Contact

Saturday, February 27, 2010

salam Maulidurasul....salam memperingati...salam kembali...

Hari ini pada 12Rabiulawwal 1431H, dan juga pada tahun-tahun berlalu, Umat Islam tidak melepaskan peluang menyambut ketibaan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih dikenali dengan Maulidur Rasul.
Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama. sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.
Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.
Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.
Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.
Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.
Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).
pentingkan aspek luaran
Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.
Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.
Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.
Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya
Para ulama kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.
Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.
Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.
Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.
Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.
Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.
Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabiin dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.
perancangan hebat Allah SWT
Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?
Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.
Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.
Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.
Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.
wassalam..

Tuesday, February 23, 2010

Lebih baik DIAM !


kalau dientry dulu  ada dikongsikan bersama alasan kenapa orang lebih suka untuk berdiam dalam satu-satu kondisi y mana terkadang boleh membuat orang bersalah sangka dgan kita,saat ini ingin dikongi pula apa 1001 kebaikannya dalam kehidupan seharian kita...

Banyak sebenarnya kelebihan berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian. 

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." 
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " 
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" 
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". 
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'. 
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,  
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, 
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau 
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"


HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, 
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.  
Yang salah memikirkan kesalahan orang.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

wassalam. ;))

Sunday, February 14, 2010

kejap-kejap..tunggu dulu..

Alamak minta maaf la ye ..memang tidak sempat sesungguh-sungguhnya ...huh masa berjalan laju bagai air terjun dekat Gunung Ledang..ia!betul kata pepatah! masa itu ibarat pedang yang jika kita tidak mencantasnya ia akan mencantas kita!ye aq sangat-sangat setuju ..kenapa??sebab sekarang ni aq merasa sedikit sakit...sakit apa??serius bunyinya??bahahahah sakit terkena penangan cantasan masa dalam hidupku...huh jenuh ada..tapi kalau minat itu ada...semua jadi mudah..


nah..ni la buku yang sangat-sangat buat aq semangat nak study...
kadang tu melayang juga pemikiran aq ni...sampai tersesat atas awan..wah...seronok..!!!tapi semalam aq buka je tingkap..huh!!keadaan awan agak menakutkan!(hahaha merepek jap!)eh!!tapi betul..


kan-kan??

ok.. cau dulu..tapi ni nak kongsi balik entry dulu...sapa yang belum terbaca dijemput-jemput ..ehhh bukan I nak bagi U all makan cenkodok tu...ish..terasa lapar la pulak ...tak pe.. nanti cuti kita masak banyak-banyak ..I kongsi tapi kasi U tengok je,,,,adil??bole la.. ;-p

Friday, February 5, 2010

Why I Like It Longer

GOING TO INTRODUCE TO YOU……..


       
The LG Chocolate BL40

Why I like it longer? Ya…. soalan ini sememangnya pasti akan membuatkan you guys yang diluar sana tu sekarang ni termimpi – mimpi berangan nak dapat LG chocolate new edition ni!!!ish-ish…sampaikan mungkin ada yang makan tak lalu… teringat keasyikan bakal kekasih baru.. LG phone ini dengan rupa parasnyanya yang menawan bagai bidadari atau may be because of namanya saja yang berbunyi chocolate sudah membuatkan you all meleleh sampai esok pagi….!!!!!bahahaa Ya!!!I think this is true ,especially for the ladies outside there….emmmm????is that only for ladies?????how about you???? guys outside there may be??? Heyheyhey….dengar sini ..ini penting …kerana ianya sudah pun dilabelkan sebagai “supermodel phones”by the fashion experts outside there… tak percaya?? Nah…tengok la dekat bawah ni ada diselitkan gambar phone ni yang mana seperti dibayangkan seorang bidadari sedang berdiri disitu bersama teknologi tercanggihnya yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana phones lain seperti model ini yang memang cantiknya boleh membuatkan you guys…..makan tak kenyang …mandi tak basah and tidur pun tak berapa nak terlelap!!!! :-p


Tengok la bentuk phone ni,sexy dan langsing sejebik model yang sedang memeliharanya didalam gambar ini..FUH!!!!!!bayangkan betapa segak anda ketika sedang menjawab panggilan ….walaupun panggilan tu cuma dating dari nenek you …huh!!!???tak kisah !!!! pasti lepas ini you all tak sabar nak angkat panggilan sesiapa pun!!!!even number tu tidak terdapat didalam phone book ..(bukan apa saja nak promote dekat orang lain ….nak cakap guna bahasa minda “hey tengok la sekarang ni dah ada phone yang paling canggih and senang untuk you all bawa kemana saja la,so bolehla lupakan laptop yang besar and too heavy untuk orang yang comel berat around 45kg,macam I, yang cuma tahu nak chatting tu!!!!) nak lagi-lagi???Dengan bentuknya yang absolutely longer than the other phones ni memang sangat membuatkan I rasa exited for having one of it!!!!why????sebab kalau you all tanya orang disekeliling you pun la kan… “hey which one of them lebih cantik(untuk apa-apa benda)??”and definitely after that they would tell you that the longer one is better!!!!why??because being longer itself ,dah membuatkan sesuatu itu jadi unik!!!untuk this phone pula..lebih elegant!!!I memang suka benda-benda yang boleh membuatkan I nampak elegant and gorgeous!!!! SEE HOW POWERFUL IS THIS PHONES!~


Haaa..tengok-tengok.. .I sengaja memanjangkan lagi dimensi picture ni ..biar you all semua buka mata….tengok!sekali pandang ..bak kata orang luas pengatahuan..tapi kalau dekat sini memang you bukan saja luas pengatahuan ….tapi semua benda you all boleh tahu tanpa susah payah nak bodek-bodek telefon cari satu-satu aplikasi mana satu nak diguna!!!jimat masa….tenaga…dan segalanya..tak pening kepalakan!!!sekali gus mengurangkan risiko untuk dapat migraine..(hahha..ada kene mengena ke??sikit la~~~)
Lagi satu ianya juga boleh membuatkan kita rasa amat mudah untuk view atau buat kita punya planner menerusi phone ni… tak payah la susah-susah you all nak kaut planner tiap-tiap masa!!!yeah…zaman dah maju..bebeh…so for sure lepas ni you all always being an up to date person especially for the beloved one on going for lunch..and blablabla…. :-)



Yang ni part yang paling I suka sangat-sangat suka!!!paham!!kalau yang bergelar remaja macam I yang diluar sana tu sudah tentu-tentu akan faham!!! Dengan phones ni I boleh mengembangkan lagi sayap hobi I melayari internet sambil nak berbloging untuk Nuffnang…!!!seronok!!kenapa sebelum ni tak boleh ke:??boleh..tapi amat payah sampai I rasa macam nak baling je !!tekan sana …tekan sini…tulisan yang teramat kecil..tarik sana tarik sini..penat tangan!!!huhu ..tapi dengan phone ni tentu semua masalah boleh selesai!!!dengan keselesaan screen yang ada …fungsi yang cukup selesa ..boleh zoom sana ..zoom sini..gambar yang lebih clear ..abis melekat la I lepas ni dekat phone ni!!!haha !!! poyo??agak la…Tapi phone ni dapat menutup semua kepoyoan aq tu…



Semuanya menjadi lebih teruja apabila fungsinya hampir menyamai computer biasa…maksud disini kita boleh view dua page at the same time!!!wah..wah..wah!!!jimat masa I!! Memang terjamin la lepas ni masa terluang I ..tak da bazir-bazir waktu dah!!!


Wau!semuanya dibina dengan begitu teliti untuk menepati cita rasa para penggunanya !!Definitely I memang dah jatuh cinta dengan phone ni…screen yang dilindungi oleh special glass ni memang sekali lagi buat I teruja..I kalau pakai phone memang tak reti nak jaga sangat ..tak sempat !!pasti you all pun kadang-kadang termacam tu juga kan??lagi-lagi bila sedang mengejar waktu memang I campak saja dalam beg!!!aleh-aleh menyesal dikemudian hari ..coz telefon da calar…so dengan phone ni tak payah la I nak keluar duit selalu untuk tukar cover!!!jimat wang I!!!lagi satu strip kat tepi tu..nampak??yang color merah tu…huh itu memang sangat-sangat cun!! Tak de la lepas ni kita tersesat dalam beg kita sendiri untuk cari phone ni!!



I memang orangnya suka tangkap gambar !!bukan diri sendiri,tapi mostly on the environment!!!tapi sampai saat ni tak kesampaian lagi hajat I nak beli satu special kamera for that purpose..
Tapi tak pe…kalau I dapat phone ni semua hajat I boleh dikatakan bakal tertunai!!! Dengan kamera 5megapixel phone ni pun dah ukup-cukup buat I gembira untuk minat I!!.Fungsi dua dalam satu..phone+kamera tak da la membuatkan kita terhegeh-hegeh nak bawa banyak sangat benda dalam satu masa!!lepas ni boleh I beli handbag yang lebih kecil !!

Nah tengok gambar yang I tangkap sikit-sikit atas sifat obsess dengan alam!!




 
Cukup-cukup…

NI SEMUA ORIGINAL DARI I TAU !!TAK DA CIPLAK-CIPLAK DARI MANA-MANA!!!tengok quality mesti da tau..hehehehe........ :))


Jangan risau…you all kalau dah beli phone ni pakej ada dijual untuk bajunya sekali..hehe..nampak vogue gitu…

KENAPA???kenapa I macam desperate gila nak phone ni???sebab peluang macam ni tak selalu dating bergolek depan laptop I ni!!!plus lagi satu nak beli phone ni gamatnya bukan sekadar ikat tapi menjerut leher I sekali …..sebab ianya berharga RM 2,199 noh!!!tapi serius ianya amat berbaloi buat masa ni!!!!

Dah-dah I nak hantar da ni entry ni ..you all bila lagi ??meh-meh klik sini kalau nak jugak…


Monday, February 1, 2010

Jom komen...


perasan mata aq spero..!!!tu mata orang tak cukup tidur...lepas tu kene bangun pagi2 isnin untuk mula bertugas lagi!!!


haha ..hari2 y agak sibuk bakal bermula..muka jadi masam macam cuka ...cakap serius macam PM...hati bersih macam permata ececeh..bersih betul ke???(tengah berusaha!!)...idea dah beatur dalam otak tunggu dicipkan satu persatu sebelum pergi berperang dalam minggu akan datang!makan...hah makan amik gaya pakar penjagaan otak!!protein dilebihkan...at least usaha kat situ ada!!!hubungan dengan Tuhan insyallah ...diperbaik !!!

huh!!!kat sini ,masa ni tak de istilah penat untuk impian y mahu digapai dengan penuh keyakinan....susah?emm agak la..tapi ....kalau fikir2 balik tidak ada y senang nak dapat benda y best ,k!!!keputusannya nant pasti setimpal !!ingat itu !! ;)) itulah motivator aq selama ni...

mentaliti..fizikal..spiritual..emosi..huh banyak betul elemen yang perlu dijaga sebagai seorang khalifah dimuka bumi nikan?itulah manusia diberi keistimewaan untuk merasa dan mengubahnya sehingga ketahap y paling dkendaki...

kenapa??kenapa aq tulis macam ni hari ni?sebab aq tengah agak serabut so... mungkin gaya penulisan tidak berapa menarik!!Maaf!terus terang sekarang banyak benda y membuat wayar2 dalam otak aq ni terpintal2! bahaha ;-P OOOPppsss serius!

bukan apa .. ada 3 quiz perlu aq hadapi minggu ni,tapi aq juga perlu menjadi hakim seketika y mana .. aq perlu membuat pilihan y akan menentukan alur kehidupan aq dimasa akan dtg!!!!ya!setiap hari aq belajar membuat keputusan tapi y ni paling susah setakat ni !!!Lebih susah dari essay BI y aq mmg kantoi selalu tu!!! ~~

anyway wish me luck k!!!


 e..eh..eh..ehhe...apa kait mait dengan tajuk diatas tu??ha..aq nak hantar lirik lagu ..cuma nak mencuba nasib..dekat competition iLuvIslam...
begini....

Tajuk:Perjuangan..

andai saja bisa dikatakn
akan kami luahkan
isi hati menjadi bukti
yang tak mampu kami layari

namun..
demi kesejatian iman
tetap kami perjuangkan..
kata hati kini bukanlah halangan
walau hari esok belum pasti akan penentu cabaran..

perjuangan ini kami pertaruhkan
dasar pengalaman kami gambat menjadi bekalan...
ilmu didada cuba kami kongsikan
Quran dan Sunnah menjadi panduan
membina umat sepanjang zaman

disini..
pelbagai lapisan menjadi tumpuan
intipati rujukan kami sediakan
perkongsian diutamakan
pandangan jadi santapan
pengukuh ukhwah tali persaudaraan
walau masa perlu digadaikan
demi mencapai matlamat digenggaman....

marilah insan
bersama kita layarkan..
 bahtera menuju kejayaan..
dalam satu pengembaraan..
ILuvIslam!!!

amacam???Best tak???haha berangan nak jadi penulis lirik kejap boleh!!! 
JOM SERTAI PERTANDINGAN MENULIS LAGU TEMA ILuvIslam ni...
mana tahu tetiba idea datang mencurah...untung2 dapat rezeki baru!!!
 klik disini:

PERTANDINGAN MENULIS LIRIK LAGU ILuvIslam



(aq kene pilih major da...any idea??-nak tanya siapa ni....ye! sapa yg nak kene diinterview dgan aq ni...nanti aq belanja makan!!!)



Tuesday, January 26, 2010

simply must share...

Subhanallah...Alhamdullillah....
eh2 kenapa ni ???ececeh ... mesti tertanya-tanyakan?kenapa la si penulis hari ini kelihatannya begitu gembira sekali!huhu..pada tanggal 25/01/2010.....telah terbanglah sepucuk surat sampai kedepan rumah aq..abang posmen y adikku selalu tunggu2 tu datang dengan melemparkan senyuman manisnya y memang aq cakap x boleh bla seperti selalu..huhu..yup! memang tugasan diaorang memerlukan dealing y tersangat eh tak de la sangat just at the acquired level...for their responsibility..
so aq amat dan amatlah respect dekat orang2 y macam ni ..diaorg jalankan tugas dgan penuh berdedikasi n satu hari nant ciri2 ni memang patut ada pada aq!!!

berbalik pada apa yg buat aq rasa gembira ,suka,riang,ria,teruja,terpaku, dan mungkin mati seketika ialah apa y ada dalam salah satu sampul surat itu y atasnya tercatit nama aq...WAU!!!!!!!SANGAT2 TERUJA!!! Rupanya itu adalah satu pernyataan dan perakuan seperti mana y pelajar2 lain y sememangnya aq minati atas kejayaan diaorg ,dapat!!!!paham???mungkin ayat ni agak berbelit...almaklum dalam otak rasa macam ada1001 idea aq nk tulis kat sini hari ni....bahaha ;-))
sebenarnya x der apa...cuma bagi seorg y bergelar pelajar macam aq ni..bila dapat anugerah dekan memang boleh membuatkan aq mati seketika!!~surat sampai depan rumah!bukan depan asrama!maka org first y bukak sudah tentu mamaku itu...wau...!!!kedengaran gembira suaranya ketika memberitahuku...
Disini pengucapan syukur keluar dari bibir pemikiranku atas kegembiraan y telah aq cetuskan/ledakkan dihatinya itu....
ALHAMDULLIALLAH......;-))



meh layan lagu ni...saat2 gembira macam ini ianya amat menenangkan...(pada aq n may be pada kamu juga..)

p/s:owh..woh hampir terlupa..mcamana rupa baru blog ini??cantik??moga2kita lebih enjoy disini....dgan smthing y lebih berguna in the future noh!!!

Wednesday, January 20, 2010

macamana nak pilih kawan.or..rakan..or may be lebih jelas sahabat dan teman....


Petikan dari nasihat Alqomah kepada puteranya : 

 Berpesan Al Qomah kepada puteranya, “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih teman teman yang memiliki sifat yang berikut:

  • ~Jika kamu di timpa oleh bencana maka temanamu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan masalahmu itu

  • ~Jika kamu meminta baantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya
     
  • ~ Jika kamu merancang sesuatu maka temanmu ituakan turutmebantumu dengan memberikan pandangannya
     
  • ~Jika kamu bercakap cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata kata mu itu
     
  •  ~Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu dia akan segera menutupinya
     
  • ~Jika kamu mengeratkan tali persahabatan itu maka dia akan menyambutnya dengan baik malah membalasnya kembali
     
  • ~Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka dia akan mengingatinya, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu
     
  • ~Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu daripadanya maka dia akan bertanyakan kesusahanmu itu
     
  • ~Jika kamu berselisih faham dengannya maka dia lebih rela mengalah untuk memelihara persahabatan itu.

moga2 dengan adanya panduan2 tambahan ini dapatlah kita menilai dan memilih rakan2 y terbaik bagi menjadi peneman hidup y juga dapat sama2 dalam memperbetulkan sedikit sebanyak kesilapan kita saban hari ;iaini dengan menjadi motivator kita y paling istimewa... ;-)

Monday, January 18, 2010

Menangisi dosa!

Wahai kaum yang bertaubat , mari tangisi dosa ! Inilah saatnya berduka.Marilah kita tumpahkan air mata dan sesali jauhnya kita darinya membaik seperti semula.
Uban! Ye uban telah mengingtkan kita akan hancurnya tempat tinggal .Wahai y berpaling mest telah beruban,keranda telah menunggu!

Wahai y tersesat dalam keberpalingan!Wahai yang terlindung ditengah para pendosa!Siang kau mengejar dunia ,tatkala malam engkau tetidur dengan kelelapan.Ini sungguh sebuah kerugian !Jika masa muda berlalu tanpa laba di tangan ,tuamu hanyalah masa pencelik pemikiranmu.Anganmu terlalu panjang dan teramat jauh , padahal kubur telah semakin dekat memanggil.!

Melangkahlah dalam taubat,jambatan menuju kebaikan !Lautan maksiat seperti air lautan.Engkau telah melalaikan musim mudamu sehingga layu oleh racun perosak maksiat dan dosa!Ketika musim baru ,musim tua menjelang engkau pun menyesal?Jika taufik tidak terikut bersama hidupmu ,engkau akan menderita.Semoga Allah mengasihi orang y lemah..amin..

Apakah engkau ingin mendirikan bangunan y kekal?
walhal engkau tinggal disana hanya sekian?

Dibawah tanah,ye dibawah tanah tersedia tempat beristirehat
Untuk orang y setiap hari pasti diekori kematian..




Al-Hasan al-Bashri r.a.berpesan:“wahai manusia engkau memiliki dunia dan akhirat .janganlah engkau utamakan duniamu atas akhiratmu!demi Allah aku melihat kaum y mengutamakan dunia atas akhirat ;mereka celaka dan hina ,serta aib mereka terbuka.”

“wahai manusia ,juallah duniamu untuk akhiratmu,pasti kau beruntung pada keduanya . Janganlah kau jual akhirat untuk dunia ,engkau akan rugi pada keduanya .”

“wahai manusia kesulitan dunia tidak akan mencelakanmu bila kau memiliki simpanan kebaikan akhirat .Akankah kemudahan dunia yang kau dapat bermanfaat jika kau terhalang dari kebaikan akhirat!?”

“wahai manusia , dunia ini adalah binatang tunggangan.Bila engkau menungganginya ia akan memikulmu,.Bila kau memikulnya ia akan membuatmu binasa.”

“wahai manusia,engkau tergadai oleh amalmu ,datang menghampiri ajalmu,dan akan disingkap dihadapan Tuhanmu .bawalah apa y ada ditanganmu untuk menhadapi apa y ada didepanmu!Saat mati ,berita itu akan sampai kepadamu.”

“Wahai manusia,janganlah kau gantungkan hatimu pada dunia!ia akan menggantungkannya dengan gantungan terburuk .Merasa cukuplah wahai manusia dengan sesuatu y menghantarmu disisinya.”
                                           
                                                                                                                                                                         Bersambung……………………....

Wednesday, January 13, 2010

excitednyer...

lalalalaalalalalla...dalam kesibukan otak mengurus diri dua tiga hari ni sempat lagi aku nk menghiburkan diri...kih2
hibur..bukan bermakna aq berhibur sampai tak ingt dunia kot ..just layan sikit2 mavie..ooopppss!movie....tgok la gaya penulisan org y baru aje kepenatan ...

penat sebab tadi baru aje aq kasi pinjam kakiku....mataku ...telingaku....tanganku...untuk kedewan kat cfs uia ni..dengan penuh semangat y berkobar2 aq pun menilik satu2 boot y ade kat situ...dekat sini sebenornya ada engineering festival tok budak cfs ni.....so macam2 la dia org sediakan ...ada game y terlalu senang pada aq untuk disertai sampai aq sertai melalui pandangan penuh ingin tahunya sahaja..bahahaha !! tgok muka abang2 n kakak2 senior y ada kat situ huh!cayalah respect sama u all!very friendly..aq tanya sepatah jawabnya lebih terpatah-patah!!huhu...tu y seronok..but the first boot y aq pergi of course la ke material&manufacture engineering  ...wau!terpegun kejap..bukan apa ,tmpt tu tersorok kat belakang boot lain...boleh plak aii~~sampai je peh!!!tak der org!!!aq suka sebab masa tula aq bole bagi soalan cepu mas kat akak2 n abg2 kat situ tu....hahah...sedia...mula!!


jenuh dia org nak jawab soaln aq!!! seems like manufacturing is more interesting to me now,,,,even mulanya aq g situ coz aq lebih minat nak tau pasal material engineering..but it seems more complicated !need to learn more on chemistry!!!about the structure...and blablabla...hah satu info y aq ingt masa dengar penerangan dari akak kat situ tu tadi,ialah..."best dik blajar pasal material ni..ok akak kasi contoh kat korang ...contoh korang nak kaji tanah..tak mustahil dari tanah tu korang boleh jadikan dia emas!"bahahahah....kaya ma...aq dgan muka innocentnya percaya hahaha...terus terfikir dalam hat"apa lagi ainul....manufacture is the best for u to be among the richest person in this world!"bahaha..aq bersikap materialistic jap..eh tak2 manufacturistic!!!ngee~~sebenarnya akak tu cakap mcm tu coz dia tengok aq ni mcm dah hilang minat je dgan apa y dia ceramahkan..huhu...sorry akak but for me u are too serious!!need to practise more..ececeh da macam judges la plak...ko ingat ko sapa hah!





ni jer y sempat aq ambil...sebab tetiba tangan n mulut aq ni ringan la plak nak tanya ah chong y jaga kat ctu tu...wa manyak friendly la lia arr wa manyak suka cakap sama dia itu macam!
 wei2 just nak inform kat korang...sekarang broadband da murah....and very fashionable!so sapa y nek save bajet tapi rasa macam nak beli&guna benda ni....sekarang adalah masa y sesuai...lebih2 lagi kalau anda seorang pelajar!!U all are very lucky to have Najib as your PM!!!aishhh politik la plak...oopppsss sorry2 terbabas pulak hari ni punya penjelajahan..~~






Wednesday, January 6, 2010

Mari-mari kita jadi BAIK!

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.


Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH...

~ Jadilah kamu seorang y senantiasa melayan baik ibubapamu,rakan-rakanmu,sahabat handai,saudara-maramu,jiran-jiranmu,orang disekelilingmu..moga mereka mendoakan kebajikanmu kelak yang disertai reda Allah S.W.T...InsyaAllah,tambahan mungkin pada orang y kamu benci atau orang y membenci kamu...sesungguhnya tiada hamba y boleh memuaskan hati semua pihak!kita hanya manusia y menumpang sementara untuk mengutip bekalan dialam y menunggu kelak!Hidup ini adalah terlalu singkat untuk membenci...bertaubatlah kita segara ..ajal dan maut sentiasa menunggu tak kira kita berada dimana..mungkin sesudah saat ini ,jam ini,hari ini ,tahun ini atau mungkin kita sememangnya sudah tidak berkesempatan lagi?...


  Jika hari ini dilihat banyak kejadian y berlaku atas dasar dunia balas dunia,mahukah kita salah satu y berlaku itu terjadi dikalangan kita?ohhh...sudah tentu TIDAK!!!sebelum hamba ini menyundur diri...ingatlah setiap kali kamu ingin membenci fikirkanlah beberapa perkara ini:


+sudah cukupkah amalanmu untuk menanggung dosa y bakal kamu perlakukn ini?
+banyak lagikah baki hayatmu?(ianya bertambah@berkurang)
+apa faedah y membuat kamu tertunggu2 untuk melakukannya itu?
+bahagiakah hidupmu kelak?
+benar puaskah kamu selepas ini?


=Sebelum beakhirnya pemikiranmu itu..selidiklah jawapannya dijauh pelusuk hatimu y walau tidak banyak akan tetapi pasti secebis masih ada titisan nurani itu.. sebelum ianya jauh busuk ,busuk dari busuknya najis dan bangkai!Ketika itu mungkin hati telah menjadi sekeras batu ...yang mungkin terlalu payah untuk kamu berpatah balik!   ~