#semoga semuanya baik2 sahaja dibawah rahmatMu ya Tuhan..
Salam alaik
Alhamdulillah hari ini aq dapat idea nak menaip dan berkongsi rasa disini..selalunya memang buntu mencari apa yang benar-benar bermanfaat untuk aq tulis dan bagi korang baca.
Semua sedia maklum akan kehilangan pesawat mh370 baru2 ini. Mana taknya sehingga kini tiada sebarang kesan mahupun diketahui punca sebenar akan kehilangan. Aq benar2 tertarik dan ikhlas aq katakan aq terinspirasi dari video MHI, TV3 yang menampilkan pendapat Kapten Norudin.
SubhanAllah..inilah yang boleh dijadikan contoh ilmuan sebenar. Beliau bijak mengaitkan akan apa yang berlaku dengan kekuasaan sebenar oleh yang Maha Kuasa. Kalau biasanya dunia sibuk membangga2kan pencapaian manusia akan penciptaan sains, tetapi harini beliau tampil menegaskan kepunyaan siapakah akan segala penciptaan.
Begitulah..kadang-kala dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba ini, kita perlu berhenti sebentar untuk memikirkan akan tujuan sebenar atas segala penciptaan. Kita punya akal untuk berfikir dan mempersoalkan..Soal lah sebanyak mana yang kita mahu tahu pada waktu kita bermuhasabah..jika tidak ketemu jawapan, cari waktu bersama dengan mereka2 y soleh-solehah mahupun yang lebih berpengalaman dalam kehidupan untuk kita sama2 berkongsi pendapat mengenai kehidupan. Jangan kita membiarkan hidup kita dalam kerugian dengan tidak mencuba mencari jawapan, kerna kelak mungkin membawa penyesalan..
Hidup biar penuh dengan pengisian y bermanfaat barulah hati lebih mudah mengenal Tuhan. Semoga terbuka hijab pengatahuan bagi menyelesaikan isu akan kehilangan pesawat mh 370 ini. Sehebat2 manusia, masih lagi dia seorang hamba. Masih lagi terbatas penglihatannya, pendengarannya, mahupun pengatahuannya.
Sungguh, kejadian ini menambah keyakinan didada akan keberadaan dan kekuasaan yang Maha Esa bagi mereka2 yang percaya, kerana tiada yang mustahil dari Maha Pencipta.
Alangkah gentar hati ini.. baru dibuktikan/disedarkan sedikit akan tanda2 kekuasaan..Ampunkan kami ya Tuhan jika selama ini kami lalai dalam mengimani kewujudan & kekuasaan Mu..
Antara nasihat dari Kapten Norudin:
“ Allah yang memberi kamu untuk tahu dan faham..bukan sebab usaha keras kamu tetapi ia adalah rahmat dari Allah..
..dunia ini bukan milik kamu..mahupun diri kamu sendiri..
..dimana sains berakhir..disitulah kudrat Allah bermula..
..kembalilah pada Pencipta dengan rasa rendah diri..
..jangan lari dari pencipta..
..jangan lari dari maksud hidup..”
p/s: segalanya mungkin atas kekuasaan yang Maha Esa.
**Hanya orang2 yang berilmu dengan ilmu yang benar dan yakin iaini bertaqwa akan benar2 faham apa itu erti perjuangan / kehidupan.
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. [Al-Maaida: 5:7]
Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.[Al-Maaida: 5:120]
No comments:
Post a Comment