Contact

Wednesday, April 16, 2014

Bangkitlah wahai anak muda

 

Agama menuntut perjuanganmu

Belum masanya kita berehat

Ilmu perlu istiqamah dipertingkat

Moga menjadi bekalan perkongsian sekalian umat

 

Anak muda

Luruskan jalan juangmu

Sedarlah siapa idola utama

Jangan dibiarkan diri jahil sampai binasa

Hargai masa mudamu yang hanya sekali sahaja

 

Anak muda

Mari sama2 kita membina stratergi ummat sedunia

Mempertahan agama bukan sekadar kata

Bukan sekadar rupa, pangkat mahupun harta

 

Anak muda

Perjuangan ini pasti tidak mudah

Yang mungkin menuntut darah

Kerana syurga itu indah

Namun

Janganlah kau berputus asa

Yakin pada janji yang Maha Esa

Besarkan fikiran jiwamu

Perbetulkan niatmu

Letakkan objektif jitu

Moga2 syahid juga untukmu

Amin

p/s: terinspirasi dari buku cerita cinta Ahmad Ammar

No comments: