Contact

Saturday, November 20, 2010

URGENT : Mesej tersurat untuk si Dia .

Ya Rabbi
Tolong sampaikan pada si Dia
Usah ucap cinta dan sayang bila masanya belum tiba
Kerana ia menambah resah di dada

Tolong sabarkan si Dia
Andai diri enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong pesankan pada si Dia
Aku membiarkan yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si Dia
Aku tidak mahu melekakan Dia
Tolong khabarkan pada si Dia
Jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si Dia
Aku dambakan cinta suci yang terjaga
Hanya engkau Ya Allah
Mengetahui siapa dia sebenarnya


Tuesday, November 16, 2010

lagi lirik nasyid saya suka

 Tajuk : Mahabbah



Album : Mahabbah
Munsyid : Rabbani
Sumber : http://liriknasyid.com


Cinta menuju jalan Illahi
Cinta haqiqi yang amat suci
Tenang terasa...rindu padaNya
Bila mendapat siraman hidayah

Lisan bertasbih...berzikir dengan ma'arifah
Taubat menyusul memohon maaf padaNya
Menyesali...menyesal...menyesal
atas dosa-dosa

Jiwa insani hidup bernadi
Tulus sejernih embun syurgawi
Saat melakar cinta sejati
Allah disembah sering diingati

Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya

Itulah...Tajalli...cintakan Allah
Mahabbah...Mahabbah...Mahabbatullah

Kesunyian jiwa...kegersangan iman...
Kehilangan bahagia...sesat di persimpangan
Pengajaran bayangan seksa dunia

Kembali...kembali...kembalilah...
pada Allah
Carilah...carilah...carilah...
CintaNya

Rela diuji asalkan kasih bersemi
Biarlah derita pengubat kasih sayangNya
Itulah...Tajalli...cintakan Allah
Kembali...kembali...kembalilah...pada Allah
Mahabbah...Mahabbah...Mahabbatullah

 
p/s : like the part that been highlighted,

Muhasabah bersama.

Ketika kamu dilahirkan,  kamu diazan tanpa Solat, 
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu, 
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu. 

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira, 
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu. 

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,  
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan. 
 
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu, 
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.  


Friday, October 29, 2010

Aku dah kahwin sekarang...

       oleh:Tuah Mohd Bakheet

   Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Pengajarannya dimana??fikirkanlah......

Friday, October 22, 2010

Penantian seorang ayah~

Tersebutlah seorang ayah yang mempunyai anak. Ayah ini sangat menyayangi anaknya. Di suatu weekend, si ayah mengajak anaknya untuk pergi ke pasar malam. Mereka pulang sangat larut. Di tengah jalan, si anak melepas seat beltnya karena merasa tidak nyaman. Si ayah sudah menyuruhnya memasang kembali, namun si anak tidak menurut.

Benar saja, di salah satu tikungan, ada sebuah mobil lain melaju kencang tak terkendali. Ternyata pengemudinya mabuk. Tabrakan tak terhindarkan. Si ayah selamat, namun si anak terpental keluar. Kepalanya membentur aspal, dan menderita gegar otak yang cukup parah. Setelah berapa lama mendekam di rumah sakit, akhirnya si anak siuman. Namun ia tidak dapat melihat dan mendengar apapun. Buta tuli. Si ayah dengan sedih, hanya bisa memeluk erat anaknya, karena ia tahu hanya sentuhan dan pelukan yang bisa anaknya rasakan.

Begitulah kehidupan sang ayah dan anaknya yang buta-tuli ini. Dia senantiasa menjaga anaknya. Suatu saat si anak kepanasan dan minta es, si ayah diam saja. Sebab ia melihat anaknya sedang demam, dan es akan memperparah demam anaknya. Di suatu musim dingin, si anak memaksa berjalan ke tempat yang hangat, namun si ayah menarik keras sampai melukai tangan si anak, karena ternyata tempat 'hangat' tersebut tidak jauh dari sebuah gedung yang terbakar hebat.

Suatu kali anaknya kesal karena ayahnya membuang liontin kesukaannya. Si anak sangat marah, namun sang ayah hanya bisa menghela nafas. Komunikasinya terbatas. Ingin rasanya ia menjelaskan bahwa liontin yang tajam itu sudah berkarat. Namun apa daya si anak tidak dapat mendengar, hanya dapat merasakan. Ia hanya bisa berharap anaknya sepenuhnya percaya kalau papanya hanya melakukan yang terbaik untuk anaknya.

Saat-saat paling bahagia si ayah adalah saat dia mendengar anaknya mengutarakan perasaannya, isi hatinya. Saat anaknya mendiamkan dia, dia merasa tersiksa, namun ia senantiasa berada disamping anaknya, setia menjaganya. Dia hanya bisa berdo'a dan berharap, kalau suatu saat Allah dapat memberi mujizat. Setiap hari jam 4 pagi, dia bangun untuk mendo'akan kesembuhan anaknya. Setiap hari.

Beberapa tahun berlalu. Di suatu pagi yang cerah, sayup-sayup bunyi kicauan burung membangunkan si anak. Ternyata pendengarannya pulih! Anak itu berteriak kegirangan, sampai mengejutkan si ayah yang tertidur di sampingnya. Kemudian disusul oleh pengelihatannya. Ternyata Allah telah mengabulkan do'a sang ayah. Melihat rambut ayahnya yang telah memutih dan tangan sang ayah yang telah mengeras penuh luka, si anak memeluk erat sang ayah, sambil berkata. "Ayah, terima kasih ya, selama ini engkau telah setia menjagaku."

---

Sahabatku, terkadang seperti Anak itulah tingkah kita. Terkadang kita Buta dan Tuli, tidak mau sedikit pun mendengar dan melihat sekeliling kita. Tapi Allah sebagai AYAH YANG BAIK dan SETIA pada Kita. Dia selalu dengan Sabar Menuntun dan Menolong Kita.
:)
---

Sunday, September 12, 2010

KEJUTAN MENTALITI SEMPIT DI AIDILFITRI

Kadang kala kita merasa diri kita dah betul dalam satu2 perkara ...aturan dan segalanya ,kita merasa bangga @riak dengan gelaran y ada pada kita,kerjaya,jawatan pangkat semuanya membuat kita alpa siapa kita ..mata kita hanya sekadar dikaburkan dengan apa y menjadi prinsip hidup kita tanpa kita menilai latar belakang setiap inci sebab munasabab mengapa sesuatu itu berlaku seperti itu...situasi disebalik tabir senang kata...kita dengan senang menghukum seseorang akan apa y dilakukannya tanpa kita sedar samada benar atau tidak akan apa y kita lakukan...kesannya ..

Wahai manusia..tidak semestinya pada ketika kita sudah bergelar seorang doktor..memegang pangkat datuk,dipandang tinggi dengan darjat2 tertinggi atau sebagainya ..kita sudah layak untuk menghukum seseorang dengan pandangan kita...SubhanAllah ..Allahuakhbar...Allah itu maha melihat..Dia maha mengatahui akan setiap munasabab apa yang terjadi dikalangan hambanya..sudah jelas lagi bersuluh dari sirah2 terdahulu misalnya...terdapat anak yang dimimpikan Rasullulah s.a.w y dijanjikan Allah syurga untuknya atas jasa budi baiknya berbakti terhadap kedua orang tuanya...tanpa dilihat latar belakangnya...mengapa hari ini jika dilihat masih ada lagi segelintir manusia y masih sempit mentalitinya untuk meletakkn hukum sewenang-wenang tanpa menyelidik...tanpa usaha untuk memperbetulkannya..??mengapa??cuba kita sama2 tepuk dada tanya jauh dilubuk hati kita...masih ada lagikah nilai seorang insan dihati ini??

Saya ambil contoh...seorang gadis belasan tahun mungkin dalam lingkungan 18 atau 19 tahun yang 'free hair' atau lebih umumnya bagi mereka yang tidak menutup aurat sepenuhnya...bagi saya sebagai hamba Allah yang Alhamdulillah diberi daya untuk berfikir..,saya tidak akan meletakkn sepenuhnya kesalahan pada mereka...mungkin mereka berkeadaan demikian kerana latar belakang mereka!atau kerana didikan mereka!atau kerana kejahilan mereka!Mengapa kita yang terpelajar atau cukup sekadar yang berpengatahuan ini tidak cuba untuk membantu mereka??mengapa tidak kita cuba untuk dekati mereka dari kita sekadar mengutuk apa yang telah menjadi keburukan bagi kita???Mana perginya asas pengukuh yang mengatakan kita adalah lebih baik dari mereka dalam pada kita sendiri hanya mampu mengutuk@ lebih dahsyat lagi mengumpat akan perbuatan mereka...siapalah kita untuk menghukum kita sesama manusia....Malah jika dinilai kembali perbuatan menyumpat itu boleh diibaratkan seperti memakan daging saudara kita sendiri....apa yang anda rasa????seronok??kita masih lagi hambanya walau apa yang menjadi penyeri hidup kita...pangkat?kekayaan?keluarga besar?teman hidup?belum lagi menjanjikan apa2.....Astagfirullahalazim...marilah kita sama2 beristigfar akan setiap dosa kita!

Sentiasalah berwaspada...iman itu tidak dapat dilihat..bagai mutiara ditengah lautan...yang memang sukar untuk dicapai atau dimiliki...ia memang tidak boleh diwarisi..malah keberadaannya juga tidak tetap..mungkin hari ini penilaian iman kita dihadapan yang maha esa setinggi gunung tetapi ingatlah ...belum tentu ia akan kekal disitu tanpa sebarang usaha...dugaan sentiasa melanda kita...lebih2 lagi anak2 Adam memang sudah dijanjikan oleh syaitan untuk diporak peranda...mahukah kita menjadi tentera penyokong mereka??sudah tentu tidak bagi mereka yang bergelar muslim dan muslimah...sama-samalah kita saling ingat mengingati...

Yang menulis bukanlah mahu menyalahkan sesiapa...maaf jika terlanjur kata...mengguris jiwa..hanya mahu berkongsi..anggaplah apa yang baik datang dari Allah S.W.T,dan yang buruk dari diri yang pastinya kerdil sekerdilnya ini...SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN!!~ =)

"YA ALLAH TETAPKANLAH KETAKWAAN KAMI TERHADAPMU,KUATKANLAH KEIMANAN KAMI ..TETAPKANLAH KAMI PADA AGAMA KAMI..DAN BIMBINGLAH KAMI KEJALAN YANG BENAR.."AMIN....

Monday, August 30, 2010

RAHSIA SOLAT?

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 
Wassalam.

Friday, August 6, 2010

pementasan teater Shorteyes

SALAM..Seperti yang anda dapat lihat pada tajuk besar yang tak berapa besar dekat atas ni, saya akan mempromosikan teater ini disini..mana tau dapat naikkan buffered earning saya ,huhu.Nak jugak!~.. ;p

Bukan..sebenarnya kerana sudah banyak kedengaran suara2 diluar sana yang mengatakan teater ini tersangatlah best!!!...maka saya sebagai peminat kepada kegiatan2 seperti ini pun menempahlah tiket untuk ke teater ini awal2 lagi.. =)

Kenapa??Anda ada merasa pelik ke ??lagi2 bila saya kata saya peminat teater??haha,banyak yang anda tidak tahu..dipendekkan cerita , bagi saya teater dapat memberikan kita inspirasi dari pelbagai sudut yang berbeza,pada sudut lain pula ia boleh diambil sebagi satu cara alternatif bagi kita untuk melepaskan penat lelah sepanjang waktu bekerja(wahh dah macam nak menulis karangan la pula..)....Yang lebih menarik lagi saya suka melihat gaya para penggiat teater ini beraksi diatas pentas!!bila agaknya saya boleh mencuba ya??ermmm....

Lebih kurang macam kita tengok movie la...but this is real doe...so memang exciting sangat2!!~haha ..berkata-kata disini bagaikan dah arif tentang teater ...adakah anda tertipu???sebenarnya this is my first time kot~~Sangat2 gembira bila dapat peluang macam ni!and plus, i dapat tengok pelakon pujaan i since 2 tahun yang lepas , atas sebab2 tertentu off course.."nak jugak.."But the main thing is semuanya bermula dari sebuah blog....~~~but now..sangat2 sedih coz jarang sekali dapat baca penulisan beliau yang sangat menarik dan berinspirasi itu!! T__T

so harap lepas ni beliau dapat terus menulis lagi la,coz saya @ 'kawan2 yang kita suka' sangat setia untuk menantinya...eh..jap2 kenapa aq merepek panjang2 ni,bukan tadi nak promo teater ke??ke nak promo diri sendiri??bahaha....lupa diri pulak...

Nah amik+baca+catit+ingat+tempah tiket= JOM KITA PERGI TENGOK~ :))

Rumah Anak Teater
mempertunjukkan


SHORT EYES 
(dalam Bahasa Malaysia)


Olahan / Arahan: Fared Ayam

Pengarah Artistik: Nam Ron

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa

Penaung: YB Elizabeth Wong (Exco Pelancongan Selangor)

Pelakon:

Zahiril Adzim
Taiyuddin Bakar
Nam Ron
Amirul Affendi
Tayanithi
KhairuNazWan Rodzy
Khairil Ridzuan K'N
Kirin Muhamad
Hafizee Hatta
Xavier Fong
Amar Asyraf

Pementasan ini atas kerjasama:
Selangor Tourism


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 4 Ogos 2010, 8.30pm
Show Time: Khamis, 5 Ogos 2010 - Sabtu 7 Ogos 2010, 8.30pm dan Ahad, 8 Ogos 2010, 3pm

Tiket atas sumbangan minima:
Full Dress Rehearsal: RM15 untuk semua tempat duduk
Show Time: RM30 (dewasa), RM15* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)

*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 012-2395209 (Hafiz) atau email kepada rumahanakteater@gmail.com

PERHATIAN: PEMENTASAN INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA BAWAH 18 TAHUN.

PERHATIAN: MEMPUNYAI KESAN ASAP ROKOK.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar. 


KREDIT diberikan pada: http://zahiriladzim.blogspot.com/

Begitulah...tepuk tangan...abis cerita...eh tapi jangan tepuk dulu,simpan tangan dalam kocek untuk ditepuk lepas menonton nanti ye!~ 
TATA~

Monday, July 26, 2010

The latest of me!

Selamat Pagi plus selamt ceria semua....wahah...hari ini kita mesti ceria kerana kita tahu ini adalah starting pada sambungan minggu yang teramat busy!~serius!Baru  masuk 4 minggu di UIA sudah membuatkan aq tidak henti-henti untuk mengurut2 badan!haha...mahallah ku sungguh dekat dari kuliyah ...tapi ia tetap jauh sebab naik kaki..eh tak2...pakai kaki..waduh...;p                                                                   


Maka pemikiran yang agak mementingkan diri pun muncul~dalam otak kata" mesti mau bawa smthg ni,tak kisah ar basikal ke kasut roda ke(ada ke orang buat??)motor ke tak pun kereta???wahah ..melampau baru 1st year kot~kau ingat kau anak menteri... :'( 
Eh tapi comel la tengok sorang sister ni bawa basikal elektrik tu....tapi kalau aq yang bawa la ,rasanya mau patah pinggang..huhu..gurau jew..

Kalau dulu waktu perjalanan sejauh 15 minit hanya untuk bila ayah tak datang jemput masa aq sekolah rendah,so aq terpaksa balik jalan kaki ke rumah...ye2 aq budak baik ...tak lepak mana2 ..haha....ibarat kata mama...go strait..and don't try to belok2 ha..!..,,tapi sekarang ianya sudah menjadi rutin harian aq...tak pe2 at least aq pernah dilatih untuk itu..baru aq tau kenapa dulu ayah tak jemput aq..bahaha merepek..itu sebab kau malas nak mengayuh~hehe...malu~ T__T

HUH!!!!assignment memang berderet beb...eh bukan berderet pada aq lebih baik untuk kata jatuh berkelepuk+gedebuk atas muka aq..sambil diaorang kata"nah amik kau..dulu kau y tak sabar nak masuk sem baru kan.."T__T

OOOPss tapi Alhamdulillah aq dapat mengurangkan jugak lemak y terkumpul...haha(PENIPU!~)
sehari makan walau sekali tapi macam x ingat dunia...dikatanya boleh kurus??apakah....


Pertama kali aq jumpa benda alah ni ...memang seronok je melukis...aq suka !!!

racis...racis....racis...(tiba-tiba!)..ohoh esok saya ada presentation on Racism....so wish me luck uOzlzzzzz!!!!!!!!!( gonna sleep 4 a while)ZZZZZzzzz...da....huah..(sangap cara sopan)....dalam mimpi...terbawa-bawa.."A very good evening to...."


Friday, June 25, 2010

Sesi belajar bertatih temuduga ..

Haha..kenapa kena gelak dulu??tet...potong markah anda...sungguh tidak bersopan ..kamu seharusnya memberikan :) dan ini..SALAM..erm bagus2 budak y baik ni..
First impression sangat penting!sebab sebelum ni aq ada baca dekat satu blog yang boleh la kalau nak dipakai tipppsssnya kot...and aq ada tanya pada senior2 aq ...and diaorg bagi aq tipppss ni mase on the way ke sesi ber'interview' bersama YP (YP tu ape weh??) ni..huh..napa ??korang jelezzz??nak jugak..??ok2..tapi kena bayar satu klik nuffnag dekat blog saya!bahaha~kejam! ;p

Takpe2 aq bagi tipps yang aq ingat dulu e...sebab tipps yang aq ingat ni la yang aq pakai..y tak ingat tu...sorry naik lorry...saya terlupa nak pakai ..bukan sombong tak nak pakai..eh..dah2 pakai2..ingat ni nak cerita pasal barangan terpakai ke apa??huhu,~ 

Mula2....kena ingat temuduga korang tu pukul berape???kalau boleh prepare la datang awal setengah jam ker paling minimum pon..mane tau korang dipanggil awal...coz calon2 lain sombong tak nak datang...macam kes aq...eh tapi diaorg bukan sombong ....aq tau...kan2? =)

Pastu mesti  mau pilih set baju awal2..maksud aq supaya tak nak korang jadi pening nak pakai warna ape mase last2 minute..??fesyen ape..beg ape..kasut...or may be tie ?? Aq tau tu mmg agak susah ...lebih susah dari belajar menaip...haha ;p

Lagi...selidik2 la info2 penting pasal company y akan tanya korang smpi masak tu..kalau tak...mmg hangus..hehe..saya memang jahat!~..eh tapi betul...

yang tak pernah jadi ramah atau yang kedekut nak curahkan idea bila ditanya sebelum ni or pada yang malu2 tu..better korang berlatih jadi pelakon awal2..macam...Zahiril Adzim..tak pun Lisa Surihani ker...Tiz Zakiah....sapa2 la yang korang suka...tapi jangan tak jadi diri sendiri pulak...apa yang aq maksudkn cuma tahap keyakinan+keramahan jer...paham??..paham??.. (^_^)

totally different bila kita berlakon...(tiba-tiba)

OOOPS~Alamak..blank tetibe...sory la ye...ni je dulu..nak lagi tunggu entry pengalaman soal jawab saya pula nooo...
~tata~