Contact

Tuesday, January 8, 2013

Percaya pada ketentuan Tuhan

 

Salam alaik..

Kekadang dalam hidup kita ni dah menjadi kebiasaan untuk kita merasa susah. Tak kira la susah untuk belajar untuk pelajar, susah untuk mencari kerja untuk si penganggur, susah untuk mencari pelanggan untuk si peniaga, susah untuk mengajar bagi pengajar, susah untuk memimpin bagi pemimpin, susah untuk mendidik bagi si pendidik, dan sebagainya. Dan kekadang kesusahan ni semua boleh membuatkan kita rasa ‘down’ yang susah untuk dibangunkan semula. Ada ketika kita mungkin akan berputus asa, ada ketika kita rasa kita perlu gagahkan juga, ada ketika kita rasa kita pasti boleh mengharunginya.

Masa tu, macam2 sumber kita cari untuk menguatkan kita. Al-Quran mula dibuka, hadith2 Rasullullah mula dibelek2 kembali..kata2 hikmah mula diselak2, buku2 motivasi mula dicari dan dibaca. Semuanya bagi mengubat rasa sebak didada. Bagi mencari penawar sejati yang boleh memberikan kita harapan untuk terus dan terus berusaha dan berjaya.

Tapi sedar tak kita yang kekadang setiap ujian yang ditimpakan keatas setiap hamba itu membawa makna yang amat berharga. Yang paling penting ianya boleh mematangkan kita. Pengalaman jatuh itu bukan semua boleh merasa. Ya Allah, betapa beruntungnya kita.

"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkan ya kawan2, kalau kita tak diuji, mungkin kita tak langsung peduli mahu buka, faham mahupun baca buku2 tadi..mungkin kefahaman kita pun masih kurang tentang agama kerana kita belum punya pengalaman untuk merasakannya. Sekali lagi betapa beruntungnya untuk kita diuji. Anggap saja diri kita insan terpilih yang mahu diuji.

Saya ambil satu perumpamaan, kalau kita punya kereta, satu Ferrari, satu kereta buruk yang tak boleh dibuat apa, apa yang akan kita buat pada kedua kereta tersebut?.Sudah tentu kita akan menjaga kereta Ferrari kita kalau boleh setiap saat mahu dilihat, mahu digilap. Bagaimana pula dengan kereta buruk itu tadi?.Sudah  tentu kita tak mahu kisah lagi padanya, kerana kita tahu kita tak boleh buat apa pada benda yang dah rosak yang kadang hanya menyakitkan hati.Betul tak?

Sekarang samalah perumpamaan saya dengan ujian kesusahan yang kita terima saban hari. Kerana apa?. Kerana ujian itu adalah ketentuan Tuhan yang menunjukkna tanda sayangnya Dia kepada kita. Tanda pedulinya Dia pada kita!.Bayangkan kalau kita sudah tidak dipedulikan dan sudah tidak mahu lagi diuji oleh yang Maha Kuasa?.Sedih bukan?.

Maka, ingin saya tegaskan, bahawa bersyukurlah kalian masih lagi diperingatkan supaya kembali pada fitrah yang anda ber Tuhan dan perlu untuk bersyukur!. Apa yang boleh kita lakukan bukan hanya senarai solusi untuk setiap masalah yang dihadapi tetapi juga kebergantungan kita untuk berharap pada Tuhan, serta kepercayaan akan setiap ketentuannNya.

Sabar dan bersyukur.

Sabar. Saya pernah membicarakan tentang sabar didalam blog ini. Sabar perlu bagi setiap hamba bukan hanya pada ketika kita merasa senang bahkan juga merasa susah!. Dan saya akui untuk merasa sabar diwaktu senang itu lebih susah. Kerana apa?. Kerana kekadang susah itu lebih senang untuk dinilai dan dilihat daripada nikmat senang.

Maka sebagai hamba, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin hari ini kita merasa cemburu dengan kelebihan hamba lain yang mungkin tiada pada kita. Tetapi ingatlah yang dia juga adalah hamba. Kelebihan yang ada pada anda hari ini mungkin masih lagi menjadi dambaan sesetengah hamba lain diluar sana.. Maka bersyukurlah. Allah uji tanda Allah sayang.. Smile

Ujian itu juga kekadang boleh mengajar kita untuk lebih mengenal erti syukur dan bahagia. Kadang2 sengaja Tuhan uji kita dengan mengaburkan kita dengan sesuatu yang kita rasa susah, tetapi pada pengakhirannya baru kita sedar yang kita sedang diberi nikmat yang tidak terkira. T__T . Allahuakhbar!