Contact

Sunday, December 29, 2013

MRC Tenure 2012/2013 is done!


Salam alaik,

1515025_10201877350629439_1927148073_n

Alhamdulillah, cepat betul masa berlalu. Tup tap tup tap dah habis satu tenure MRC kesayangan hamba selama setahun. Begitu banyak suka duka sudah kami kongsikan bersama. Semoga sama2 ia dapat dimanfaatkan oleh anak2 buah hamba. Tetiba hari ni rasa nak tergelak sorang2. Apa yang berlku setahun lalu berlaku lagi tahun ni. Ynag membezakan hanyalah kali ni aku yang digelar senior. Kalau dulu yang excited memgang amanah, dengan pelbagai angan dikepala, idea nak memudahkan segala urusan mahalah, urusan penduduk tu adalah aku, kini aku ni pula yang duduk seronok mendengar perkongsian si junior yang semangatnya ya Allah, SubhanAllah, Tuhan saja ynag tahu.

Betul la, kata orang harini kita duduk diatas, besok lusa belum tentu lagi. Dunia ni hanya pinjaman dan kita hamba diberi amanah untuk mengimarahkan sedaya yang mampu. Smile

Terima kasih sahabat MRC tenure 2012/2013 terutamanya yang telah memberikan hamba satu pengalaman yang sememangnya tidak mampu diperucapkan dengan kata2. Terima kasih atas segala kerjasama. Maaf jika bekas presiden kalian ni terkasar bahasa, terlanjur bicara, etc2 kerna hamba juga hamba. Semoga ikatan kita tidak berakhir denagn berakhirnya tenure ni. Lillahi Taala ya sahabat! Hamba tidak mampu membayar kalian kerna kita bekerja atas dasar sukarela. Namun hamba yakin apa yang kalian dapat insyAllah bakal memantapkan pendirian kalian. Letakkan Allah sebagai pusat utama, insyAllah segalanya kan menjadi mudah.

Kepada tenure baru, hamba ucapkan Tahniah, dan hamba doakan semoga kalian berjaya memeganag amanah yang besar ini. Perlantikan kalian adalah kerana Allah, semoga Allah juga menjadi tujuan utama dalam segala urusan yang bakal dilakukan. Sudah pasti selepas ini kehidupan kalian akan disibukkan dengan pelbagai aktiviti. Sampai satu tahap, kalian perlu bermuhasabah apa tujuan utama dalam segala kesibukan. Sentiasa ingat segalanya bermula secara sukarela, kemudian disambung dengan ikatan amanah yang memegang satu janji ikrar taat setia, janji itu bukan sekadar dihadapan si penguasa namun juga yang Maha Esa, maka jangan sesekali janji itu sengaja dilalaikan sehingga ia selesai, kerna selesainya didunia belum tentu selesainya juga diakhirat kelak. Sekadar nasihat dari seorang senior.

Akhir kata selamat maju jaya untuk semua! Smile


1476406_10201877352069475_1356783184_n


“Jaga hak Allah, Allah jaga hak kita”


Wallahua’lam.

Friday, November 29, 2013

Don’t dreams to receive if you are not dare to sacrifice

1459824_706711489338919_1848218664_n
Salam alaik,

Alhamdulillah, panjang umur berkesempatan lagi kita bertemu diruangan perkongsian ini. Semoga rahmat Tuhan memayungi kita semua. Mari kita perbetulkan niat sebelum saya melanjutkan bicara. Semoga yang tertulis kali ini dapat sedikit sebanyak menambah ilmu didada. Amin..

Melihatkan tajuk, mungkin ada yang menegur, mengapa bunyinya agak kasar?. Mungkin boleh saya tafsirkan tajuk saya kali ini dalam bahasa melayu .. “ jangan bermimpi untuk menerima kalau sendiri tidak mampu untuk berkorban..”. Pada saya besar makna tajuk yang mahu bawakan kali ini.

Pernah dengar orang kata, untuk bahagia kita perlu membahagiakan?. Tetapi cuba kita renungkan balik berapa ramai manusia yang mampu untuk membahagiakan disamping mencari kebahagian sendiri?. Mungkin sedikit. Kenapa?..jawapannya senang saja tepuk dada tanya iman. Bagi mereka yang punya rasa Qanaah dalam diri serta Taqwa kepada Allah, mungkin tidak getar atau ragu-ragu akan apa yang dijanjikan Allah. Mereka tahu walau bagaimana yang mereka lakukan tidak mendapat perhatian dimata manusia, janji mereka ikhlas kerana Allah, itu yang lebih utama. Walaupun kadang kala kata janji itu perlu bukti, tetapi apabila menyebut & menyentuh mengenai kekuasaan Allah, cukup kewujudan diri dan keajaiban alam sebagai bukti..

Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu beliau mengatakan: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ مانوي . فمن كانت هجرته الي الله ورسوله فهجرته الي الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلي ما هاجر إليه
“Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907])

Kembali kepada fitrah. Ya, fitrah manusia mahu mencintai dan dicintai. Untuk itu mereka sanggup melakukan apa saja agar diri menjadi perhatian hamba disekelilingnya. Tapi bagi mereka yang berakal, pasti meletakkan Allah sebagi cinta utama. Bagaimana kita tahu samada seseorang itu senantiasa meletakkan cinta Allah sebagai cinta utama?. Mari sama-sama kita muhasabah diri..Hari ini saja, berapa kali kita ucap Alhamdulillah?. Berapa kali hati kita menyebut SubhanAllah, Allahuakhbar, dan seikhlasnya dapat beristighfar?. Jika sekalipun belum, mari mulakan. Basahkan bibir dengan zikir i.Allah hati kan menjadi tenang. Fahami makna2 zikir, supaya apa saja yang kita lakukan berpusatkan Tuhan.

Apa yang dimaksudkan dengan meletakkan Tuhan sebagai tujuan utama?. Untuk penjelasan, saya ingin berkongsi cerita, di dalam sebuah organisasi A yang telah dikenali atas beberapa kejayaan terdapat seorang pekerja yang diintai oleh sebuah organisasi lain;organisasi B, kerana potensinya yang cemerlang. Organisasi ini berjaya membuka cawangan dibeberapa buah negeri hasil buah fikiran individual ini. Maka wujudlah perjanjian antara organisasi A dan individu ini. Tetapi, seperti yang dijanjikan Tuhan, seseorang hamba itu tidak layak untuk mengaku dirinya beriman selagi mana dia tidak diuji. Sampailah suatu saat organisasi B menawarkan individu ini gaji & ganjaran 5 kali lebih hebat supaya beliau meninggalkan oragnisasi A. Namun, Alhamdulillah atas ikhlasnya hati dan niat yang telah dipasang seawal bliau menjejak kaki di organisasi A telah memelihara beliau dari menjadi seorang yang memungkiri janji=seorang yang mempunyai ciri munafik. Alhamdulilah. Ini lah sebahagian yang dimaksudkan hidup berpaksikan Tuhan.

Kejayaan hidup bukan dinilai melalui berapa banyak pingat kita kumpul, bukan berapa banyak pangkat kita dianugerahkan, bukan berapa simpanan kita berjaya kumpul, bukan juga berapa banyak harta kita cari. Bagi orang yang berakal, kejayaan hidup adalah mencari keredaan Tuhan. Tanya balik diri hari ini, jika benar2 ikhlas kerana Tuhan, mengapa kita mengeluh saat diuji?. Bukankah ujian tanda kasih yang Allah berikan. Hamba hebat beriman, pasti akan tersenyum walau diri mahupun keluarga diuji sehingga saat akhir nyawa dikandung badan. Janji Allah itu pasti. Ya pasti. Biasakn diri membaca dan memahami ayat2 Tuhan; kalamullah (Al-Quran). Allah ada berfirman; Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya(An-Nisa:82).. Cuba cabar diri untuk buktikan apa yang telah Allah firmankan. I.Allah dapat memantapkan iman.

Niat. Saya rasa ini bukan kali pertama niat menjadi isi pengisian didalam laman ini. Kuasa niat boleh menarik seseorang yang hampir keneraka masuk kesyurga. Masih ingat kisah seorang pelacur ynag memberi minum anjing yang kehausan,atas kekuasaan Allah dia dijanjikan tempat disisiNYa?. SubhanAllah. Niat juga boleh meletakkan seorang sebagai syahid atas kehendak Ilahi. Tersenyum saya membaca hadis ini

Dari Sahl bin Hunaif, Rasulullah berkata, “Barangsiapa benar-benar meminta mati syahid niscaya Allah mengantarkannya kepada derajat orang-orang yang mati syahid sekalipun ia mati di atas ranjangnya.” [Shahih: Shahih Muslim no. 1909]
Ibnu Hajar berkata, “Derajat orang yang berjihad terkadang bisa diraih oleh orang yang tidak berjihad. Bisa jadi karema niatnya yang tulus atau bisa juga karena amal shalih yang menyamainya. Setelah menjelaskan bahwa surga firdaus itu dipersiapkan untuk orang-orang yang berjihad, Allah memerintah kita untuk berdoa meminta surga Firdaus.” [Fat-h Al-Bari 6/16 syarah hadits no. 279]

Seolah2 ia memberi kami hamba harapan, yang sama tandingnya dengan para sahabat yang berjihad dijalan Allah. Ya, siapa yang tidak mahu mencapai husnul khotimah iaini syahid dijalan Allah. Mari sama-sama kita letakkan cita-cita besar ini didalam dada, supaya selepas ini setiap apa yang kita lakukan berteraskan keimanan kepadaNya.

Supaya selepas ini jika kita diuji, kta sudah merasa cukup dengan apa yang kita ada, tidak wujud dengki, tidak ada hasad, tidak terkejar2 syurga dunia, yang belum pasti boleh dicapai, tidak meletakkan janji manusia melebihi janji Allah..

nota: berasa bahagia bila kita dapat bergurau bersama para sahabat tentang cita-cita masing hendak mencapai syahid. Terasa segala tanggungjawab menjadi ringan..Mari ambil semangat rakyat diluar sana yang berjiwa besar memperjuangkan agama, insyAllah hati kan menjadi bersih dan tenang dengan apa jua bentuk dugaan dunia; senang mahupun susah. Letakkan akhirat sebagai tujuan utama, dunia hanya persinggahan sementara. Mari bersedia!


#AllahMahaPemurah
#kembalikansegalanyakepadaYangMahaEsa
#sesungguhnyahidupdanmatikeranaMuYaAllah

Wassalam.

Saturday, November 2, 2013

Aa Gym - Ujian Kesenangan

Saya berpendapat ini sangat bermanfaat..moga berguna kepada kalian. Tergetar hati mendengarkan..semoga hati-hati kalian juga tergetar.Amin..




Thursday, May 2, 2013

Wanita Islam-Perwatakan Tersendiri

 

Salam..

Lama rasanya saya tidak menulis..mungkin dek kerana menunggu masa yang sesuai untuk dicuri dikala diri dikerumuni penuh dengan amanah yang perlu dilaksanakan. Apa-apa pun saya ingin mengongsi satu artikel menarik yang saya rasa bermanfaat untuk para muslimah diluar sana. Selamat membaca.. Smile

***

Di sana terdapat segolongan manusia yang berbeza daripada rakan-rakannya yang lain, tertonjol di dalam masyarakatnya, apabila ia bercakap semua yang ada diam mendengar, apabila mereka dilanda masalah mereka mencarinya, menunggu pendapat dan berpegang dengan pandangannya. Apabila dia tidak muncul mereka terasa kehilangannya. Golongan ini merupakan golongan pemikir, mereka mempunyai perwatakkan yang tersendiri. Mereka berfikir sebelum bercakap.

Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan mengkaji dan menelitinya daripada pelbagai sudut serta menggunakan pengalaman yang luas untuk mendapat natijah yang sahih dan tidak terkeluar daripada landasan yang betul.


Islam sebagai satu agama yang agung, dengannya kita menjadi mulia, membina umatnya, samada lelaki ataupun perempuan di atas asas syakhsiah yang bebas dan berbeza daripada orang lain. Islam juga menolak sifat taklid, terikut-ikut dan tidak tetap pendirian. Oleh itu, ia mencela golongan musyrikin yang tidak mempunyai pendapat tersendiri terhadap sesuatu perkara. Pendapat dan fahaman mereka semata-mata mengikut apa yang ditinggalkan oleh bapa-bapa mereka walaupun bapa-bapa mereka tidak berakal dan tidak mendapat petunjuk. Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Janganlah salah seorang daripada kamu tidak tetap pendirian, dia berkata aku bersama orang ramai, sekiranya mereka baik maka baiklah aku, sekiranya mereka buruk maka buruklah aku, dan tetapi kuatkanlah diri kamu, sekiranya orang ramai baik maka baiklah kamu, sekiranya mereka buruk maka kamu jauhilah keburukan mereka. "


Seseorang yang tidak tetap pendirian ialah orang yang bertindak tanpa berfikir dan tanpa keyakinan seolah-olah dia merupakan seorang di dalam kelompok yang tidak langsung memiliki dirinya. Ia berkelakuan dan bertindak mengikut keadaan orang ramai dan keadaan sekeliling, tanpa berusaha untuk berfikir ataupun bertanggungjawab terhadap keputusannya samada benar ataupun salah. Orang seperti ini tidak mampu untuk memikul tanggujawab dan bersama-sama didalam pembangunan, ataupun memainkan peranan di dalam perjuangan yang sebenar. Orang-orang seperti ini mungkin diterima oleh mereka yang hidup di atas perkara-perkara yang remeh–temeh, ataupun mereka yang hidup tanpa tujuan dan matlamat. Tetapi mereka yang terbentuk dengan pembentukan Islam samada lelaki ataupun wanita tidak sekali-kali menerima perwatakkan seperti ini.


Di dalam perjalanan umat Islam dan sejarahnya yang panjang, telah muncul beberapa wanita yang unggul, mempunyai perwatakkan yang tersendiri, seolah-olah ia merupakan bintang yang berkilauan di puncak sejarah. Ini adalah kerana ia dididik di madrasah tauhid, hidup di kalangan orang-orang yang beriman dengan sifat kepimpinan yang ada padanya. Ia mempunyai akhlak tinggi dan mulia yang sentiasa menjaga supaya ia melaksanakan peranannya di dalam pembinaan ummah.
Wanita-wanita Islam pada zaman dahulu, mereka telah menjelaskan pendapat dengan penuh tegas dan berani apabila di dalamnya terdapat kebaikan untuk masyarakat dan ummah ataupun untuk kepentingan kaum sejenisnya. Siapakah di antara kita yang tidak mengingati gadis berani yang datang berjumpa dengan Rasullullah s.a.w. memberitahu bahawa beliau menolak daripada berkahwin dengan anak bapa saudaranya kerana paksaan bapanya.


Beliau kemudian kembali dan menerima anak bapa saudaranya sebagai suami selepas menguatkan konsep, tiada paksaan ke atas gadis di dalam masalah perkahwinan. Sehingga para bapa mengetahui bahawa mereka tidak berhak di dalam apa-apa urusan anak-anak perempuan mereka". Iaitu para bapa tidak berkuasa ataupun harus untuk memaksa anak-anak perempuan mereka berkahwin dengan orang-orang yang tidak mereka sukai.


Begitu juga dengan wanita masyhur, utusan para wanita yang datang berjumpa dengan Rasullullah s.a.w meminta supaya para wanita dibenarkan berjihad selepas orang lelaki beroleh kejayaan dengan berjihad, bersolat Jumaat, menghadiri sembahyang berjemaah . Maka Rasullullah s.a.w. bersabda kepadanya dengan maksud: "Layanan wanita yang baik terhadap suaminya manyamai semua itu. "Ini bermaksud bahawa tanggungjawab yang dilaksanakan terhadap rumah dan suaminya mendapat ganjaran pahala yang sama dengan pahala yang diperolehi oleh lelaki.


Kemudian inilah wanita yang berjumpa dengan Saidina Umar bin Al-Khattab di jalan dan berkata kepadanya: "Sesungguhnya kamu adalah Umair suatu ketika dahulu ketika kamu bersama kami, kemudian kamu menjadi Umar dan kemudian kamu menjadi Amirul Mukminin; takutlah kepada Allah wahai Umar; " Begitu juga wanita yang menentang pendapat Saidina Umar di masjid sewaktu Umar menegah mahar perkahwinan yang tinggi dengan berkata: "Kamu tidak berhak padanya wahai Umar."


Inilah sebahagian daripada tokoh-tokoh yang menonjol di dalam masyarakat Islam yang pertama. Buku-buku sejarah tidak menyebut nama-nama kebanyakkan mereka kerana contoh-contoh seperti ini adalah terlalu banyak dan biasa pada zaman mereka. Sejarah masih lagi menyimpan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku ke atas wanita Islam sepanjang sejarahnya yang memanjang selama lebih daripada empat belas kurun.


Sesungguhnya wanita-wanita Islam ini mencari kebenaran, menuntut hakikat dan beriltizam dengan perkara yang betul. Selain daripada itu mereka juga berkorban, bahkan menemui kematian untuk menegak dan mempertahankan kebenaran. Dan ini semua dengan kehendak Allah akan terus berkekalan.


Sesungguhnya wanita-wanita Islam dituntut memberi perhatian kepada pemikiran dan pengetahuan agama serta beriltizam dengan tuntutan syara’ melebihi perhatian yang diberikan terhadap pakaian yang merupakan gambaran lahiriah dan membelanjakan untuk benda-benda yang tidak mendatangkan banyak faedah. Dia perlu memberi perhatian terhadap akhlak dan adab yang baik, perkataan yang manis dan suka kebaikan untuk manusia.


Ia menyemai di dalam jiwanya ketinggian maruah dan kehormatan, menjauhi perkara yang remeh -temeh, menghindari perkara–perkara maksiat, jauh daripada perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dan tidak memberi faedah, tidak mengaibkan orang lain, berbaik sangka dengan orang ramai, menunaikan tanggunjawab kemasyarakatan, membantu orang-orang yang teraniya dan berhajat serta membantu orang yang dizalimi.


Oleh itu, fenomena menonjolkan keindahan sederhana yang menimbulkan ketenangan di dalam jiwa serta menyebarkan kecantikan ataupun keindahan terlalu tinggi yang ada di dalam masyarakat merupakan salah satu gambaran daripada gambaran-gambaran masyarakat Islam yang tinggi. Wanita sentiasa suka kelihatan cantik dan kecantikan hati, ruh, akal, tindak tanduk dan kebijaksanaan merupakan kecantikan yang kekal dan berterusan. Justeru, perkara ini perlu mendapat tempat teratas di dalam senarai perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dan didahulukan.


Sementara itu, gambaran zahir perlulah kelihatan sederhana yang melambangkan maruah dan istiqamah. Jadi tidak layak untuk wanita Islam menggunakan model ataupun fesyen yang datang daripada barat yang sesat. Wanita Islam perlu mencari sesuatu yang sesuai dengan akidah dan masyarakat yang berada di sekelilingnya.


Selain daripada itu, dia juga perlu mendidik diri dan ahli keluarganya supaya mempunyai keperibadian yang unggul dan bebas daripada sebarang pengaruh, beristiqamah, menolak sikap suka mengikut dan tidak hanyut di bawa arus. Apabila wanita Islam menyedari perkara ini, maka suatu perubahan masyarakat kita akan menuju ke arah kemajuan selangkah demi selangkah.


Risalah أيتها الفتيات
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
HEWI PMRAM 2011

 

Diambil dari http://pmram.org

Tuesday, January 8, 2013

Percaya pada ketentuan Tuhan

 

Salam alaik..

Kekadang dalam hidup kita ni dah menjadi kebiasaan untuk kita merasa susah. Tak kira la susah untuk belajar untuk pelajar, susah untuk mencari kerja untuk si penganggur, susah untuk mencari pelanggan untuk si peniaga, susah untuk mengajar bagi pengajar, susah untuk memimpin bagi pemimpin, susah untuk mendidik bagi si pendidik, dan sebagainya. Dan kekadang kesusahan ni semua boleh membuatkan kita rasa ‘down’ yang susah untuk dibangunkan semula. Ada ketika kita mungkin akan berputus asa, ada ketika kita rasa kita perlu gagahkan juga, ada ketika kita rasa kita pasti boleh mengharunginya.

Masa tu, macam2 sumber kita cari untuk menguatkan kita. Al-Quran mula dibuka, hadith2 Rasullullah mula dibelek2 kembali..kata2 hikmah mula diselak2, buku2 motivasi mula dicari dan dibaca. Semuanya bagi mengubat rasa sebak didada. Bagi mencari penawar sejati yang boleh memberikan kita harapan untuk terus dan terus berusaha dan berjaya.

Tapi sedar tak kita yang kekadang setiap ujian yang ditimpakan keatas setiap hamba itu membawa makna yang amat berharga. Yang paling penting ianya boleh mematangkan kita. Pengalaman jatuh itu bukan semua boleh merasa. Ya Allah, betapa beruntungnya kita.

"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bayangkan ya kawan2, kalau kita tak diuji, mungkin kita tak langsung peduli mahu buka, faham mahupun baca buku2 tadi..mungkin kefahaman kita pun masih kurang tentang agama kerana kita belum punya pengalaman untuk merasakannya. Sekali lagi betapa beruntungnya untuk kita diuji. Anggap saja diri kita insan terpilih yang mahu diuji.

Saya ambil satu perumpamaan, kalau kita punya kereta, satu Ferrari, satu kereta buruk yang tak boleh dibuat apa, apa yang akan kita buat pada kedua kereta tersebut?.Sudah tentu kita akan menjaga kereta Ferrari kita kalau boleh setiap saat mahu dilihat, mahu digilap. Bagaimana pula dengan kereta buruk itu tadi?.Sudah  tentu kita tak mahu kisah lagi padanya, kerana kita tahu kita tak boleh buat apa pada benda yang dah rosak yang kadang hanya menyakitkan hati.Betul tak?

Sekarang samalah perumpamaan saya dengan ujian kesusahan yang kita terima saban hari. Kerana apa?. Kerana ujian itu adalah ketentuan Tuhan yang menunjukkna tanda sayangnya Dia kepada kita. Tanda pedulinya Dia pada kita!.Bayangkan kalau kita sudah tidak dipedulikan dan sudah tidak mahu lagi diuji oleh yang Maha Kuasa?.Sedih bukan?.

Maka, ingin saya tegaskan, bahawa bersyukurlah kalian masih lagi diperingatkan supaya kembali pada fitrah yang anda ber Tuhan dan perlu untuk bersyukur!. Apa yang boleh kita lakukan bukan hanya senarai solusi untuk setiap masalah yang dihadapi tetapi juga kebergantungan kita untuk berharap pada Tuhan, serta kepercayaan akan setiap ketentuannNya.

Sabar dan bersyukur.

Sabar. Saya pernah membicarakan tentang sabar didalam blog ini. Sabar perlu bagi setiap hamba bukan hanya pada ketika kita merasa senang bahkan juga merasa susah!. Dan saya akui untuk merasa sabar diwaktu senang itu lebih susah. Kerana apa?. Kerana kekadang susah itu lebih senang untuk dinilai dan dilihat daripada nikmat senang.

Maka sebagai hamba, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin hari ini kita merasa cemburu dengan kelebihan hamba lain yang mungkin tiada pada kita. Tetapi ingatlah yang dia juga adalah hamba. Kelebihan yang ada pada anda hari ini mungkin masih lagi menjadi dambaan sesetengah hamba lain diluar sana.. Maka bersyukurlah. Allah uji tanda Allah sayang.. Smile

Ujian itu juga kekadang boleh mengajar kita untuk lebih mengenal erti syukur dan bahagia. Kadang2 sengaja Tuhan uji kita dengan mengaburkan kita dengan sesuatu yang kita rasa susah, tetapi pada pengakhirannya baru kita sedar yang kita sedang diberi nikmat yang tidak terkira. T__T . Allahuakhbar!