Contact

Sunday, October 7, 2012

Ikhtilat part 1

 


[Awek-Awek Solehah Yang Sombong]


Dia: Saya mahu cari gadis biasa-biasa. Kawan-kawan perempuan kita semua sombong-sombong belaka.


Aku bertanya: Sombong? Apa maksud sombong itu?


Dia menjawab: Entah, mereka terlalu macam nak menjaga sangat dalam bab hubungan lelaki dan perempuan..


Aku: Itu bukan sombong. Mereka melakukan apa yang seorang Muslimah patut lakukan.


Bandingkan perbuatan mereka dengan hadis nabi s.a.w ini:


Abu Usaid Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para wanita ketika beliau keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan:


اسْتَأْخِرْنَ، فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرْيْقَ، عَلَيْكُنَّ بِحَافَاتِ الطَّرِيْقِ.- فَكَانَتِ الْمَرْأَةُ تَلْصُقُ بِالْجِدَارِ حَتَّى أَنَّ ثَوْبَهَا يَتَعَلَّقُ بِالْجِدَارِ مِنْ لُصُوقِهَا بِهِ

“Berjalanlah kalian di belakang (jangan berjalan di hadapan kaum lelaki). Ini kerana tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, hendaklah kalian berjalan tepi-tepi jalan.”
Maka ada wanita yang berjalan merapat ke dinding/tembok sampai-sampai pakaiannya melekat dengan tembok kerana rapatnya dengan tembok tersebut.


(HR. Abu Dawud no. 5272, dihasankan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 856 dan Al-Misykat no. 4727)


http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/akhlak-adab/ikhtilat-antara-lawan-jenis-2/



No comments: