Salam alaik,
Nampak tak..tajuk hari ni agak sempoi..senpai adalah perkataan baru yang saya belajar dari senior saya yang membawa maksud senior.
Saya terlintas untuk menulis mengenai ini harini kerana saya baru sedar akan kepentingannya. Lebih2 lagi pada diri seorang student seperti saya. Saya percaya, anda2 yang dekat luar sana tu pun pasti akan merasa seperti mana yang saya rasa.
Rasa apa?
Begini..apa yang saya maksudkan adalah rasa macam nak rujuk pada seseorang tentang keadaan kita,tapi pada masa yang sama bukan pada ibubapa, sahabat mahupun rakan biasa.
Ha..time ni lah sebenarnya si senpai2 ni penting. Sebab apa?.Sebab mereka ni a bit matured than us!.Selalunya mereka2 ni dah melalui apa yang kita sedang atau telah atau bakal lalui. So, nasihat saya, sila mula cari senpai yang satu kepala, so that korang boleh take benefits.
Antara faedah yang korang boleh dapat adalah:
1.Sesetengah mereka punya ideologi yang perlu untuk korang fahami. So that later, you would not blur2 dalam pada menuntut ilmu. Bukan apa, pada saya mahasiswa bukan sahaja perlu tahu akan tanggungjawab mereka pada diri mereka, ibubapa, negara atau bangsa,bahkan juga dalam usaha membangunkan ummah.Cuba tanya pada diri hari ni, apa objektif, misi dan visi kita.
2.Korang akan rasa tenang dan redha dengan segala masalah, kerana kengkadang senpai2 ni dah tau dah apa jalan cerita kisah2 sedih or gembira korang. Mereka ni dah biasa dengan keadaan macam tu. So, mereka insyAllah boleh bagi jalan solusi yang terbaik yang korang may be tak de lah kena ikut 100% but take it as a guideline.
3.Pada yang tak pernah merasa ada abang or kakak tu, ha ni lah masanya. Kehadiran para senpai ni biasanya, memang boleh mewujudkan keadaan dimana kita boleh dinasihati,dimarah,diperingati,diawasi dengan sukarela tanpa paksa,dan kengkadang kita akan boleh merasa lebih selamat dengan perhatian mereka.
4.Korang akan secara automatically boleh form satu group usrah dengan mereka yang mana pada pengakhirannya, boleh membantu dalam proses mematangkan pemikiran, tujuan dan perhubungan. Nasihat melalui kisah2 tauladan mengenai tokoh2 agama dalam perjuangan misalnya, boleh membangkitkan rasa ingin terus berjihad.
..erm,rasanya cukup la dulu semua listed benefits ni untuk menjemput anda2 semua dalam usaha mencari senpai.Jangan lupa, seseorang itu dinilai melalui orang yang paling hampir dengannya. So, carilah seseorang yang betul2 ikhlas bersahabat dan sesuai dengan anda. Kalau boleh carilah dan dekatilah mereka yang boleh dianggap sebagai soleh bagi brothers or solehah bagi sisters.
wassalam.
No comments:
Post a Comment