Contact

Monday, November 28, 2011

Kenapa tak mahu KAYA?

 

***

Aku ingat lagi satu ketika dahulu aku pernah ditanya oleh seorang kenalan. ”Ainul, kau ada scholarship ye?” .Saya dengan berat hati menjawab,”ermm,Alhamdulillah..kenapa?”.”wa..kaya la macam tu”.Kemudian automatically saya cakap “tapi aku bukan nak kaya.Alhamdulillah kalau aku boleh jadi kaya.Tapi itu tak cukup bagi aku.” Kenalan tadi terkejut.Dia mula mempersoalkan segala benda seperti, ”habis kenapa masuk universiti,belajar….kenapa mintak scholar?”.Sebelum menjawab,aku sempat beristighfar,kerana aku sedikit sebanyak merasa sedih jika ada diantara kenalanku yang hidup hanya berharap pada kekayaan dalam berbuat segala benda.Pada aku, duit tak dapat menjanjikan apa-apa.Kemudian aku menjawab, “Ye,aku tak mengharap apa-apa pangkat pun sebenarnya.Aku tak bangga pun kalau ada pangkat atau sekadar harta dunia ni…senang cerita aku tak hairan lah”.Kenalanku semakin tidak mengerti dan bertanya , “huh??x faham…explain cikit..”, “ye la cuba kau bayangkan minimum umur aku berharta atau at least berduit,mungkin dalam usia 28 tahun..and pada masa pula manalah tahu..ajal pun sampai dah nak memanggil,at the end apa yang aku dapat??ye kalau aku sempat nak beramal,,ye kalau aku sempat buat harta..kalau tak ,tak ke sia-sia dah amalan tu?.”Kemudian kenalan tadi tu pun mula menenung kearah aku.Kelihatan seperti cuba memahami."Tahu tak Ainul,jarang ada orang cakap macam apa yang kau jawab tadi?,1st time kot aku dengar..”.Aku hanya tersenyum.Kemudian aku berkata, “SubhanAllah. ..macam yang kita selalu diingatkan la kan ,hidup ni based on niat.Kalau niat nak cipta nama memang itulah yang kau akan dapat..tapi kalau niat nak dekatkan diri dengan Tuhan or lebih mengenalinya  ,InsyAllah itu juga yang kau akan dapat.At least kalau aku tak sempat beramal seperti yang aku cita2kan sebelum ajal aku nanti,aku nak niat aku untuknya tu pun boleh bawa aku masuk kesyurganya.Boleh dilihat disisi Allah SWT.Aku tak nak la apa yang aku buat ni sia-sia,semata kerana niat yang tak sempurna.Sekarang ada faham?”.Dia terus bertanya, ” tapi kan aku pelik la,macamana kau boleh terfikir pasal benda2 ni eh?”.Aku pun menjawab, “ berdasarkan pengalaman..kehidupan masyarakat..kita boleh belajar dari mereka.Kadang2 benda ni kena jadi dekat diri sendiri dulu.”. “So..kau mesti kaya kan??and because of that la kau tahu yang kalau kaya tu tak semestinya bahagia..hermm”.Aku menggeleng..”kalau aku kaya ,aku tak minta la mana2 scholarship dah..lebih baik aku berikan pada yang lebih berhak..”.Kenalanku terus termangu bagai terasa dan terus berlalu meminta diri untuk melaksanakan tugasnya.Kami hanya mampu berbalas senyuman ketika itu.Harap beliau dapat mengenali dirinya dengan lebih sempurna…doa didalam hatiku mengiringi pemergiannya ketika itu.

***

No comments: