Baru lepas layan movie .. Nur kasih the movie..maaf la saya lambat sikit,huhu~
Disatu sisi memang boleh membuatkan saya bangga bila mengenangkan watak Nur seorang graduan UIAM.Huhu..saya kalau boleh nak jadi setabah dia..Alhamdulillah saya bersyukur saya berkesempatan menuntut disini. Semoga mendatangkan keberkatan dariNya..
Disatu sisi yang lain saya rasa jalan cerita movie ni sangatlah menyentuh hati..banyak juga pengajaran yang saya dapat ..
1. Dalam pada kita berbuat amal kebajikan,kita tak tahu bila & siapa yang bakal membalas..yang penting niat mesti mau ikhlas kerana Allah taala..InsyAllah hati tenang ,jiwa lapang,hidup riang!
2. Iman memang tidak boleh dinilai dengan mata kasar. Mungkin hari ini kita boleh merasa lebih dekat b=dengan Allah taala bern=banding orang lain..tapi belum tentu kita pasti dijanjikan syurga disisiNya kelak,..begitu juga sebaliknya.
3. Keluarga sememangnya anugerah yang tidak ternilai buat kita..lebih-lebih lagi ibu bapa. Biasa kita dengar tanpa mereka siapalah kita,kerana tanpa penat lelah pengorbanan mereka ,belum tentu kita sesempurna hari ini.
4. cinta sesama manusia amatlah kerdil jika mahu dibandingkan dengan rasa cinta terhadap Yang Maha Esa , iaini pada mereka yang benar-benar beriman kepadaNya. Semuanya kerana rasa cinta itu sendiri hadir dengan izin dan ketentuanNya. Maka syukurilah dan ambillah ia bersandarkan syariat sebagai perhiasan dunia juga bekalan akhirat..kerna pada akhirnya cinta kita padaNya itulah satu – satunya sahaja cinta yang kekal abadi..yang boleh dibawa sehingga mati.
wassalam.
No comments:
Post a Comment