Contact

Sunday, December 11, 2011

DUGAAN NAK FINAL EXAM

 

Salam alaik…

Kali ni memang dugaan betul2 dugaan .Dalam pada nak tunaikan amanah2 yang diberikan,banyak pula dugaan yang datang.Bukan nak merungut,cuma nak kongsi bahawa dugaan2 nilah yang menunjukkan betapa kerdilnya kita manusia.Kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan segalanya.Ya,saya pegang pepatah itu selalu dihati saya.

***

Disuatu pagi ketika diri sedang sibuk menyiapkan draf2 proposal yang semakin dekat dengan due datenya…telefon saya berbunyi menunjukkan ada satu mesej masuk berbunyi...

Dalam hati “siapa pula yang hantar mesej pagi2 buta ni”…..mesej dibaca…  ‘Salam Ainul =),akak suka tengok Ainul,perwatakan yang tenang dan seorang pemikir yang yang baik..kurang bercakap tapi mempunyai pendapat y bernas..semoga Ainul sentiasa tabah dengan ujian yang dilalui…kerana itu tanda Allah sayang Ainul…’

Lantas mulutku kuketap..hatiku tertanya apakah ini Ya Allah…Malunya aku padaMu.Layakkah aku menerima pujian sebesar ini daripada orang yang baru sahaja menjadi sahabatku.SubhanAllah…kerna sebenarnya aku jua kagum dengan perwatakannya..Seorang gadis yang masih menyambung pelajarannya,membuat Master dalam bidang psikologi memang menjadi satu punca kekaguman aku padanya.Tuturnya lembut ,tidak pernah jemu memberi nasihat dan bertukar idea sesama kami ketika menghadiri usrah.Kalam2 Allah sentiasa ku dengar terkeluar dari mulutnya untuk dikongsikan bersama..semakin aku mahu tahu semakin banyak yang dikongsikan bersama.Semakin malu aku sebenarnya kerana siapalah aku,yang mungkin masih merangkak untuk menghafal satu2 kalam2 Allah itu.Namun ku jadikan itu pencetus semangatku untuk terus istiqamah.Alhamdulillah ya Allah ,kau pertemukan aku dengan seorang yang amat mendekatkanku padaMu.

Kemudian….jam 12.30 tgahari…

Saya menerima miss call dari salah seorang adik kesayangan..dalam 2,3 kali macam tu.Dengan rasa tak sedap hati sy cuba menelefonnya kembali…5 kali miss call tanpa berangkat.Hati memujuk,”ah..mungkin dia sibuk..”

Jam 5.30 petang…

“Ha..sekarang mesti adik dah free..Jom kita call dia”,hatiku berkata.Dekat 10 kali miss call tak angkat..Hati mula tak sedap.”Ni mesti ada apa2 ni.Adik tak pernah berani tak angkat call..huhu,”.

Jam 7.30 malam..

Dalam hati kata,”solat maghrib mesti dia ada”.

tut…tut….”Hello,Assalamualaikum ,tengah apa ,kenpa telefon banyak kali tak angkat…and blablabla…”.Mulut terus membebel tanpa sedar bahawa yang angkat telefon tu rupanya lecturer adik.”Hello….”,lecturer membalas.”erkkk….ni siapa ye,pemilik telefon ni mana?”,*malu disitu setelah banyak membebel pada orang yang tidak dikenali.*

“oh,ni lecturer dia,dia tengah amik darah..”.”huh??amik darah???,dia tak apa2 kan??sihat aje kan??”.”ermmm…dia sihat…”.Kemudian saya terus mengakhiri perbualan dengan salam.

Hati tetap tak sedap.Lecturer tadi suara lain macam,serak..macam orang baru lepas nangis..jawab pun teragak2..lepas tu baru terpikir..kalau tak ada apa2..kenapa perlu amik darah..ouhh Ainul…why you so slow to think about that..,hati merungut.Terus saya call family.then family pun terkejut…”eh,along dah tau ke???,macam mana tau??”.Hah ini sah ada apa2..”hah??tau apa??along tak tahu apa2..cuma tadi telefon angah,kenapa lecturer yang angkat??”.Then mama cakap…”along sabar ye…jangan terkejut…tenang..istighfar banyak2…,angah kemalangan ..kereta dia terbalik…sekarang terlantar dekat hospital…”.Hwuaaaaa,dalam hati dah sebak nih,then cuba buat2 cool cakap,”Astagfirullahalazim…bila??macamana tu??sekarang dia macamana??”.Mama cakap '”jangan risau..InsyAllah semua ok..cuma dia mungkin patah tulang rusuk..tunggu doktor buat confirmation lagi.Doakan semuanya ok..” ;(

Semoga angah tabah menghadapi dugaan.We do love you angah!!!

Ya Allah, kuatkanlah hati angah serta rakan2nya menempuh dugaanMu.Ikhlaskanlah hati mereka.Peliharalah kesihatan mereka.Sesungguhnya kaulah lebih mengerti akan apa yang terbaik bagi mereka .Amin..