Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH...
~ Jadilah kamu seorang y senantiasa melayan baik ibubapamu,rakan-rakanmu,sahabat handai,saudara-maramu,jiran-jiranmu,orang disekelilingmu..moga mereka mendoakan kebajikanmu kelak yang disertai reda Allah S.W.T...InsyaAllah,tambahan mungkin pada orang y kamu benci atau orang y membenci kamu...sesungguhnya tiada hamba y boleh memuaskan hati semua pihak!kita hanya manusia y menumpang sementara untuk mengutip bekalan dialam y menunggu kelak!Hidup ini adalah terlalu singkat untuk membenci...bertaubatlah kita segara ..ajal dan maut sentiasa menunggu tak kira kita berada dimana..mungkin sesudah saat ini ,jam ini,hari ini ,tahun ini atau mungkin kita sememangnya sudah tidak berkesempatan lagi?...
Jika hari ini dilihat banyak kejadian y berlaku atas dasar dunia balas dunia,mahukah kita salah satu y berlaku itu terjadi dikalangan kita?ohhh...sudah tentu TIDAK!!!sebelum hamba ini menyundur diri...ingatlah setiap kali kamu ingin membenci fikirkanlah beberapa perkara ini:
+sudah cukupkah amalanmu untuk menanggung dosa y bakal kamu perlakukn ini?
+banyak lagikah baki hayatmu?(ianya bertambah@berkurang)
+apa faedah y membuat kamu tertunggu2 untuk melakukannya itu?
+bahagiakah hidupmu kelak?
+benar puaskah kamu selepas ini?
=Sebelum beakhirnya pemikiranmu itu..selidiklah jawapannya dijauh pelusuk hatimu y walau tidak banyak akan tetapi pasti secebis masih ada titisan nurani itu.. sebelum ianya jauh busuk ,busuk dari busuknya najis dan bangkai!Ketika itu mungkin hati telah menjadi sekeras batu ...yang mungkin terlalu payah untuk kamu berpatah balik! ~
No comments:
Post a Comment