Contact

Monday, December 24, 2012

Pentingnya punya senpai

 

Salam alaik,

Nampak tak..tajuk hari ni agak sempoi..senpai adalah perkataan baru yang saya belajar dari senior saya yang membawa maksud senior.

Saya terlintas untuk menulis mengenai ini harini kerana saya baru sedar akan kepentingannya. Lebih2 lagi pada diri seorang student seperti saya. Saya percaya, anda2 yang dekat luar sana tu pun pasti akan merasa seperti mana yang saya rasa.

Rasa apa?

Begini..apa yang saya maksudkan adalah rasa macam nak rujuk pada seseorang tentang keadaan kita,tapi pada masa yang sama bukan pada ibubapa, sahabat mahupun rakan biasa.

Ha..time ni lah sebenarnya si senpai2 ni penting. Sebab apa?.Sebab mereka ni a bit matured than us!.Selalunya mereka2 ni dah melalui apa yang kita sedang atau telah atau bakal lalui. So, nasihat saya, sila mula cari senpai yang satu kepala, so that korang boleh take benefits.

Antara faedah yang korang boleh dapat adalah:

1.Sesetengah mereka punya ideologi yang perlu untuk korang fahami. So that later, you would not blur2 dalam pada menuntut ilmu. Bukan apa, pada saya mahasiswa bukan sahaja perlu tahu akan tanggungjawab mereka pada diri mereka, ibubapa, negara atau bangsa,bahkan juga dalam usaha membangunkan ummah.Cuba tanya pada diri hari ni, apa objektif, misi dan visi kita.

2.Korang akan rasa tenang dan redha dengan segala masalah, kerana kengkadang senpai2 ni dah tau dah apa jalan cerita kisah2 sedih or gembira korang. Mereka ni dah biasa dengan keadaan macam tu. So, mereka insyAllah boleh bagi jalan solusi yang terbaik yang korang may be tak de lah kena ikut 100% but take it as a guideline. Smile

3.Pada yang tak pernah merasa ada abang or kakak tu, ha ni lah masanya. Kehadiran para senpai ni biasanya, memang boleh mewujudkan keadaan dimana kita boleh dinasihati,dimarah,diperingati,diawasi dengan sukarela tanpa paksa,dan kengkadang kita akan boleh merasa lebih selamat dengan perhatian mereka.

4.Korang akan secara automatically boleh form satu group usrah dengan mereka yang mana pada pengakhirannya, boleh membantu dalam proses mematangkan pemikiran, tujuan dan perhubungan. Nasihat melalui kisah2 tauladan mengenai tokoh2 agama dalam perjuangan misalnya, boleh membangkitkan rasa ingin terus berjihad.

..erm,rasanya cukup la dulu semua listed benefits ni untuk menjemput anda2 semua dalam usaha mencari senpai.Jangan lupa, seseorang itu dinilai melalui orang yang paling hampir dengannya. So, carilah seseorang yang betul2 ikhlas bersahabat dan sesuai dengan anda. Kalau boleh carilah dan dekatilah mereka yang boleh dianggap sebagai soleh bagi brothers or solehah bagi sisters.

wassalam.

Saturday, December 15, 2012

Kewajipan menuntut ilmu

 

salam alaik,



Alhamdulillah..hari ni saya rasa saya ada benda nak dikongsikan.Benda?huhu..maksud saya seperti pengisian.. Smile 

Dalam pada musim exam yang dah nak menjelang tiba ni,pasti ramai students IPT yang seperti lipas kudung,x senang duduk dek kerana sibuk menyiapkan assignment, tak pon study untuk kuiz2 yang berderet menunggu untuk dihabiskan..tak pon sibuk menyiapkan final projek yang berduyun-duyun dan sebagainyalah.Saya menulis begini kerana saya pon begitu..hehe

So,pasti dalam banyak2 diantara korang ada yang rasa sedikit tertekan.Alhamdulillah yang rasa sedikit..kalau yang rasa banyak tu macamana pulak?

Pesan saya senang je, balik pada niat.Niat kenapa kita nak menuntut ilmu ni dulu.Cuba ingat kenapa kita ni beriya nak masuk universiti ni dulu.Dah tau banyak koje kena hadap macam tu, kenapa tak berhenti je belajar after SPM then mendirikan rumah tangga.Ha, kan sonang..

Jawapannya sapa cakap?.Siapa cakap semua tu sonang??…Semuanya ada bentuk kesusahan masing2 yang perlu ditempuh.Cuba tanya diri, dah cukup ilmu ke kita nak menghadap dunia hari ni. Jika tidak, tak malu ke kita kalau sidikit pun tidak boleh menyumbang kepada bangsa?.Terutama pada agama?.Walhal cara menyumbang dah ada depan mata iaitu..dengan menuntut ilmu.Mungkin secara kasar kita nampak kepayahan untuk mendapatkan segulung ijazah, tapi sebenarnya dengan kepayahan itulah insyAllah yang akan mendewasakan kita,yang akan menyedarkan kita betapa pentingnya menuntut ilmu,dan yang paling jelas adalah betapa kerdilnya kita jika nak dibandingkan dengan ilmu Allah SWT. Dari situ insyAllah Iman akan bertambah jika kena pada niat dan cara.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Ha..amacam?terkesan tak dengan hadis ni?.SubhanAllah.Kalau dekat palestin sana, rakyatnya sibuk keluar berani syahid demi agama,bangsa dan negara..mengapa tidak kita..?.Tetapi kita perlu sedar ..mungkin disini caraya sedikit berbeda..dinegara kita  Alhamdulillah..aman tenteram..tetapi kita masih lagi perlu sedar yang kita mungkin sedang menghadapi tentangan dari segi dalaman.Lihat saja anak2 muda masa kini.Jenayah buang bayi,hisap dadah,bunuh diri,perkosa,zina,dah jadi macam makanan harian dalam akhbar2 kita.Tak sedih ke kita?.So, apa tindakan awal yang kita perlu buat?.Tentunya menuntut ilmu kawan2..

Kalau tak de ilmu, macamana kita nak bina strategi yang kukuh kelak untuk menyatukan umat?.Macamana kita nak berjuang memberikan jawapan atas perjuangan kita?.Cuba fikirkan betul2?.InsyAllah anda akan lebih bersabar dalam menuntut ilmu.. Smile

Untuk adik2 yang masih lagi dialam persekolahan diluar sana, yang mungkin terlintas lalu membaca..ketahuilah bahawa “Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu”.So,tanya pada diri ,tak mau ke kita?.Kalau peluang dah terbuka depan mata tu, tolonglah jangan diabaikan.Ramai lagi mereka2 diluar sana yang punya banyak kekangan untuk menuntut ilmu ke institusi2 idaman, walhal mereka sungguh cinta pada ilmu.Hargailah setiap peluang yang ada.Pada mereka2 yang masih tidak berpeluang tu, bersabarlah ..menuntut ilmu tiada batasnya..tidak semestinya kita perlu ke institusi2 tertentu untuk kita mendapatkan martabat seorang yang berilmu..carilah peluang dengan berjumpa guru-guru yang pakar dan berpengalaman…seperti melalui majlis2 ilmu.

Saya selalu berpegang pada pesanan dari seseorang yang mengatakan, ilmu itu sungguh unik dan hebat.Makin kita kejar makin kita akan rasa kejahilan pada diri kita,yang akan membuatkan kita rasa terus dan terus mahu belajar.

Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

kamus:Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.

Monday, December 3, 2012

Soft Skill tarbiah dari Tuhan

 

salam alaik,

Setelah sekian lama,hari ni tetiba ada mood nak update.Bukan apa nak mencari yang bermanfaat untuk dikongsikan itu bukannya mudah.Itu fakta sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap penulis.Begitu juga saya,walaupun hanya sebagai penulis sambilan di blog sendiri yang punya bilangan pembaca yang tidak seberapa.

Ada seperkara yang mahu saya kongsikan, berdasarkan pengalaman baru yang saya dapat sebagai seorang khalifah yang baru diberi mandat sebagai seorang presiden disalah satu persatuan yang disertai.Ini adalah isi utama saya kali ini.

Sejak dari zaman matrikulasi sebenarnya saya sudah mula menyedari yang diri ini tidak mudah menerima arahan.Tetapi sebaliknya apabila memberi arahan.Mungkin atas faktor diri ini sudah terbiasa membuat keputusan sendiri sebagai anak sulong dalam keluarga.Bak kata orang, saya seorang yang tegas dalam memberi keputusan.

Pengalaman pertama kawan saya merajuk dengan saya kerana katanya saya terlalu selalu memberi arahan,membuatkan saya sedar akan keberadaan diri.Allah..Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Walaupun cara diri ini ditegur ketika itu boleh membuatkan diri sedikit terasa, tapi saya tetap cuba untuk memujuk diri supaya belajar dari kesilapan.

Alhamdulillah..sehingga saya melanjutkan pelajaran ke universiti, banyak kepercayaan yang telah diberikan.Yang ada seperti datang bergolek depan mata sehingga saya rasa malu untuk memegang amanah yang saya rasa saya tak mampu itu.

Kepercayaan demi kepercayaan diberikan.Semuanya kalau tidak dilihat betul2 memang boleh buat diri ini takbur..AstagfirullAhalazim..saya  cuba kembali mengikhlaskan hati.

Pernah suatu ketika saya diberi kepercayaan untuk menjadi ketua dalam suatu program. Saya cuba untuk memberi arahan. Atas rasa fobia , takut sahabat seperjuangan tidak dapat menerima,dan mungkin mereka akan merasakan saya sedikit gila kuasa,,telah membuatkan saya bertambah nervous.Sedikit demi sedikit rasa yakin saya sebelum ini untuk memberi @ menyampaikan amanah pada mereka,berkurang.Apatah lagi apabila memperingatkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988)

Pada mulanya ada yang membuat muka.Saya faham situasi mereka kerana saya juga pernah berada ditempat mereka. Secara dasarnya saya juga bermula dari bawah. Saya cuba menolong dan menjelaskan apa yang sebenarnya. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengatahui. Mungkin keikhlasan saya tidak dapat dilihat pada mata kasar,tapi saya tahu Tuhan sentiasa disisi.

Ada pepatah yang pernah diberi pada saya oleh seorang senior,mengatakan antara tanda Tuhan sayang dan peduli akan kita adalah Dia menegur kesilapan kita melalui orang disekeliling kita.Saya pegang pepatah itu.Mungkin juga Tuhan sedang mentarbiah saya untuk punya lebih rasa sabar.Mungkin juga Tuhan sedang menguji tahap keikhlasan kami padaNya.Mungkin Tuhan mahu saya punya lebih rasa syukur.Atau yang selebihnya yang mana hanya Tuhan yang lebih mengatahui…

p/s:Semoga amanah yang diberikan ini tidak memesongkan diri ini jauh dari Tuhan.Dan semoga semua ahli organisasi tetap tabah dan bersedia untuk lebih redha dengan tarbiah yang bakal diberikan olehNya,dan semoga perkongsian ini bermafaat untuk semua.wassalam.

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin. (riwayat Muslim)

“Ya Allah..jika Amanah yang kau berikan ini adalah jalan terbaik untuk kami mendekatkan diri pada jalan agamaMu dan padaMu jua,maka kau permudahkanlah segala urusan kami yang berkaitan dengannya.Kau ringankanlah dan ikhlaskanlah hati kami dalam melaksanakannya.Jangan sesekali kau pesongkan hati kami dengan menghambakan diri kami pada kenikmatan duniawi semata.Kuatkanlah keyakinan kami pada janji2 Mu..Amin.”