Contact

Wednesday, July 27, 2011

PTPTN-how to get rid of it?

 

salam..

Hari ni rata-rata anak-anak muda kita yang mungkin kurang berkemampuan tu, kalau nak sambung belajar memang dah tak jadi masalah.Asal anak jati Malaysia dan mendapat tawaran dari salah satu pusat pengajian tinggi means IPTA or IPTS,diaorang straitly boleh minta pinjaman daripada mana-mana pemberi pinjam duit untuk pelajar.Dan yang paling mudah untuk diminta pinjam adalah PTPTN! .Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai dah yang meminjam dengan badan ni.Huishh…dan cuba fikir berapa banyak dah negara tolong anak bangsa!

 

Tapi..jangan lupa macamana semudah anda meminjam,tidak semudah itu untuk semua orang membayar..means tak semua orang boleh bayar balik duit pinjaman macamana diaorang dapat sekelepuk dalam akaun.Buktinya..tengok sekarang ramai yang terjerat dalam sistem pembayaran masing-masing.Bukan itu saja , even kalau anda ada duit sekelepuk nak bayar pada satu-satu masa pun …bukan semudah itu terus anda boleh lepas..banyak aturannya.Senang kata hidup memang penuh disiplin lorh!

 

Macamana nak senang?mari saya kongsi idea:

 

1. yang baru dapat pinjaman tu@yang baru jadi OKUS(orang kaya utama sementara ) tu,minta-mintala ingat dunia.Lebih-lebih lagi pelajar yang menuntut dikolej2 swasta.Sebab pinjaman korang tinggi adalah perbelanjaan korang yang tinggi.Jangan pula duit tu nanti buat beli set katil bilik baru,iPhone,motorsikal yang melebihi kemampuan,baju-baju yang belum sesuai pada dasar kewangan yang ada..tak salah kalau nak ada satu dua.Tapi kalau sampai beratus beribu..ermm

2.Cuba berjimat dari segala aspek:

-kos duit makan,

-kos pergi jalan,

-kos minyak motor,

-kos penjagaan diri a.k.a keperluan bulanan,

-kos belanja adik-adik,kawan..and blablabla..

semua tu mau duit..yang sepatutnya duit halal anda ,bukan duit haram..jangan nanti tup-tup senang dok jadi kaya,alih –alih minta tambahan biasiswa FAMA anda pula( father n mother scholarship).Kesian mereka..takpe kalau tak menjadi keberatan bagi mereka(mereka mampu untuk anda..)kalau tak??bayangkan perasaan mereka..nak ditolak mati anak..ditelan mati jiwa(sodih ler).

3.Ingat mati dik oi…,kita ni boleh mati bila-bila je,kalau kita pergi sebelum sempat kita bayar hutang yang kita foya-foyakan tu,sapa nak jawab nanti dekat akhirat?so,tipsnya kalau boleh gunalah duit pinjaman tu seminima mungkin ye!Sila beringat setiap kali menggunakannya..InsyAllah..

4.selalunya kalau yang perempuan ni pula tak cukup dengan membeli-belah di pusat-pusat membeli-belah ,dekat fb pun jalan..dekat tepi jalan..dekat dalam IPT pun ada(tau saja bila masanya pelajar ada duit)..haha..tak lupa kawan-kawan sebilik,sebelah bilik ,sebelah asrama pon ada jual juga.Tapi yang lelaki pun apa kurangnya dak?huhu..sampai kalau beli apa2 tu ada yang sanggup hutang sebab takut melepas..tak elok diamalkan tu dik..

5.Tips yang last but not least is cuba buat kerja sambilan time-time cuti semester tu. Kot-kot duit tu bolehla sikit-sikit back up duit pinjam tu..kurang-kurang nak membazir pun duit sendiri..untung-untung ,boleh buat bayar duit pinjam .Hehe..

p/s: kalau nak buat pendapatan daripada blog pun sekarang dianggap relevan .Thumbs up

No comments: