Contact

Monday, December 3, 2012

Soft Skill tarbiah dari Tuhan

 

salam alaik,

Setelah sekian lama,hari ni tetiba ada mood nak update.Bukan apa nak mencari yang bermanfaat untuk dikongsikan itu bukannya mudah.Itu fakta sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap penulis.Begitu juga saya,walaupun hanya sebagai penulis sambilan di blog sendiri yang punya bilangan pembaca yang tidak seberapa.

Ada seperkara yang mahu saya kongsikan, berdasarkan pengalaman baru yang saya dapat sebagai seorang khalifah yang baru diberi mandat sebagai seorang presiden disalah satu persatuan yang disertai.Ini adalah isi utama saya kali ini.

Sejak dari zaman matrikulasi sebenarnya saya sudah mula menyedari yang diri ini tidak mudah menerima arahan.Tetapi sebaliknya apabila memberi arahan.Mungkin atas faktor diri ini sudah terbiasa membuat keputusan sendiri sebagai anak sulong dalam keluarga.Bak kata orang, saya seorang yang tegas dalam memberi keputusan.

Pengalaman pertama kawan saya merajuk dengan saya kerana katanya saya terlalu selalu memberi arahan,membuatkan saya sedar akan keberadaan diri.Allah..Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Walaupun cara diri ini ditegur ketika itu boleh membuatkan diri sedikit terasa, tapi saya tetap cuba untuk memujuk diri supaya belajar dari kesilapan.

Alhamdulillah..sehingga saya melanjutkan pelajaran ke universiti, banyak kepercayaan yang telah diberikan.Yang ada seperti datang bergolek depan mata sehingga saya rasa malu untuk memegang amanah yang saya rasa saya tak mampu itu.

Kepercayaan demi kepercayaan diberikan.Semuanya kalau tidak dilihat betul2 memang boleh buat diri ini takbur..AstagfirullAhalazim..saya  cuba kembali mengikhlaskan hati.

Pernah suatu ketika saya diberi kepercayaan untuk menjadi ketua dalam suatu program. Saya cuba untuk memberi arahan. Atas rasa fobia , takut sahabat seperjuangan tidak dapat menerima,dan mungkin mereka akan merasakan saya sedikit gila kuasa,,telah membuatkan saya bertambah nervous.Sedikit demi sedikit rasa yakin saya sebelum ini untuk memberi @ menyampaikan amanah pada mereka,berkurang.Apatah lagi apabila memperingatkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988)

Pada mulanya ada yang membuat muka.Saya faham situasi mereka kerana saya juga pernah berada ditempat mereka. Secara dasarnya saya juga bermula dari bawah. Saya cuba menolong dan menjelaskan apa yang sebenarnya. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengatahui. Mungkin keikhlasan saya tidak dapat dilihat pada mata kasar,tapi saya tahu Tuhan sentiasa disisi.

Ada pepatah yang pernah diberi pada saya oleh seorang senior,mengatakan antara tanda Tuhan sayang dan peduli akan kita adalah Dia menegur kesilapan kita melalui orang disekeliling kita.Saya pegang pepatah itu.Mungkin juga Tuhan sedang mentarbiah saya untuk punya lebih rasa sabar.Mungkin juga Tuhan sedang menguji tahap keikhlasan kami padaNya.Mungkin Tuhan mahu saya punya lebih rasa syukur.Atau yang selebihnya yang mana hanya Tuhan yang lebih mengatahui…

p/s:Semoga amanah yang diberikan ini tidak memesongkan diri ini jauh dari Tuhan.Dan semoga semua ahli organisasi tetap tabah dan bersedia untuk lebih redha dengan tarbiah yang bakal diberikan olehNya,dan semoga perkongsian ini bermafaat untuk semua.wassalam.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin. (riwayat Muslim)

“Ya Allah..jika Amanah yang kau berikan ini adalah jalan terbaik untuk kami mendekatkan diri pada jalan agamaMu dan padaMu jua,maka kau permudahkanlah segala urusan kami yang berkaitan dengannya.Kau ringankanlah dan ikhlaskanlah hati kami dalam melaksanakannya.Jangan sesekali kau pesongkan hati kami dengan menghambakan diri kami pada kenikmatan duniawi semata.Kuatkanlah keyakinan kami pada janji2 Mu..Amin.”

 

Sunday, November 11, 2012

Teguran Demi Kebaikan

 

…

tak tahu nak bagi tajuk apa yang sesuai untuk entry kali ni..harap2 ok la ye..

Alkisah hari ni saya hendak menceritakan budaya anak bangsa yang semakin melupakan bahasa ibunda sendiri.Dek kerana kepoyoan diri selama ini yang asyik bagi ucapan or jadi mc dalam english, bahasa malaysia dah macam budak foreigner lah pulok.sedih T__T

Oleh kerana saya selaku salah seorang representative je yang ada ditempat kami masa program dijalankan,maka saya diberi masa 10minit untuk prepare sebelum majlis..maka lupalah saya akan ayat2 kehormat bagi pelawat2 tempat kami hari ni..sedikit rasa kesal disitu..malu pun ya..ahah!

Kiranya ada juga yang melihat pelik dengan gelagat saya yang berdiri nervous tak tau nak cakap apa kat depan tu..lebih2 lagi bila in malay..bahasa saya terus kepasar…oh bahasa~

Then masa tu baru tau yang ..oh Ainul...mana kecintaan kau pada bahasa ibundamu..??maafkan saya Malaysia!.Tapi tak apa,lepas ini saya berjanji pada diri untuk belajar  dari kesilapan dan lebih bersedia!

Oh ye,tak lupa ribuan terima kasih saya ucapkan pada para pelawat kami dari UTHM ke UIAM..Semoga ukhwah yang terjalin tidak hanya sampai disini dan terus utuh dimasa akan datang.We proud to have you guys as our visitors today ..*wink!erkk~tetiba,,

Wassalam

Sunday, October 7, 2012

Ikhtilat part 1

 


[Awek-Awek Solehah Yang Sombong]


Dia: Saya mahu cari gadis biasa-biasa. Kawan-kawan perempuan kita semua sombong-sombong belaka.


Aku bertanya: Sombong? Apa maksud sombong itu?


Dia menjawab: Entah, mereka terlalu macam nak menjaga sangat dalam bab hubungan lelaki dan perempuan..


Aku: Itu bukan sombong. Mereka melakukan apa yang seorang Muslimah patut lakukan.


Bandingkan perbuatan mereka dengan hadis nabi s.a.w ini:


Abu Usaid Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para wanita ketika beliau keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:


اسْتَأْخِرْنَ، فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرْيْقَ، عَلَيْكُنَّ بِحَافَاتِ الطَّرِيْقِ.- فَكَانَتِ الْمَرْأَةُ تَلْصُقُ بِالْجِدَارِ حَتَّى أَنَّ ثَوْبَهَا يَتَعَلَّقُ بِالْجِدَارِ مِنْ لُصُوقِهَا بِهِ

“Berjalanlah kalian di belakang (jangan berjalan di hadapan kaum lelaki). Ini kerana tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, hendaklah kalian berjalan tepi-tepi jalan.”
Maka ada wanita yang berjalan merapat ke dinding/tembok sampai-sampai pakaiannya melekat dengan tembok kerana rapatnya dengan tembok tersebut.


(HR. Abu Dawud no. 5272, dihasankan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 856 dan Al-Misykat no. 4727)


http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/akhlak-adab/ikhtilat-antara-lawan-jenis-2/



Saturday, September 22, 2012

Peer pressure

salam..

Selamat hari raya semua..maaf zahir&batin!
eh??raya dah habis loh,duit raya pun dah tak de!
oh he??haha.. ;p
berapa duit raya korang tahun ni?
Rm100?Rm200?
eh...ada yang mencecah Rm1000?
Alhamdulillah ..murahnya rezki korang..
mesti senyum sampai telinga kan..untungla..ada orang kisah..untungla ada orang sayang..^^

Lamanya saya tak buat post baru~wuhhh..berhabuk!
Oleh kerana tujuan blog pun buat untuk suka2..maka saya tulis pun ikut suka saya lah!
ceh..kerek giler ayat kan?
Bukan apa nak menulis ni bukannya senang..tak nak bagi yang merepek2..nanti ada yang annoying pula..hihi

Kali ni saya nak kongsi pasal peer pressure.Pasti korang dah tau sikit2 pasal perkataan ni kan?.Dalam bahasa melayunya kita katakan sebagai pengaruh rakan sebaya.Wuhh..dulu masa dekat sekolah selalu dengar..lagi2 time nak buat karangan..terutama yang tajuk ala2 negatif ..cerita budak2 jahat gitu..tapi secara praktikalnya tak da la pula mengalami.Mungkin sebab dulu saya sekolah harian biasa kot~

Biasa pelajar asrama mesti ada yang terlibat kes2 buli kan?.Itu pun satu macam hal..tapi itu ok lagi..sebab diaorag tu budak2..apa kes kalau yang dah meningkat dewasa tapi masih nak buli2 orang?apa kes pula orang yang dah kerja lebih 20tahun tu nak buli orang?

Oh Tuhanku!
Takutnya dengar bila ramai pelajar IPTA mengadu mereka dibuli rakan senior mereka..takut juga dengar bila dengar pekerja senior marah sebab tak tahan dengan karenah si junior yang tak tahu nak hormat mereka..apa kes?
Tetiba rasa diri macam hos rancangan TV3, 999.hahahaha ;p

p/s:Jangan suka2 nak buli orang.Hidup terlalu singkat untuk membenci you all..Spread the LOVE~




Tuesday, July 17, 2012

menanti kehadiran Ramadhan

 

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang..bulan yang penuh kemuliaan..mari kita persiapkan diri kita..Disini saya kongsikan perbincangan ulangan mp3 dari IKIM.fm. Moga memberi manfaat bersama .InsyAllah..

USTAZ MUHADIR(IKIM FM TOPIK JUMAAT)

Tuesday, June 26, 2012

Sopan santun amalan mulia

salam alaik..

Hari ni tetiba nak buat entry bengang~setelah terbaca satu status dari sorang brother di FB yang kononnya bengang dengan sorang sister tudung labuh sebab tak tahu guna
public transport untuk kemudahan pergi kerja.I was like what the....motif!!!

Then,saya cuba husnuzon(bersangka baik)..dulu..
maybe dia cuba untuk bagi nasihat untuk semua sister kat luar sana untuk berdikari..
but that thing comes again across my mind..when i started to  read his comment replied to those yang macam tak puas hati juga pada beliau lepas tu..

dari apa yang saya faham..he was trying to say something like..tolong la sister,aku ni datang jauh dari tut...but still aku boleh belajar hidup dekat kota ni ..aku lagi la anak orang susah...mak ayah blablabla..

then only saya faham..the REAL situation..
actually saya rasa dah banyak kes macam ni..
senang kata CEMBURU!
ya,saya tak menafikan ada betulnya apa yang ditegur untuk sister2 kat luar sana tu supaya berdikari but...
i think you can use a better words!!

or else instead of making improvement ..you are just destroying them..
dan lagi satu ..tak perlu rasanya setiap kali kita mahu menegur,,kita cuba untuk hanya mencari alasan dari perbandingan yang dibuat  pada diri sendiri.

You don't know the real situation..and plus who are we to easily judge the others?
they may looks like ....in front of you...
but who knows about what are they really looks like in front of God...
try to stand on their shoes..

Again...whatever it is..try to understand the situation 1st..
may be kelemahan dia dekat public transport..
so..better to help them..teach them..
daripada kita hanya berkata buruk pada sesama umat..
yang akhirnya membawa pada perbalahan..

solusinya dimana?
ermmmm~
tepuk kepala tanya akal..

p/s:terasa sebab dulu saya pun tak tau pasal public transport ..but then..Alhamdulillah i have learn!
              erkk~
              ...peace..no war.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 20, 2012

Tingkah paparan hati

salam alaik,

Syukur kali ni ada masa nak update blog lagi...kali ni punya entry lebih pada perkongsian..

Alkisah pada satu ketika seorang pelajar ni terpaksa berurusan dengan seorang yang punya pangkat dan nama...Pangkat dan nama yang ada membuatkan sipelajar itu tadi terlalu la menghormati si punya pangkat ini tadi..sampai la satu ketika..

"ermmm..dik boleh salam tak??",kata si punya pangkat
"ermm??",jawab si pelajar sambil menggeleng2kan kepalanya..

lantas membuatkan si punya pangkat tersenyum sedikit malu pada riak wajahnya..
terus mereka  memulakan agenda seperti yang direncanakan...
si punya pangkat mula mengajak rakan2 VIP nya yang lain untuk diperkenalkan pada rakan2 pelajar itu tadi..
situasi yang sama berlaku..
setiap kali seorang diperkenalkan...,setiap kali itu penolakan dari berjabat tangan perlu dilakukan..,ada yang merasa agak tercabar dengan karenah pelajar tadi lantas membuat muka sedikit kecewa..

dalam hati pelajar.."aik...macamana boleh begini..takkan diaorang ni tak tau hukum??semuanya orang2 besar ni.."

*******
sambil menikmati teh yang dihidangkan...
datang segerombolan media yang ingin menemu ramah..
dengan riak muka ceria..masing2 berbual mesra..ada yang sempat mengambil gambar sebagai kenangan ...juga ada yang sempat bertukar kad nama..
sebelum pulang.."dik..,,",seorang abang media memanggil sambil menghulur salam..
"....",sambil tersenyum malu,pelajar tadi hanya menundukkan kepala..
tanpa berlengah,abang media pun terus buat pos seakan mahu mengarahkan sesuatu..barangkali mahu menutup malu..
pelajar tadi hanya mampu berpura2 tak tahu apa..

*******

P/s: memang benar pepatah ada mengatakan masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang harimau mengaum..tak pun dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...tapi kita sebagai muslim kena ingat taat kepada hukum Allah itu lebih utama..:-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 2, 2012

RENUNGAN

UMAT KINI..


wahai hamba..

tidakkah kau sedar lagi

mereka disana sibuk berperang demi agama

sibuk berebut mahu Syahid dengan cara apa

sibuk mencari ruang untuk keluar berperang

sibuk mencari solusi akan isu keadilan


tetapi lihat sahaja pada dirimu disini..

kau disini sibuk perang berebut nama

sibuk berebut harta

sibuk berebut pangkat

sibuk berdebat siapa hebat

sibuk mencari apa itu glamor

sibuk mahu mencuba

hukum agama entah diletakkan dimana


ketahuilah

ada lagi yang masih kisah

malu dengan apa yang kau endah

ditegur kau kata hidup cuma sekali

siapa kata?

bukankah Tuhan itu Maha Adil??

didalam KalamNya juga menyebut

hidup itu 2 kali

mati juga..

masihkah kau ragu??


Apa matlamat seorang khalifah tegar berjaya??

sudahkah cukup kau isikan didada??


wahai hamba..

sadarlah

hidup didunia cuma sementara

biar hari ini kita derita

biar hari ini kita dicerca

biar hari ini kita dihina

biar hari ini kita tidak punya nama dunia

biar hari ini kita dikata kolot dimata manusia


asal diakhirat nanti..

kau dijanjikan bahagia

kau mendapat tempat disisiNya


maka wahai hamba..

jika hari ini kau jatuh

bangkitlah

Tuhan itu melihat usaha

Tuhan juga tidak menduga jika dia tidak memperdulikanmu

masih belum terlambat untuk kau sedar

siapa dan apa hakikat dirimu..


jika hari ini kau melihat dirimu asing

asing disisi teman dalam menegakkan agamaMu

ingatlah Tuhan itu sentiasa ada untukmu

cukuplah Ia sebagai tempat mengadu

kerana dialah penentu segala sesuatu

punya kuasa lebih dari sejuta temanmu


Wahai hamba..

tabahkanlah dirimu

ingatlah janji Allah itu pasti tiada ragu^^


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 6, 2012

Toyol dalam kuliyah?

 

salam..

Wah..soalan macam boleh buat suspen kan..huhu..biasalah sekarang tengah musim exam,final kuiz dan segala bagai.Dan mustahillah kalau cakap toyol dalam kuliyah tu anda tak faham.*Tipu kalau tak faham.

So,apa pendapat anda tentang bawa membawa toyol dalam exam ni?.Agak-agak halal tak perbuatan tu?termasuk dalam list amalan mahmudah tak?ermmm…

Yelah…siapa yang tak faham kan,untuk students terutamanya satu tekanan kalau kita tak dapat jawab exam ye dok…?.Lebih2 lagi kuiz..tak pun assigment kuiz.Soalan yang kita dah buat tuh!.Boleh pula lupa masa kuiz,memang jalan mudah adalah bawa toyollah .Ye dok??Betapa kuatnya godaan syaitan..eh..eh..tapi pernah tak nak rasa bersalah..ke dah terbiasa.So,dah tak rasa apa2 dah kalau bela membela toyol kuliyah ni?BAHAYA TU.DAH MENJADI TABIAT.

Secara jujur saya pun nak mengaku lah*ceh..pengakuan ni!.Ada masanya sebelum ni saya cuba untuk meniru dalam menjawab kuiz…tu pun sebab terlalu busy…memang tak de preparation,*ceh buat ayat tak bersalah…nak tau tak apa jadi??.Mata ni rasa nak toleh aja dekat kawan sebelah..ala tengok sikit apa salahnya..kawan pon dah selalu tengok kita…so,apa salahnya..ni kira turn saya la pula..tapi hati ni tak sedap…terus dlam fikiran ni memberontak..marah diri sendiri pun ye..saya cakap kat diri saya,Ainul…ko nak berjaya atas nama Ainul,ye nama Ainul,so kenapa nak pakai usaha orang lain?.Tak adil!.Jangan mendiskriminasikan diri sendiri.Jangan cakap tak serupa bikin.Kamu seorang mahasiswa…you have to be responsible to what you have done!.Dengan semua yang telah saya persoalkan tadi,Alhamdulillah saya membatalkan niat on that time.

Kemudian result keluar….ok hati saya boleh terima.result keuar sesuai dengan marginal cost*economics words* saya.Alhamdulillah…

Kemudian saya berusaha serabis boleh untuk kuiz yang seterusnya..Kemudian result keluar…Kali ni hati lain macam sikit..result sama je ,tak berubah???nak kata soalan susah ,ada pula student yang dapat full mark..oh hatiku luluh..tapi masih mampu bersabar…hati kata ..tak pe lah..tak da rezeki agaknya….kemudian saya cuba bermuhasabah ,mencari dimana silapnya..Hati masih lagi hairan bagaimana mereka boleh memperoleh full mark??.Tergerak untuk bertanya..ermm tak pa lah kita tengok next kuiz macamana…

Kuiz mula…astagfirullahalazim..terkejut apabila melihat bukan sahaja kiri kanan saya,bahkan depan belakang..kalau boleh nak cakap atas bawah ada toyol..apa nak jadi ni..lurus sangat ke aku tak ada toyol??.Bagaimana kalau markah kuiz aku kali ni tak dapat cover markah yang dulu2 tu??.Waktu ni hati says ok lagi,sebab even tak ada toyol,saya dah prepare.

Tapi balik saja dari kuiz,saya sangat tertanya.Kalau nak tahu,saya ni agak rasional orangnya..means saya tak akan buat sesuatu tanpa sebab.So,before saya pergi mencipta toyol,saya akan mencari seribu satu sebab untuk itu.

Selesai saja solat maghrib malam tu , buka Quran kebetulan terselak surah al-baqarah yang maknanya lebih kurang.." terkadang apa yang kamu lihat baik itu belum tentu baik untukmu…”.Saya cukup terkedu.Seperti Tuhan mahu memberi petunjuk disitu.Kemudian saya teringat satu kisah yang pernah saya baca dahulu…seorang ulama pernah bermimpi 2 malaikat turun di mekkah..dan ulama ini mendengar malaikat ini berkata tiada seorang pun yang hajinya diterima dari 6ratus ribu orang tahun ini,kecuali seorang,yang kerananya ,haji semua orang diterima.

Saya berfikir sangat jauh ketika itu.Sampai saya membayangkan saat saya punya punya duit yang cukup,insyAllah…untuk buat haji!.Tapi bila difikir-fikir balik nak dapat haji yang berkat mesti la punya duit yang berkat dulu ye dok??nak dapat duit yang berkat mesti la dari kerja yang berkat…kerja yang berkat tu pula dapat mesti la based on ilmu yang berkat.ermmm pikir punya pikir.. sah tak boleh la meniru ni.So kalau sesiapa yang terfikir lebih dari ini mungkin boleh kongsi,tapi pasti mesti akan rasa lain(macam bersalah gitulah..)untuk meniru.Rasa itu sendiri terkadang boleh menyelamatkan iman kita.Mudah-mudahan….

p/s: Jangan meniru time EXAM! By the way good luck untuk semua yang sedang atau bakal amik exam. Bi Taufiq Wan Najah! Doakan saya juga. peace.. =)

 

"Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanalah kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" [Ali Imran : 8]

Sunday, December 11, 2011

DUGAAN NAK FINAL EXAM

 

Salam alaik…

Kali ni memang dugaan betul2 dugaan .Dalam pada nak tunaikan amanah2 yang diberikan,banyak pula dugaan yang datang.Bukan nak merungut,cuma nak kongsi bahawa dugaan2 nilah yang menunjukkan betapa kerdilnya kita manusia.Kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan segalanya.Ya,saya pegang pepatah itu selalu dihati saya.

***

Disuatu pagi ketika diri sedang sibuk menyiapkan draf2 proposal yang semakin dekat dengan due datenya…telefon saya berbunyi menunjukkan ada satu mesej masuk berbunyi...

Dalam hati “siapa pula yang hantar mesej pagi2 buta ni”…..mesej dibaca…  ‘Salam Ainul =),akak suka tengok Ainul,perwatakan yang tenang dan seorang pemikir yang yang baik..kurang bercakap tapi mempunyai pendapat y bernas..semoga Ainul sentiasa tabah dengan ujian yang dilalui…kerana itu tanda Allah sayang Ainul…’

Lantas mulutku kuketap..hatiku tertanya apakah ini Ya Allah…Malunya aku padaMu.Layakkah aku menerima pujian sebesar ini daripada orang yang baru sahaja menjadi sahabatku.SubhanAllah…kerna sebenarnya aku jua kagum dengan perwatakannya..Seorang gadis yang masih menyambung pelajarannya,membuat Master dalam bidang psikologi memang menjadi satu punca kekaguman aku padanya.Tuturnya lembut ,tidak pernah jemu memberi nasihat dan bertukar idea sesama kami ketika menghadiri usrah.Kalam2 Allah sentiasa ku dengar terkeluar dari mulutnya untuk dikongsikan bersama..semakin aku mahu tahu semakin banyak yang dikongsikan bersama.Semakin malu aku sebenarnya kerana siapalah aku,yang mungkin masih merangkak untuk menghafal satu2 kalam2 Allah itu.Namun ku jadikan itu pencetus semangatku untuk terus istiqamah.Alhamdulillah ya Allah ,kau pertemukan aku dengan seorang yang amat mendekatkanku padaMu.

Kemudian….jam 12.30 tgahari…

Saya menerima miss call dari salah seorang adik kesayangan..dalam 2,3 kali macam tu.Dengan rasa tak sedap hati sy cuba menelefonnya kembali…5 kali miss call tanpa berangkat.Hati memujuk,”ah..mungkin dia sibuk..”

Jam 5.30 petang…

“Ha..sekarang mesti adik dah free..Jom kita call dia”,hatiku berkata.Dekat 10 kali miss call tak angkat..Hati mula tak sedap.”Ni mesti ada apa2 ni.Adik tak pernah berani tak angkat call..huhu,”.

Jam 7.30 malam..

Dalam hati kata,”solat maghrib mesti dia ada”.

tut…tut….”Hello,Assalamualaikum ,tengah apa ,kenpa telefon banyak kali tak angkat…and blablabla…”.Mulut terus membebel tanpa sedar bahawa yang angkat telefon tu rupanya lecturer adik.”Hello….”,lecturer membalas.”erkkk….ni siapa ye,pemilik telefon ni mana?”,*malu disitu setelah banyak membebel pada orang yang tidak dikenali.*

“oh,ni lecturer dia,dia tengah amik darah..”.”huh??amik darah???,dia tak apa2 kan??sihat aje kan??”.”ermmm…dia sihat…”.Kemudian saya terus mengakhiri perbualan dengan salam.

Hati tetap tak sedap.Lecturer tadi suara lain macam,serak..macam orang baru lepas nangis..jawab pun teragak2..lepas tu baru terpikir..kalau tak ada apa2..kenapa perlu amik darah..ouhh Ainul…why you so slow to think about that..,hati merungut.Terus saya call family.then family pun terkejut…”eh,along dah tau ke???,macam mana tau??”.Hah ini sah ada apa2..”hah??tau apa??along tak tahu apa2..cuma tadi telefon angah,kenapa lecturer yang angkat??”.Then mama cakap…”along sabar ye…jangan terkejut…tenang..istighfar banyak2…,angah kemalangan ..kereta dia terbalik…sekarang terlantar dekat hospital…”.Hwuaaaaa,dalam hati dah sebak nih,then cuba buat2 cool cakap,”Astagfirullahalazim…bila??macamana tu??sekarang dia macamana??”.Mama cakap '”jangan risau..InsyAllah semua ok..cuma dia mungkin patah tulang rusuk..tunggu doktor buat confirmation lagi.Doakan semuanya ok..” ;(

Semoga angah tabah menghadapi dugaan.We do love you angah!!!

Ya Allah, kuatkanlah hati angah serta rakan2nya menempuh dugaanMu.Ikhlaskanlah hati mereka.Peliharalah kesihatan mereka.Sesungguhnya kaulah lebih mengerti akan apa yang terbaik bagi mereka .Amin..