10 malam-Hari ni kelas terakhir kami dengan cikgu Ainul...macam tak best la...sebab sebelum ni dah cakap dah dengan cikgu, jangan pergi T__T..sebab kita orang tak suka cikgu ganti-ganti..lagi satu cikgu ajar best...walaupun kadang-kadang tu terbosan..bukan apa belajar bahasa memang tak best..tapi cikgu best..cikgu sabar jer dengan kita orang...kami tak pernah jumpa cikgu yang boleh bersabar dengan karenah Rajes...lagi satu..cikgu ni suka senyum la...sampai Mogan kata cikgu tak pandai marah,buat kelas kami nampak kelas yang happy go lucky... :))..
Selalu..haha...memang selalu kelas kami la yang paling kecoh dekat tuisyen centre tu....tapi cikgu still layan aja...walaupun Adli suka main baling-baling pemadam dengan Nadwa,tapi cikgu tak pernah denda dia orang..kami pun hairan..cikgu ni baik sangat la..kami suka bila cikgu sokong kami sakat Adli dengan Nadwa..sebab dia orang ni ..errrm...gossipsss... ;p
Hari ni cikgu suruh kita orang buat feedback pasal macamana dia ,sepanjang dia dah mengajar..dengan menggunakn beberapa keping kertas putih yang sama,kami tidak perlu menulis nama,hanya sekadar mengomen sahaja...tapi nasib baik ada aktiviti ni masa kelas terakhir dengan cikgu,kalau tak mesti kelas kita lagi riuh-rendah sebab hari ni kami habis buat kerja awal....Kami memang rajin kalau cikgu bagi soalan pemahaman suruh buat...tapi kalau karangan...huh!!..kebanyakan kami mesti liat nak buat...sebab kami rasa kami dah pandai penulisan..so tak nak lah susahkan cikgu ..penat-penat aja nak ajar apa yang kami dah terror.... =)
Lagi satu kami memang suka ajak cikgu main teka kata...walaupun teka kata tu macam gile-giler best pada kami,tapi ckgu langsung macam tak minat...sebab kami selalu bagi soalan yang senang..ala..saja je nak tolong cikgu...tapi part yang paling best ,bila cikgu ajar memang kami senang dapat!...Aliss kata cikgu boleh tahan baik sebab tak pernah marah-marah..ermm....bolehla...tapi kira okla daripada kami dapat cikgu yang garang...walaupun pada mulanya kami ingatkan cikgu ni garang sebab cikgu nampak muda...
Kami harap lepas ni kami dapat cikgu macam cikgu Ainul.. kami sempat ucap selamt berjaya dekat cikgu.. :)
Yang benar: Mog,Raj,Nad,Alis,Thulasi,Ad...+ +
No comments:
Post a Comment