Contact

Saturday, November 20, 2010

URGENT : Mesej tersurat untuk si Dia .

Ya Rabbi
Tolong sampaikan pada si Dia
Usah ucap cinta dan sayang bila masanya belum tiba
Kerana ia menambah resah di dada

Tolong sabarkan si Dia
Andai diri enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong pesankan pada si Dia
Aku membiarkan yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si Dia
Aku tidak mahu melekakan Dia
Tolong khabarkan pada si Dia
Jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si Dia
Aku dambakan cinta suci yang terjaga
Hanya engkau Ya Allah
Mengetahui siapa dia sebenarnya


No comments: