salam alaik,
Setelah sekian lama,hari ni tetiba ada mood nak update.Bukan apa nak mencari yang bermanfaat untuk dikongsikan itu bukannya mudah.Itu fakta sebenar yang perlu dihadapi oleh setiap penulis.Begitu juga saya,walaupun hanya sebagai penulis sambilan di blog sendiri yang punya bilangan pembaca yang tidak seberapa.
Ada seperkara yang mahu saya kongsikan, berdasarkan pengalaman baru yang saya dapat sebagai seorang khalifah yang baru diberi mandat sebagai seorang presiden disalah satu persatuan yang disertai.Ini adalah isi utama saya kali ini.
Sejak dari zaman matrikulasi sebenarnya saya sudah mula menyedari yang diri ini tidak mudah menerima arahan.Tetapi sebaliknya apabila memberi arahan.Mungkin atas faktor diri ini sudah terbiasa membuat keputusan sendiri sebagai anak sulong dalam keluarga.Bak kata orang, saya seorang yang tegas dalam memberi keputusan.
Pengalaman pertama kawan saya merajuk dengan saya kerana katanya saya terlalu selalu memberi arahan,membuatkan saya sedar akan keberadaan diri.Allah..Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Walaupun cara diri ini ditegur ketika itu boleh membuatkan diri sedikit terasa, tapi saya tetap cuba untuk memujuk diri supaya belajar dari kesilapan.
Alhamdulillah..sehingga saya melanjutkan pelajaran ke universiti, banyak kepercayaan yang telah diberikan.Yang ada seperti datang bergolek depan mata sehingga saya rasa malu untuk memegang amanah yang saya rasa saya tak mampu itu.
Kepercayaan demi kepercayaan diberikan.Semuanya kalau tidak dilihat betul2 memang boleh buat diri ini takbur..AstagfirullAhalazim..saya cuba kembali mengikhlaskan hati.
Pernah suatu ketika saya diberi kepercayaan untuk menjadi ketua dalam suatu program. Saya cuba untuk memberi arahan. Atas rasa fobia , takut sahabat seperjuangan tidak dapat menerima,dan mungkin mereka akan merasakan saya sedikit gila kuasa,,telah membuatkan saya bertambah nervous.Sedikit demi sedikit rasa yakin saya sebelum ini untuk memberi @ menyampaikan amanah pada mereka,berkurang.Apatah lagi apabila memperingatkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (riwayat Al‐Bukhari, bab Hifdz al‐Lisan, 11/256 , no 2988)
Pada mulanya ada yang membuat muka.Saya faham situasi mereka kerana saya juga pernah berada ditempat mereka. Secara dasarnya saya juga bermula dari bawah. Saya cuba menolong dan menjelaskan apa yang sebenarnya. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengatahui. Mungkin keikhlasan saya tidak dapat dilihat pada mata kasar,tapi saya tahu Tuhan sentiasa disisi.
Ada pepatah yang pernah diberi pada saya oleh seorang senior,mengatakan antara tanda Tuhan sayang dan peduli akan kita adalah Dia menegur kesilapan kita melalui orang disekeliling kita.Saya pegang pepatah itu.Mungkin juga Tuhan sedang mentarbiah saya untuk punya lebih rasa sabar.Mungkin juga Tuhan sedang menguji tahap keikhlasan kami padaNya.Mungkin Tuhan mahu saya punya lebih rasa syukur.Atau yang selebihnya yang mana hanya Tuhan yang lebih mengatahui…
p/s:Semoga amanah yang diberikan ini tidak memesongkan diri ini jauh dari Tuhan.Dan semoga semua ahli organisasi tetap tabah dan bersedia untuk lebih redha dengan tarbiah yang bakal diberikan olehNya,dan semoga perkongsian ini bermafaat untuk semua.wassalam.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat tentang perkara yang kamu pimpin. (riwayat Muslim)
“Ya Allah..jika Amanah yang kau berikan ini adalah jalan terbaik untuk kami mendekatkan diri pada jalan agamaMu dan padaMu jua,maka kau permudahkanlah segala urusan kami yang berkaitan dengannya.Kau ringankanlah dan ikhlaskanlah hati kami dalam melaksanakannya.Jangan sesekali kau pesongkan hati kami dengan menghambakan diri kami pada kenikmatan duniawi semata.Kuatkanlah keyakinan kami pada janji2 Mu..Amin.”
No comments:
Post a Comment