mula  menghantar anak mereka ke sekolah agama dissamping sekolah kebangsaan,bagi menyiapkan diri mereka sepenuhnya sebelum menempuh alam dewasa.Tapi mana perginya nilai2 yang telah mereka pelajari disekolah dulu ??Adakah belajar setakat belajar hanya untuk satu gred tambahan ‘A’.Terjamin hidup anda dunia akhirat hanya dengan sederet bilangan A anda disehelai kertas yang kononnya menggambarkan andalah yang terhebat??

 

 

Maka tidak hairan jika ada dikalangan pelajar kita pada hari ini yang cukup baik, punya latar belakang baik,datang dari keluarga yang elok2,sekolah agama ,kebangsaan,menengah semua cukup…dengan matapeljaran agamanya yang lengkap serba A tidak pernah tidak dengan alasan ianya pelajaran yang mudah lulus! YA ! memang Islam itu mudah . Allah tidak akan memmbebankan umatnya dengan satu bebanan yang tidak mampu ditanggung hambanya.Namun mengapa ada diantara mereka yang maasih lagi ddengan mudah menggelincirkan diri mereka pada sesuatu yang mungkar??Islam payah ??cerewet?? maka timbul pula yang mengatakan jadi jahat lagi mudah daripada jadi baik.

 

 

Tidakkah anda takut dengan azab Allah ??Nauzubillah!Saya juga manusia biasa .Saya ada perasaan.Kadang kala saya merasa geram,tapi jauh disudut hati saya sangat sedih..lebih2 lagi jika mereka adalah orang terdekat @seseorang yang saya kenali.Sedih ,ye saya sedih!,kerna saya tahu apa balasannya kelak diakhirat dan saya kuatir jika mereka berbuat begitu kerna mereka tidak tahu atau buat2 tidak tahu.Maka terdetik disini saya mahu memperingatkan kembali. Saya tahu manusia juga mudah lupa dan sering leka.

 

 

 

Katahuilah para muslimah bahawasanya saya peduli tentangmu.Ketahuilah bahawa hati saya tidak sennang dengan melihat aurat kaum saya , yang cuba dipertahankan lain,sewenang2nya diberikan pada mereka yang tiada hak keatasnya.Kerna jika saya tidak menegur , mungkin saya juga turut dipertanggungjawabkan kelak!.

 

 

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Ketahuilah sebab mengapa kaum ini punya harganya.Ketahuilah dari mana harga itu ddiletakkan.Ketahuilah ajal maut ditangan Tuhan.Ia boleh menjemput bila2 masa.Jika dibilang masa yang masih panjang,fikirlah adakah ia ditangan anda?.Fikirlah siapa yang bakal mendoakan anda kelak jika anda tidak menjaga perilaku sejak sekarang kerna berkemungkinan besar anak2 kita kelak akan mewarisi perlakuan kita atau mungkin lebih baik mahupun sebaliknya.Bak kata pepatah bapa borek anak rintik…tetapi jangan lupa bapa datng selepas 3kali kepentingan si ibunya.. =)

 

wassalam.

p/s : nasihat ini hadir kerana kami prihatin!

Thursday, May 19, 2011

Malam ini

malam ini kepalaku mendongak ke langit
sekali lagi cuba untuk melihat keesaan Ilahi
ku intai bulan .. tiada
ku lihat-lihat pula yang selainnya
dua butir bintang mula kelihatan
tanpa kusangka banyak lagi yang mengelilinginya
menemaninya ..




wah
lancar tuturku berbicara
SubhanAllah!
aku terlalu terpesona dengan apa yang terpapar dijendela
lantas sengajaku angkat tirainya
kutarik sedikit luasnya




biar
biar mataku menatap selagi ia terbuka
biar tidurku dibuai lena
mengakui kebesaran yang Maha Esa




malam semua..
semoga pagi selamat menjelma.

bersaksikan buruj biduk.


tempat biasa
1.30 pagi