Contact

Friday, August 6, 2010

pementasan teater Shorteyes

SALAM..Seperti yang anda dapat lihat pada tajuk besar yang tak berapa besar dekat atas ni, saya akan mempromosikan teater ini disini..mana tau dapat naikkan buffered earning saya ,huhu.Nak jugak!~.. ;p

Bukan..sebenarnya kerana sudah banyak kedengaran suara2 diluar sana yang mengatakan teater ini tersangatlah best!!!...maka saya sebagai peminat kepada kegiatan2 seperti ini pun menempahlah tiket untuk ke teater ini awal2 lagi.. =)

Kenapa??Anda ada merasa pelik ke ??lagi2 bila saya kata saya peminat teater??haha,banyak yang anda tidak tahu..dipendekkan cerita , bagi saya teater dapat memberikan kita inspirasi dari pelbagai sudut yang berbeza,pada sudut lain pula ia boleh diambil sebagi satu cara alternatif bagi kita untuk melepaskan penat lelah sepanjang waktu bekerja(wahh dah macam nak menulis karangan la pula..)....Yang lebih menarik lagi saya suka melihat gaya para penggiat teater ini beraksi diatas pentas!!bila agaknya saya boleh mencuba ya??ermmm....

Lebih kurang macam kita tengok movie la...but this is real doe...so memang exciting sangat2!!~haha ..berkata-kata disini bagaikan dah arif tentang teater ...adakah anda tertipu???sebenarnya this is my first time kot~~Sangat2 gembira bila dapat peluang macam ni!and plus, i dapat tengok pelakon pujaan i since 2 tahun yang lepas , atas sebab2 tertentu off course.."nak jugak.."But the main thing is semuanya bermula dari sebuah blog....~~~but now..sangat2 sedih coz jarang sekali dapat baca penulisan beliau yang sangat menarik dan berinspirasi itu!! T__T

so harap lepas ni beliau dapat terus menulis lagi la,coz saya @ 'kawan2 yang kita suka' sangat setia untuk menantinya...eh..jap2 kenapa aq merepek panjang2 ni,bukan tadi nak promo teater ke??ke nak promo diri sendiri??bahaha....lupa diri pulak...

Nah amik+baca+catit+ingat+tempah tiket= JOM KITA PERGI TENGOK~ :))

Rumah Anak Teater
mempertunjukkan


SHORT EYES 
(dalam Bahasa Malaysia)


Olahan / Arahan: Fared Ayam

Pengarah Artistik: Nam Ron

Penerbit Eksekutif: Faisal Mustaffa

Penaung: YB Elizabeth Wong (Exco Pelancongan Selangor)

Pelakon:

Zahiril Adzim
Taiyuddin Bakar
Nam Ron
Amirul Affendi
Tayanithi
KhairuNazWan Rodzy
Khairil Ridzuan K'N
Kirin Muhamad
Hafizee Hatta
Xavier Fong
Amar Asyraf

Pementasan ini atas kerjasama:
Selangor Tourism


Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 4 Ogos 2010, 8.30pm
Show Time: Khamis, 5 Ogos 2010 - Sabtu 7 Ogos 2010, 8.30pm dan Ahad, 8 Ogos 2010, 3pm

Tiket atas sumbangan minima:
Full Dress Rehearsal: RM15 untuk semua tempat duduk
Show Time: RM30 (dewasa), RM15* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)

*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.

Sebarang pertanyaan, urusan promosi: 019-2232002 (Faisal)

Sebarang tempahan tiket sila hubungi 012-2395209 (Hafiz) atau email kepada rumahanakteater@gmail.com

PERHATIAN: PEMENTASAN INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA BAWAH 18 TAHUN.

PERHATIAN: MEMPUNYAI KESAN ASAP ROKOK.

Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.

Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi " Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. "

Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam. Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.

Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar. 


KREDIT diberikan pada: http://zahiriladzim.blogspot.com/

Begitulah...tepuk tangan...abis cerita...eh tapi jangan tepuk dulu,simpan tangan dalam kocek untuk ditepuk lepas menonton nanti ye!~ 
TATA~

No comments: