Contact

Friday, January 6, 2012

Toyol dalam kuliyah?

 

salam..

Wah..soalan macam boleh buat suspen kan..huhu..biasalah sekarang tengah musim exam,final kuiz dan segala bagai.Dan mustahillah kalau cakap toyol dalam kuliyah tu anda tak faham.*Tipu kalau tak faham.

So,apa pendapat anda tentang bawa membawa toyol dalam exam ni?.Agak-agak halal tak perbuatan tu?termasuk dalam list amalan mahmudah tak?ermmm…

Yelah…siapa yang tak faham kan,untuk students terutamanya satu tekanan kalau kita tak dapat jawab exam ye dok…?.Lebih2 lagi kuiz..tak pun assigment kuiz.Soalan yang kita dah buat tuh!.Boleh pula lupa masa kuiz,memang jalan mudah adalah bawa toyollah .Ye dok??Betapa kuatnya godaan syaitan..eh..eh..tapi pernah tak nak rasa bersalah..ke dah terbiasa.So,dah tak rasa apa2 dah kalau bela membela toyol kuliyah ni?BAHAYA TU.DAH MENJADI TABIAT.

Secara jujur saya pun nak mengaku lah*ceh..pengakuan ni!.Ada masanya sebelum ni saya cuba untuk meniru dalam menjawab kuiz…tu pun sebab terlalu busy…memang tak de preparation,*ceh buat ayat tak bersalah…nak tau tak apa jadi??.Mata ni rasa nak toleh aja dekat kawan sebelah..ala tengok sikit apa salahnya..kawan pon dah selalu tengok kita…so,apa salahnya..ni kira turn saya la pula..tapi hati ni tak sedap…terus dlam fikiran ni memberontak..marah diri sendiri pun ye..saya cakap kat diri saya,Ainul…ko nak berjaya atas nama Ainul,ye nama Ainul,so kenapa nak pakai usaha orang lain?.Tak adil!.Jangan mendiskriminasikan diri sendiri.Jangan cakap tak serupa bikin.Kamu seorang mahasiswa…you have to be responsible to what you have done!.Dengan semua yang telah saya persoalkan tadi,Alhamdulillah saya membatalkan niat on that time.

Kemudian result keluar….ok hati saya boleh terima.result keuar sesuai dengan marginal cost*economics words* saya.Alhamdulillah…

Kemudian saya berusaha serabis boleh untuk kuiz yang seterusnya..Kemudian result keluar…Kali ni hati lain macam sikit..result sama je ,tak berubah???nak kata soalan susah ,ada pula student yang dapat full mark..oh hatiku luluh..tapi masih mampu bersabar…hati kata ..tak pe lah..tak da rezeki agaknya….kemudian saya cuba bermuhasabah ,mencari dimana silapnya..Hati masih lagi hairan bagaimana mereka boleh memperoleh full mark??.Tergerak untuk bertanya..ermm tak pa lah kita tengok next kuiz macamana…

Kuiz mula…astagfirullahalazim..terkejut apabila melihat bukan sahaja kiri kanan saya,bahkan depan belakang..kalau boleh nak cakap atas bawah ada toyol..apa nak jadi ni..lurus sangat ke aku tak ada toyol??.Bagaimana kalau markah kuiz aku kali ni tak dapat cover markah yang dulu2 tu??.Waktu ni hati says ok lagi,sebab even tak ada toyol,saya dah prepare.

Tapi balik saja dari kuiz,saya sangat tertanya.Kalau nak tahu,saya ni agak rasional orangnya..means saya tak akan buat sesuatu tanpa sebab.So,before saya pergi mencipta toyol,saya akan mencari seribu satu sebab untuk itu.

Selesai saja solat maghrib malam tu , buka Quran kebetulan terselak surah al-baqarah yang maknanya lebih kurang.." terkadang apa yang kamu lihat baik itu belum tentu baik untukmu…”.Saya cukup terkedu.Seperti Tuhan mahu memberi petunjuk disitu.Kemudian saya teringat satu kisah yang pernah saya baca dahulu…seorang ulama pernah bermimpi 2 malaikat turun di mekkah..dan ulama ini mendengar malaikat ini berkata tiada seorang pun yang hajinya diterima dari 6ratus ribu orang tahun ini,kecuali seorang,yang kerananya ,haji semua orang diterima.

Saya berfikir sangat jauh ketika itu.Sampai saya membayangkan saat saya punya punya duit yang cukup,insyAllah…untuk buat haji!.Tapi bila difikir-fikir balik nak dapat haji yang berkat mesti la punya duit yang berkat dulu ye dok??nak dapat duit yang berkat mesti la dari kerja yang berkat…kerja yang berkat tu pula dapat mesti la based on ilmu yang berkat.ermmm pikir punya pikir.. sah tak boleh la meniru ni.So kalau sesiapa yang terfikir lebih dari ini mungkin boleh kongsi,tapi pasti mesti akan rasa lain(macam bersalah gitulah..)untuk meniru.Rasa itu sendiri terkadang boleh menyelamatkan iman kita.Mudah-mudahan….

p/s: Jangan meniru time EXAM! By the way good luck untuk semua yang sedang atau bakal amik exam. Bi Taufiq Wan Najah! Doakan saya juga. peace.. =)

 

"Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanalah kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" [Ali Imran : 8]

No comments: