Contact

Saturday, October 29, 2011

Hidup didunia umpama merawat ‘amnesia’

 

Salam..

mood: poyoNerd smile

Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai amnesia.Dalam pada melalui hari2 yang sukar melalui midterm2 exam yang datang berdetum2 ditambah dengan kuiz yang berlambak2 ditambah assignment yang berderet2 menjadikan saya lali untuk melalui semua itu dengan cuba mencari satu pencetus untuk saya mempunyai satu momentum positive yang baru.Kalau nak dikata memang tak terkata kerja saya sebagai seorang student di UIA ni.Ditambah dengan tanggungjawab baru memegang jawatan dalam persatuan2..Ya Allah,memang Tuhan saja yang tahu.

Terkadang memang terasa nafas ini tersekat bagai leher dijerat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian.Saya tahu saya perlu beringat setiap yang menjadi tanggungjawab &amanah itu akan tetap ditanya kelak diakhirat.Tujuan saya adalah mencapai matlamat seorang khalifah yang berjaya memberikan sumbangannya kepada yang layak.Saya tahu jika saya berjaya InsyAllah ganjarannya Ya Allah,Tuhan saja yang dapat menilainya..Maka untuk mendapatkan ganjaran yang diibaratkan permata didunia ini,mana mungkin saya hanya perlu membelinya dengan sehelai daun.

Terkadang saya terfikir,alangkah bagus jikalau setiap urusan,permasaalahan dan tanggungan yang menjadi bebanan itu  boleh diselesaikan melalui satu persamaan.Seperti dalam matematik,tidak ada apa yang tidak boleh diselesailan selagi mana persamaan dapat dibina.Tapi hidup tak semudah itu.

Tau apa itu amnesia?.Ia merupakan satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh mengingati memorinya yang lalu.Dan sekarang saya berpendapat untuk membandingkan kewujudan penyakit ini dengan penciptaan manusia dimuka bumi ini.Melalui sebuah artikel yang saya petik di FB,mengenai perbualan antara seorang bayi sebelum ia dilahirkan ,dengan Tuhan;

…..Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana mungkin tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu(ibumu) akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”….

Saya rasa sangat sedih!Sedih saya kerana adakah cukup amalan saya untuk saya pulih dari penyakit amnesia saya terhadap Tuhan?.Petikan diatas mengibaratkan kita seperti sungguh rapat sebelumnya dengan Maha Pencipta,dan kemudiannya dipisahkan dengan sebuah kelahiran dimuka bumi.Kita tahu sebelumnya akan kekuasaan Tuhan dan sebolehnya tidak mahu berjauhan denganNya,namun lihat saja sebilangan  kita pabila sampai didunia.Adakah kita masih lagi seperti sebelum dilahirkan didunia?.Ingatkah lagi kita padanya?.Sedangkan Tuhan sentiasa ada untuk kita..YE , sentiasa ada..

Tapi apa kaitannya pula dengan kesibukan saya?.Sudah tentu saya khuatir kesibukan saya ini hanya akan membuatkan saya jauh daripadanya.Daripada kesibukan yang bermatlamatkan kemanisan iman,mendahagakan cebisan ilmu  dariNya,mencari kekuasaanNya,saya takut saya tersasar kepada mengejar ganjaran dunia,kepuasan nafsu semata..,mahupun pancaindera yang tak terjaga..AstaghfirullAhalazim.

Terkadang saya cuba bermuhasabah,adakah mata ini suka memandang sesuatu diluar batasnya?adakah bibir ini pernah menuturkan kata2 yang hanya sia2?adakah tangan ini pernah menulis sesuatu yang bukan sepatutnya?adakah langkah ini pernah melangkah untuk menggapai satu dosa?Ya Allah,getarnya hati ini mengingatmu hanya Engkau yang tahu.

Jangan Kau buang rasa ini padaku Ya Allah..biar ku sedih ,aku reda Ya Allah,biar ku susah,jua aku reda Ya Allah,asal dekatnya aku sentiasa bersamamu..asal tidak Engkau membenciku,asal ia menjadi pengubat sakit amnesia ku padaMu..asal aku dapat belajar untuk memperbaiki diriku..asal ia dpat menjamin syurgaMu..Sesungguhnya Kau lebih mengatahui yang terbaik bagi hambamu..

p/s: doakan saya nak exam ye..SYUKRAN!

Friday, September 30, 2011

Lagu pencetus semangat–‘HAMBAMU’

OK ,oleh kerana minggu depan saya bakal berdepan dengan 5 kuiz,ye LIMA kuizzzzz..saya berusaha untuk membeli – beli semangat saya yang masih tersimpan dan tak tercetus lagi. Salah satu caranya adalah melalui alunan lagu tema program realiti IMAM MUDA ni.Kita try tengok terbakar tak semangat??

OWh ho..
Mawi:


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Mawi
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam


Akhil Hayy
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah


Kalau nak download lagunya disini

Friday, September 16, 2011

Hidup ni penuh dengan temuduga?

 

salam..

Terus ketajuk => TEMUDUGA.

Ye hari ni saya nak cakap pasal temuduga.Dalam hidup ni temuduga bukan sekadar dihadapan bakal majikan , sponsor atau apa..tapi juga didepan Tuhan.

Setuju tak kalau saya kata setiap kali kita solat menghadap Tuhan tu sebenarnya satu bentuk temuduga ?.Ketika ini kita diuji samada kita benar ikhlas akanNya atau tidak.Dan temuduga yang sebenar-benarnya dalam hidup kita nanti adalah ketika di Padang Mahsyar .Menentukan destinasi kita seterusnya..

Dan persediaan bagi temuduga ini adalah yang paling besar dalam hidup seluruh manusia..

Sama juga apa yang berlaku disekeliling kita.Setiap hari sebahagian kita tidak jemu dihadapkan dengan banyak temuduga bagi melayakkan diri pada sesuatu.

So,atas sebab itu dengan rajinnya saya hari ini menunaikan janji sebelum ini menulis mengenai pengalaman ditemuduga .Tipsnya ada dientri sebelum ini.

***

soalan lazim:

1.explain about yourself

2.how do you get there

3.why are you interested with them

4.what is so special about you

5.about your vision

6.explain what you’ve been studying

7.what is your weakness.

8.How do you want to solve it

9.what is your interest

10.what can you give to them

11.explain about the company

12.your opinion about their company

13.if you are a student before,what club or society did you active at

14.your position,skills

15.do you faced any problem before.How do you solve it

16.how you develop your leadership skills

17.how long you can work with them

18.how you going to manage your time

19.what are the things you want to improved in their company

20.sometimes they did ask about your family

and blablabla….

***

wah dah macam soalan exam pula kan..tapi ingat..dalam temuduga tak de jawapan betul ke salah ke..just be confidence with yourself k!.Kemahiran komunikasi itu penting!The other thing is niat mesti mau ikhlas.Sila guna taktik DUIT:

DOA

USAHA

IKHTIAR

TAWAKAL

 

CONTOH DOA: YA ALLAH, JIKA INI ADALAH YANG TERBAIK BAGIKU , MAKA KAU PERMUDAHKANLAH URUSANKU.SESUNGGUHNYA KAULAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BAGI HAMBA2MU..MAHA KAYA..MAHA PEMBERI REZKI..SESUNGGUHNYA AKU BERTAWAKAL KEPADAMU.AMIN..

 

 

SELAMAT BERJAYA!

p/s practice make perfect

Tuesday, September 13, 2011

UIAM dengan semester baru sesi 2011/2012

 

~ooo aq..
hanya ingin kau tahu..
besarnya cintaku..
tingginya hayalku…..~

ha..tetiba je kan nak update blog sambil dengar lagu slow entitle hanya ingin kau tahu dari Republik.Hehe..saja je nak buat mood sedih+terharu.. ;p

ok cakap pasal UIA,hari ni hari ketiga saya beraya disini sekali dengan menetap sementara menunggu cuti demi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang student!sound serius huh,

Dengan bermulanya semester baru ni , azam pun mestilah baru..pengalaman dah baru(dah bertambah),so hopefully will be better here.

Pahit manis semester ni telah pun bermula sejak semalam lagi..haha

Pengalaman hari pertama je da boleh buat diri ketawa sendiri selama seminggu,erkk~almaklum minggu pertama disetiap semester baru pasti akan di busykan dengan proses add and drop for registration bagai…memang memenatkan+memeningkan dan pasti menguji kekuatan stamina anda.Kenapa?.ok..disini saya ingin menjelaskan..

Anda perlu berdiri selama lebih satu jam,itu pun kalau anda dapat beratur dibarisan depan,semata untuk mendapatkan borang yang diperlukan.Memang siapa yang tak panctual waktu pejabat tu,kena lambai je la oleh student yang terlebih panctual dihari pertama tu!

Nasib saya baik bila ada senior yang memahami bagi saya dapat tandatangan lecture pilihan hati dulu,sementara mereka bersabar menunggu giliran.Ooh terharu disitu~haha.Semoga Tuhan merahmati kamu!

DSC01853

masih mampu tersenyum walaupun sudah berjalan berkilo-kilometer.

Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri dan adat kunjung-mengunjung.

Salam Alaik,

Pertama sekali saya dengan seikhlas hati ingin meminta maaf zahir & batin pada semua terutama pada para pembaca blog saya yang tak seberapa ni.Tak kiralah yang berada dalam ke luar negara,eceh….Maaf dipohon,ampun dipinta,jika pernah terlanjur atas segala benda .Kita kosong2 balik ye!

Kali ni saya nak berbicara mengenai adat berkunjung.Alhamdulillah tahun ni satu lagi sebab menjadi penguat serta pengukuh semangat saya untuk berkunjung kerumah sanak saudara.Almaklum orang yang dah tak da atuk ni lain fesyen nya kalau beraya.Kalau tak kena cara memang tak meriah.

Idea saya tercetus masa saya menziarah salah seorang adik beradik atuk(perempuan).Peh…muka beliau memang sebijik arwah atuk dulu..apalagi hati ni sayu je bila tengok muka dia..sampai nak makan kuih tu pun tunduk je.Kemudian saya tabahkan hati,buat muka selamba..minum air siram buatan sendiri(sirap pandan)!.Lagi la sayu hati ni.Sebab dulu atuk pun suka buat benda yang sama.

Apakan daya kuasa Tuhan bukan ditangan kita.Hikmah ziarah raya ni tadi sekali gus menjadi titik tanda untuk saya mengingati atuk saya.Mai kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang sudah tiada..Al-Fatihah!Bak kata pepatah dalam pada kita brgmbira,jangan lupa pada yang telah tiada.



Sekian.

Saturday, August 13, 2011

First time buat puding karamel

 

Untuk pengatahuan semua..hobi saya diwaktu lapang bukan sahaja melukis , membaca , berfikir(eceh..) bahkan juga memasak!

Bukan masak yang biasa-biasa lauk harian tu,tapi apa-apa resepi yang saya belum berpeluang nak buat dengan tangan saya sendiri.

So,hari ni punya google punya google…saya pun jumpa satu desert yang boleh la nak dikatakan sangat senang dan amatlah memaksa saya untuk membuatnya.Ye saya katakan sekali lagi..ianya amat senang..dan YUMMY…Thumbs up

Ha,ni lah hasil dari air tangan saya..

DSC01936DSC01937

 

Terinspirasi dari gambar ni..

 

Nampak nak-nak sama tu kira jadi la ye..

Nampak sedap kan?hehe..
Gembira je tengok bila dia menjadi ..satu kepuasan disitu!Alhamdulillah..So,anda-anda semua yang belum cuba tu ..anda patut cuba untuk tahu rasa hasil dari air tangan anda pula..Winking smile

Nak cuba?Nah resepi amik sini..

Resipi puding karamel

Thursday, August 11, 2011

Jangan Lupa Namaku OST Ramadhan Terakhir

 

Hari tu masa slot episod 1 drama ni ditayangkan di TV3,hati terus tertarik dengan lagu ni.Unik!Simple and nice.Rupanya bukan saya je yang rasa macam tu,ramai lagi peminat lagu ni diluar sana tu pun yang berpendapat macam saya juga.Then…saya pon try la search liriknya …and the result is…

 

Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

DOWNLOAD HERE

Monday, August 1, 2011

Solat Terawih : susah ke?

 

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN

Soalan;

1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?


2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;


1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
Wallahu a’lam.

by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

 

Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH MULIA DAN BARAKAH INI! SEMOGA ANDA-ANDA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DAN DICUCURI RAHMAT OLEHNYA…AMIN! Smile

Nota untuk niat puasa :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

p/s: puasa jangan tak puasa…Pointing up

Wednesday, July 27, 2011

PTPTN-how to get rid of it?

 

salam..

Hari ni rata-rata anak-anak muda kita yang mungkin kurang berkemampuan tu, kalau nak sambung belajar memang dah tak jadi masalah.Asal anak jati Malaysia dan mendapat tawaran dari salah satu pusat pengajian tinggi means IPTA or IPTS,diaorang straitly boleh minta pinjaman daripada mana-mana pemberi pinjam duit untuk pelajar.Dan yang paling mudah untuk diminta pinjam adalah PTPTN! .Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai dah yang meminjam dengan badan ni.Huishh…dan cuba fikir berapa banyak dah negara tolong anak bangsa!

 

Tapi..jangan lupa macamana semudah anda meminjam,tidak semudah itu untuk semua orang membayar..means tak semua orang boleh bayar balik duit pinjaman macamana diaorang dapat sekelepuk dalam akaun.Buktinya..tengok sekarang ramai yang terjerat dalam sistem pembayaran masing-masing.Bukan itu saja , even kalau anda ada duit sekelepuk nak bayar pada satu-satu masa pun …bukan semudah itu terus anda boleh lepas..banyak aturannya.Senang kata hidup memang penuh disiplin lorh!

 

Macamana nak senang?mari saya kongsi idea:

 

1. yang baru dapat pinjaman tu@yang baru jadi OKUS(orang kaya utama sementara ) tu,minta-mintala ingat dunia.Lebih-lebih lagi pelajar yang menuntut dikolej2 swasta.Sebab pinjaman korang tinggi adalah perbelanjaan korang yang tinggi.Jangan pula duit tu nanti buat beli set katil bilik baru,iPhone,motorsikal yang melebihi kemampuan,baju-baju yang belum sesuai pada dasar kewangan yang ada..tak salah kalau nak ada satu dua.Tapi kalau sampai beratus beribu..ermm

2.Cuba berjimat dari segala aspek:

-kos duit makan,

-kos pergi jalan,

-kos minyak motor,

-kos penjagaan diri a.k.a keperluan bulanan,

-kos belanja adik-adik,kawan..and blablabla..

semua tu mau duit..yang sepatutnya duit halal anda ,bukan duit haram..jangan nanti tup-tup senang dok jadi kaya,alih –alih minta tambahan biasiswa FAMA anda pula( father n mother scholarship).Kesian mereka..takpe kalau tak menjadi keberatan bagi mereka(mereka mampu untuk anda..)kalau tak??bayangkan perasaan mereka..nak ditolak mati anak..ditelan mati jiwa(sodih ler).

3.Ingat mati dik oi…,kita ni boleh mati bila-bila je,kalau kita pergi sebelum sempat kita bayar hutang yang kita foya-foyakan tu,sapa nak jawab nanti dekat akhirat?so,tipsnya kalau boleh gunalah duit pinjaman tu seminima mungkin ye!Sila beringat setiap kali menggunakannya..InsyAllah..

4.selalunya kalau yang perempuan ni pula tak cukup dengan membeli-belah di pusat-pusat membeli-belah ,dekat fb pun jalan..dekat tepi jalan..dekat dalam IPT pun ada(tau saja bila masanya pelajar ada duit)..haha..tak lupa kawan-kawan sebilik,sebelah bilik ,sebelah asrama pon ada jual juga.Tapi yang lelaki pun apa kurangnya dak?huhu..sampai kalau beli apa2 tu ada yang sanggup hutang sebab takut melepas..tak elok diamalkan tu dik..

5.Tips yang last but not least is cuba buat kerja sambilan time-time cuti semester tu. Kot-kot duit tu bolehla sikit-sikit back up duit pinjam tu..kurang-kurang nak membazir pun duit sendiri..untung-untung ,boleh buat bayar duit pinjam .Hehe..

p/s: kalau nak buat pendapatan daripada blog pun sekarang dianggap relevan .Thumbs up