Contact

Monday, February 16, 2015

Fitrah kita


Wahai Pemuda
Jangan mudah kau melepas kata
Jangan mudah kau keluar menggoda
Jangan mudah kau menjadi pujangga bagi Si Dara

Jika tidak kau pasti
Jika tidak kau sedia
Jika tidak kau tahu hala

Wahai pemuda
Jangan mudah kau mengikat janji
Jika tidak kau sedar hakikat yang perlu dikota

Wahai Pemudi
Jangan dibiar lemahnya hati
Jangan dilayan perasaan diri
Jangan dilayan ajakan nafsu sendiri

Jika dirimu belum juga cukup pasti
Jika didirimu takut fitnah menanti
Jika Solehah itu dambaan diri
Jika mahumu menjadi sang hamba yang sejati

Jagalah kesucian maruah diri
Pertahan amanah keluarga yang diberi
Jangan mudah termakan janji

Terlebih dahulu..

Sama-samalah kalian persiapkan diri
Jangan dikecewakan harapan bahagia dikemudian hari
Mustahil terbinanya masjid dari tiang rapuh tidak ampuh berdiri
Kelak kecewa memakan diri

Wahai Pemuda/Pemudi

Teruskanlah kalian bermujahadah
Letakkan cinta pada Ilahi
InsyAllah dikirimnya nanti pedamping rapi
Pembimbing jalan menuju Syurgawi

Wahai para rajul ammah
Teruskanlah kalian menegarkan hati
Tidak cair pada yang menjauhkan diri dari Ilahi

Biar terkorbannya sesuatu kerana Ilahi
Bukan hilangnya Ilahi kerana nafsu sendiri

Hati ini ada pemegangnya
Yang boleh dibalikkan bila-bila masa
Maka istiqamah berdoa pada yang Esa
Moga diberi petunjuk pemudah cara

Jangan dilupa pada siapa amanah Si Dara dari yang Esa
Biar langkah pemula mengikut aturan agama
Kelak moga bahagia hingga ke syurga


p/s: mood jiwang tetiba..haha..wassalam..