Contact

Sunday, April 27, 2014

U-turn before return

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Alaik

Saya sayang sahabat saya.. Smile. Alkisah harini Alhamdulillah saya dipilih Allah menjadi salah seorang peserta program seminar wake up call anjuran Journalism club, IIUM dan NGO HALUAN. Memang pada mulanya hati macam berat nak pergi lebih2 lagi program nak dekat time exam. Tapi syukur Tuhan kuatkan hati nak kenal lebih dekat akan jalan jihad hakiki ini..dan JazakumullAllahukhairankasira buat sahabat2 y berkongsi. Sungguh hati ini tersentuh lagi kali ini.

Memandangkan ramai yang meminta nota dan terfikir kebetulan saya dah lama tak update blog ni..mungkin boleh saya kongsikan sedikit apa yang saya dapat harini. Untuk semua insyAllah.

2014-04-26 16.48.56

Seminar ini ada 3 slot

Slot 1: Realiti perjuangan ummah & Fitnah akhir zaman

Slot 2: Memahami permasalahan ummah dan penyelesaian

Slot 3: Forum bual bicara realiti ummat

Saya hanya sempat menghadiri slot 1 dan 2 yang disampaikan oleh Tn Hj Noorazman, pengerusi Life Line For Gaza, advisor NGO HALUAN. Ya Rabb..syukur kau pertemukan kami dalam majlis ilmu ini harini. Banyak y telah beliau kongsikan bersama kami . Antaranya tentang tanda2 kedatangan dajjal, pejuang panji bendera hitam di Afganistan & Yaman, zionis, kejatuhan kerajaan uthmaniah, kedatangan Imam Mahdi, rentetan peristiwa akhir zaman, dll.

Saya mahu highlight isi dari slot 2 yang banyak mengingatkan kita umat akhir zaman bagaimana mempersiapkan diri berhadapan tentangan2 & cabaran dalam menegakkan kebenaran..


-Harini, dikalangan kita ada yang menyembah Allah tapi kat tepi2 je; tak khusyuk..maka kita perlu sungguh2 dalam faham & beramal..jangan cuma tahu..kalau tidak kita mudah berpaling bila baru diketik dengan ujian.

-Antara sunnah Rasul S.A.W adalah untuk kita belajar memanah..untuk anak2 muda dari kuliyyah kejuruteraan misalnya berfikirlah apa yang bermanfaat untuk perjuangan ummat akhir zaman..jangan mencipta sesuatu y sia2.memanah pada masa kini mungkin boleh ditafsirkan dengan lebih meluas konsepnya seperti senjata2 y boleh digunakan untuk mempertahankann agama.

"Sesungguhnya Allah 'azza wajalla memasukkan tiga orang ke dalam surga lantaran satu anak panah. Yaitu, orang yang membuatnya dengan mengharap kebaikan, dan orang yang menyiapkannya dijalan Allah orang yang meluncurkannya di jalan Allah. Karena itu, memanah dan menunggang kudalah kalian. Jika kalian benar-benar memanah, maka itu lebih saya sukai dari pada kalian latihan berkuda.."

-Siapkan diri menghadapi kedatangan dajjal kerana sungguh kedatangannya itu sudah dapat dirasai oleh ramai ulamak..dajjal hidup 4 hari sahaja; hari pertama=1 tahun, hari kedua=1 bulan, hari ketiga=1 minggu, hari keempat=1 hari. Sebelum kedatangannya orang2 akan berhenti bercakap tentangnya dan 3 tahun sebelum kedatangannya nikmat hujan ditarik sedikit demi sedikit.

-Nak jauhkan diri dari dajjal, kita perlu minta dikurniakan hidayah dari Allah..kemudian kita kuatkan dengan jihad fi sabilillah..seperti yang paling dekat sekarang ni adalah masalah ummat.

“Sesiapa yang mati tetapi tak pernah berjihad dan tak pernah berniat untuk berjihad, dia mati dengan kematian jahiliyyah” – Hadith Sahih

-Persiapan kita untuk keluar berjihad:

1. Cari orang yang boleh tarbiyyah kita..rakan2 yang soleh/solehah..kita bukan nak masuk syurga sorang2..

2. Didik keluarga dengan tarbiyyah iman. Ustaz cakap, cara kita nak kenal Allah, kita kena ada rasa sayang dekat Allah. Niat setiap hari..”aq nak cari Allah..”.Dan siapa yang tak sayang Quran, maka jangan cakap dia sayang Allah. Bila kita diuji, banyakkan baca Quran..insyAllah ketenangan menjemput..

3. Tidak bermewah. Hidup besederhana..supaya kita tidak mudah kecewa akan sesuatu kehilangan lebih2 lagi nikmat dunia. Ia membantu untuk kita istiqamah.

4. Jadikan masjid/surau sebagai pusat kehidupan.

5. Fahami tafsir surah al-kahfi. Hafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah ini untuk lindung diri dari fitnah dajjal.

6. Melaksanakan dakwah lebih2 lagi pada diri sendiri..Jihad bermakna kita aktif dalam berdakwah dan proses tarbiyyah.

-Tugas asasi kita sebagai hamba:

1. membentuk diri melalui proses tarbiyyah

2. membentuk keluarga/masyarakat melalui dakwah

3. melibatkan diri dengan aktiviti professional dalam rangka kerana Allah

2014-04-26 23.24.39

Dan banyak lagi..insyAllah berkesempatan nanti saya sambung..

p/s: Tn Hj kata, meningkatkan diri bukan bermakna kita hanya cuba meningkatkan amal ibadat, tetapi juga buang kelemahan..dan buang kelemahan tu lebih baik dari tambah amal dengan kelemahan..

Wassalam

No comments: