UMAT KINI..
wahai hamba..
tidakkah kau sedar lagi
mereka disana sibuk berperang demi agama
sibuk berebut mahu Syahid dengan cara apa
sibuk mencari ruang untuk keluar berperang
sibuk mencari solusi akan isu keadilan
tetapi lihat sahaja pada dirimu disini..
kau disini sibuk perang berebut nama
sibuk berebut harta
sibuk berebut pangkat
sibuk berdebat siapa hebat
sibuk mencari apa itu glamor
sibuk mahu mencuba
hukum agama entah diletakkan dimana
ketahuilah
ada lagi yang masih kisah
malu dengan apa yang kau endah
ditegur kau kata hidup cuma sekali
siapa kata?
bukankah Tuhan itu Maha Adil??
didalam KalamNya juga menyebut
hidup itu 2 kali
mati juga..
masihkah kau ragu??
Apa matlamat seorang khalifah tegar berjaya??
sudahkah cukup kau isikan didada??
wahai hamba..
sadarlah
hidup didunia cuma sementara
biar hari ini kita derita
biar hari ini kita dicerca
biar hari ini kita dihina
biar hari ini kita tidak punya nama dunia
biar hari ini kita dikata kolot dimata manusia
asal diakhirat nanti..
kau dijanjikan bahagia
kau mendapat tempat disisiNya
maka wahai hamba..
jika hari ini kau jatuh
bangkitlah
Tuhan itu melihat usaha
Tuhan juga tidak menduga jika dia tidak memperdulikanmu
masih belum terlambat untuk kau sedar
siapa dan apa hakikat dirimu..
jika hari ini kau melihat dirimu asing
asing disisi teman dalam menegakkan agamaMu
ingatlah Tuhan itu sentiasa ada untukmu
cukuplah Ia sebagai tempat mengadu
kerana dialah penentu segala sesuatu
punya kuasa lebih dari sejuta temanmu
Wahai hamba..
tabahkanlah dirimu
ingatlah janji Allah itu pasti tiada ragu^^
No comments:
Post a Comment