Contact

Friday, December 24, 2010

Bila si 'Brother' tu pandang semacam.

salam..
hari ni saya rajin jalan-jalan cuci kaki cuci mata cuci kepala hotak yang dah berhabuk dekat LIBRARY..huhu..
*sebenornya kena cari bahan tok present nanti...***present lagi dan lagi..doakan saya berjaya mengharunginya ye!!!Amin...tetiba pergi dekat satu rak buku ni tersesat satu buku yang memang saya idam-idamkan masa dekat form 5 dulu.Masa tu ingat lagi siap order beb...sebab buku tu out of stok!Kawan2 semua masa tu dok sebuk mengenal erti sebuah novel...tapi aq?lebih mencari buku-buku yang menjurus pada realiti...dan itulah aq yang ku kenal sejak dahulu...masih belum terbuka hati untuk mengenal novel..tak kira bahasa apa pun..hehe... ;p

OK2 ..apa buku itu??Buku itu bertajuk 1001 persoalan remaja..terbitan karya kreatif ke hapetah*lupa..T__T
selak punya selak untuk mengubat rasa terkilan dulu tak berpeluang nak baca*walaupun sekarang dah bergelar remaja tua..terjumpa satu topik yang buat hati ketawa+mulut yang tersenyum sorang2 dekat situ..

TAJUK: BILA SI TERUNA SUKA MENGINTAI


PERSOALAN: *seorang gadis bertanya.."saya ada satu persoalan yang nak dipertanyakan,berkenaan seorang brother di kuliyah tempat saya belajar.Bukan saya saja yang perasan,bahkan semua rakan sekuliyah saya tahu bahawa dia ni suka memerhati setiap sister yang melintas dipandangannya..tak kira la sister tu berpakaian seksi atau tidak...Apa yang perlu kami lakukan?"

JAWAPAN: Anda hanya perlu menulis surat kepadanya mengatakan bahawa anda dan rakan2 anda tahu apa yang dilakukannya selama ini,dan menyatakan bahawa kamu tidak menyukainya...katakan bahawa surat itu datangnya dari semua sister di kuliyah anda..InsyaAllah keesokan harinya dia tidak akan melakukannya lagi kerana pasti telah merasa malu..

p/s: tidak kira brother ke sister ke masing2 perlu menjaga pandangan masing2 supaya tidak hadir yang ketiga..(syaitan ye syaitan!),,,kerana dari mata dikhuatiri turunnya kehati,hadirnya senyuman dan salam...disambut dengan perbuatan2 yang haram...dengan nafsu yang melalaikan diri...Astagfirullahalazim..

No comments: