Contact

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Soft Skill tarbiah dari Tuhan

 

salam alaik,

Setelah sekian lama,hari ni tetiba ada mood nak update.Bukan apa nak mencari yang bermanfaat untuk dikongsikan itu bukannya mudah.Itu fakta sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap penulis.Begitu juga saya,walaupun hanya sebagai penulis sambilan di blog sendiri yang punya bilangan pembaca yang tidak seberapa.

Ada seperkara yang mahu saya kongsikan, berdasarkan pengalaman baru yang saya dapat sebagai seorang khalifah yang baru diberi mandat sebagai seorang presiden disalah satu persatuan yang disertai.Ini adalah isi utama saya kali ini.

Sejak dari zaman matrikulasi sebenarnya saya sudah mula menyedari yang diri ini tidak mudah menerima arahan.Tetapi sebaliknya apabila memberi arahan.Mungkin atas faktor diri ini sudah terbiasa membuat keputusan sendiri sebagai anak sulong dalam keluarga.Bak kata orang, saya seorang yang tegas dalam memberi keputusan.

Pengalaman pertama kawan saya merajuk dengan saya kerana katanya saya terlalu selalu memberi arahan,membuatkan saya sedar akan keberadaan diri.Allah..Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Walaupun cara diri ini ditegur ketika itu boleh membuatkan diri sedikit terasa, tapi saya tetap cuba untuk memujuk diri supaya belajar dari kesilapan.

Alhamdulillah..sehingga saya melanjutkan pelajaran ke universiti, banyak kepercayaan yang telah diberikan.Yang ada seperti datang bergolek depan mata sehingga saya rasa malu untuk memegang amanah yang saya rasa saya tak mampu itu.

Kepercayaan demi kepercayaan diberikan.Semuanya kalau tidak dilihat betul2 memang boleh buat diri ini takbur..AstagfirullAhalazim..saya  cuba kembali mengikhlaskan hati.

Pernah suatu ketika saya diberi kepercayaan untuk menjadi ketua dalam suatu program. Saya cuba untuk memberi arahan. Atas rasa fobia , takut sahabat seperjuangan tidak dapat menerima,dan mungkin mereka akan merasakan saya sedikit gila kuasa,,telah membuatkan saya bertambah nervous.Sedikit demi sedikit rasa yakin saya sebelum ini untuk memberi @ menyampaikan amanah pada mereka,berkurang.Apatah lagi apabila memperingatkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988)

Pada mulanya ada yang membuat muka.Saya faham situasi mereka kerana saya juga pernah berada ditempat mereka. Secara dasarnya saya juga bermula dari bawah. Saya cuba menolong dan menjelaskan apa yang sebenarnya. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengatahui. Mungkin keikhlasan saya tidak dapat dilihat pada mata kasar,tapi saya tahu Tuhan sentiasa disisi.

Ada pepatah yang pernah diberi pada saya oleh seorang senior,mengatakan antara tanda Tuhan sayang dan peduli akan kita adalah Dia menegur kesilapan kita melalui orang disekeliling kita.Saya pegang pepatah itu.Mungkin juga Tuhan sedang mentarbiah saya untuk punya lebih rasa sabar.Mungkin juga Tuhan sedang menguji tahap keikhlasan kami padaNya.Mungkin Tuhan mahu saya punya lebih rasa syukur.Atau yang selebihnya yang mana hanya Tuhan yang lebih mengatahui…

p/s:Semoga amanah yang diberikan ini tidak memesongkan diri ini jauh dari Tuhan.Dan semoga semua ahli organisasi tetap tabah dan bersedia untuk lebih redha dengan tarbiah yang bakal diberikan olehNya,dan semoga perkongsian ini bermafaat untuk semua.wassalam.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin. (riwayat Muslim)

“Ya Allah..jika Amanah yang kau berikan ini adalah jalan terbaik untuk kami mendekatkan diri pada jalan agamaMu dan padaMu jua,maka kau permudahkanlah segala urusan kami yang berkaitan dengannya.Kau ringankanlah dan ikhlaskanlah hati kami dalam melaksanakannya.Jangan sesekali kau pesongkan hati kami dengan menghambakan diri kami pada kenikmatan duniawi semata.Kuatkanlah keyakinan kami pada janji2 Mu..Amin.”

 

Tuesday, March 22, 2011

Iktibar Dari Tsunami Jepun

11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.
Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.
Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.
Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]
Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.
Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.
Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.
Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.
Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?
Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?
Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :
"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)
Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.
Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.



Iktibar Dari Tsunami Jepun | iluvislam.com + discover the beauty of islam