Contact

Saturday, June 18, 2011

Ayah




Ayah..
amanahmu kau semat dihati..
aku kau jadikan bak mutiara ditengah lautan
digilap setiap hari
dari sebutir yang kusam
yang ibarat tiada harganya


kini..
sedikit demi sedikit
secebis demi secebis
mula kau jadikan ia bersinar
sinarku mungkin selalu malap
bahkan terkadang padam
namun kau sentiasa disisi
yakinmu nanti sinarku pasti menambat hati



dini hari aku kerap bersendiri
pintamu supaya kami pandai berdikari
namun ayah..
hati ini terkadang masih gentar
tanpamu disisi..
siapalah kami nanti
kemanakah kami



Ayah..
sungguhnya diri ini mahu kau ketahui
jika tulisanku ini boleh diambil
diambil menjadi buih-buih dilautan..
akan aku ambil
akan ku kait satu persatu
untukku sematkan setiap satunya
menjadi tanda kasihnya aku padamu..



Ayah..
azimatmu tidak pernah ku lupakan
bait-baitnya masih segar diingatan
masih segar untuk dijadikan pengubat rasa rindu
rasa ridu yang tidak akan pudar mahupun jauh beribu batu



Ayah..
titik peluhmu menjadi keringat bagiku
gigihmu membesarkanku
senantiasa sabar menyalut dirimu


Ayah..
InsyAllah..
doaku sentiasa pada kedua orang tuaku
hadirmu tidak pernah pudar diingatanku
pengorbananmu masih tegar didadaku
dan kau tetap pahlawan cekal dihatiku


Kudoakan moga perjalananmu pula dipermudahkan
kudoakan kau sentiasa dirahmati Tuhan
murah rezekimu..
panjang umurmu..
bahagia hidupmu..
hingga keakhir waktu
dunia dan akhirat
Amin.. =)



SELAMAT HARI BAPA , AYAH !

1 comment:

Anonymous said...

selamat ari bapa kepada ayah mu ;)