Contact

Thursday, May 19, 2011

Malam ini

malam ini kepalaku mendongak ke langit
sekali lagi cuba untuk melihat keesaan Ilahi
ku intai bulan .. tiada
ku lihat-lihat pula yang selainnya
dua butir bintang mula kelihatan
tanpa kusangka banyak lagi yang mengelilinginya
menemaninya ..




wah
lancar tuturku berbicara
SubhanAllah!
aku terlalu terpesona dengan apa yang terpapar dijendela
lantas sengajaku angkat tirainya
kutarik sedikit luasnya




biar
biar mataku menatap selagi ia terbuka
biar tidurku dibuai lena
mengakui kebesaran yang Maha Esa




malam semua..
semoga pagi selamat menjelma.

bersaksikan buruj biduk.


tempat biasa
1.30 pagi

2 comments:

WidadCutieyGirlZ StorY said...

sampai mendingak tu..heheheh...tu semua kuasa tuhan :)

AiNuL said...

huh,mendingak tu apa??

eh tapi mmg betul nampak buruj biduk tu,

ya memang besar kuasa Tuhan!