Contact

Saturday, August 13, 2011

First time buat puding karamel

 

Untuk pengatahuan semua..hobi saya diwaktu lapang bukan sahaja melukis , membaca , berfikir(eceh..) bahkan juga memasak!

Bukan masak yang biasa-biasa lauk harian tu,tapi apa-apa resepi yang saya belum berpeluang nak buat dengan tangan saya sendiri.

So,hari ni punya google punya google…saya pun jumpa satu desert yang boleh la nak dikatakan sangat senang dan amatlah memaksa saya untuk membuatnya.Ye saya katakan sekali lagi..ianya amat senang..dan YUMMY…Thumbs up

Ha,ni lah hasil dari air tangan saya..

DSC01936DSC01937

 

Terinspirasi dari gambar ni..

 

Nampak nak-nak sama tu kira jadi la ye..

Nampak sedap kan?hehe..
Gembira je tengok bila dia menjadi ..satu kepuasan disitu!Alhamdulillah..So,anda-anda semua yang belum cuba tu ..anda patut cuba untuk tahu rasa hasil dari air tangan anda pula..Winking smile

Nak cuba?Nah resepi amik sini..

Resipi puding karamel

Thursday, August 11, 2011

Jangan Lupa Namaku OST Ramadhan Terakhir

 

Hari tu masa slot episod 1 drama ni ditayangkan di TV3,hati terus tertarik dengan lagu ni.Unik!Simple and nice.Rupanya bukan saya je yang rasa macam tu,ramai lagi peminat lagu ni diluar sana tu pun yang berpendapat macam saya juga.Then…saya pon try la search liriknya …and the result is…

 

Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku- Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

DOWNLOAD HERE

Monday, August 1, 2011

Solat Terawih : susah ke?

 

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN

Soalan;

1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?


2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;


1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
Wallahu a’lam.

by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

 

Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH MULIA DAN BARAKAH INI! SEMOGA ANDA-ANDA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DAN DICUCURI RAHMAT OLEHNYA…AMIN! Smile

Nota untuk niat puasa :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

p/s: puasa jangan tak puasa…Pointing up