Contact

Monday, March 29, 2010

Ingat akan 'JANGAN' pada yang menyeronokkan tetapi juga menyusahkan

   
      Katakan jangan pada 24 perkara:

  1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan begaul bebas ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.
Wassalam...

Saturday, March 20, 2010

Menanti di alam Barzakh

















heningnya malam mengingatkanku kembali....,
bait-bait lirik yang mungkin sudah terpahat dihati..,
satu persatu ia tersusun diingatanku..,
bermula..,

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan, 
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan ,
Tetapi Ia Sebenar Kejadian ,

memang benar ...sungguh aku tertusuk sekali lagi..
bagai sesuatu yang tajam disentap keluar dari dadaku..
sesekali tanpaku sedar..airmata jatuh dengan sendiri..
kenapa??mengapa??bagaimana??
maka segala persoalan terus menerpa!
walau sebenarnya sudahku ketahui akan jawapan,

melayang difikiran..
kata-kata ustaz yang tidak mengenal lelah untuk mengingat..
soul ! 
ya!!
dia sering mengingatkan akan perjanjian kami ketika masih bergelar roh
roh@jiwa tidak dapat mengelak akan kebenaran..
walau sejauh langit kamu berlari..
hatimu pasti masih mengingat akannya..
maka terbukti lagi ketenangan datang pada hakikat IMAN..

renunganku terus beralun bagai ombak yang tiada penghujung...
terus menerus ia disambungkan..,

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untukku Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan 
Kini Aku Merasakan 
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

ingatku..,
akhir nanti pasti aku begini,
bertambah gelisah hati ini,
keluh kesah tidak dapat lagi ku elakkan/tutupi,
jantung berdebar bagai terdengar panahan guruh petir,

lantas,
pantas ku hentikan pemikiran ini,
sepantas kilat aku membersihkan tubuh seorang hamba yang memang selalu kotor ini..,
lalu langsung mengadap kiblat seorang hamba akan tuannya..,
dengan satu tujuan bermohon keampunan.....,

Maka ingin kuperdengarkan kepada sekalian teman apa yang telah ku ingatkan...sebuah lagu dari kumpulan nasyid Far East...selamat mendengar&menghayati wahai sekalian teman...dengarlah ia melalui hatimu..

Tuesday, March 16, 2010

kenapa orang suka buat ujian personaliti??

sebab mereka kata...(bukan saya kata) ;p
- diaorang tak der kerja
-sebab suka sangat2 
-sebab tak kenal lagi diri .. so, bak kata orang'tak kenal maka tak cinta n kalau tak cinta macamana nak jadi y sebenar2nya'ok,y akhir tu aq tambah..hehe..
-ada y kata sebab dah jadi habit.
-sebab boleh tahu perangai@tabiat orang lain tanpa perlu kenal2 sgt,just need to know certain things only..
-sebab jawapan y diberikan memang selalunya positive & membina semangat ...yeah!
#*~ok , tq pada y baru ditemuduga.. :)) anda telah berjaya dengan sejayanya mempengaruhi saya..kih3..;p

APA ADA DISEBALIK TARIKH LAHIR???
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) apalagi??jom buat!!

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan 
(yang ini saya ...bahaha :)) ,gembira setelah membaca+perasan! ^__^)
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Saturday, March 13, 2010

nak tegur salah tak cakap lagi salah..???

Pernah tak anda rasa ada smthg around U y mmg tak boleh nak elak??? U pergi sini ada dia ...U pergi sana pun ..ada dia! it just like a normal thing sebenarnya ..tapi ia berlaku upper than the normal level y selalunya orang ada!uish kadang2 benda2 ni semua boleh buat anda rasa nak naik mual or gila(sgt2 teruk term ni)!!~ ..even sebenarnya ia hanyalah benda y remeh!!! ye ,tersangat2 remeh y selama ni anda tak pernah ambil kisah pun,dan memang anda takkan pernah ambil kisah!!! 

Off course ,aq percaya... semua makhluk y diciptakan oleh tuhan ada matlamatnya masing2 ~ sebagai contoh  seorang wanita bergelar ibu bukan sekadar ditugaskan untuk melahirkan bahkan dia juga mempunyai tanggungjawab besar atas didikan yang bakal diberi kepada anak-anaknya kelak...juga pada pokok-pokok...ia bukan sekadar hiasan untuk dijadikan tatapan mata ,dek biar sedap mata memandang saban hari,bahkan ianya penting bagi kitaran alam semulajadi!

Bagaimana pula dengan matahari??mengapa ia perlu wujud??mengapa perlu rasa panas??mungkin ada y membuat andaian alangkah bagus jika matahari itu tiada~~~haha,anda silap disini!tahukah anda disebalik kejadiannya itu,(dah mcm ayat National Geographic jew)...ia telah menjadi sumber tenaga y paling besar bagi seluruh isi alam semesta walaupun hanya pada makhluk y sekecil zarah besarnya.....dan bayangkan jika matahari tiada???dapatkah anda menghirup udara lagi pada hari ini??sempatkah anda mengisi masa tua nanti bersama cucu2 or cicit2 may be?? ok,cukup! terlalu jauh pergi ni..

Berbalik kepada tajuk utama!
ok,sekarang dah tau ..term y paling sesuai ialah benda2 y annoying atau bahasa melayunya adalah.. benda2 y menyampahkan@menjengkelkan..(maksud 'benda' disini adalah terlalu 'general'sebenarnya..)
huhuhu.. kenapa ?? nampak ayat macam ayat orang tengah marah ke???happy??biasa2???ke ..tak faham apa2..huhu.. ;p

kita layan saja la ye..apa2 pun dalam keadaan macam inilah selalunya nasihat orang2 y lebih tua@orang y lebih berpengalaman diperlukan...dan selalunya dia orang akan kata "ish...jangan la jahat sangat ...setiap benda ada kelemahannya..cuba terima secara positive..dan terima itu adalah ia..insyaAllah, semua berjalan lancar..! ya.. there we go bebeh!!...maka pada saat tu juga,otak aq pun terus mengkaji fakta2 y ada terkandung dlm nasihat ni..
1.kalau pasal jahat,aq x der la jahat sangat..sebab belum pernah aq masuk jail.. ;p
2.ok,saya faham,sebab saya tak pandai makan mee guna chopstiks T__T
3.ok...try2..ingat positive!! 1000x,even kalau buat soalan MT dpat answer negative pun terus turn to be positive :(
4.saya dah lama terima...kalau tak, macamana saya kenal ia??
5.tapi x lancar pon..
6.oooooo...sebab tak semua fakta aq boleh pakai.. =D
7.so Ainul!!!U need to learn more!! ;))

Tapi..kalaulah benda tu orang ,& orang tu dah keterlaluan??macammana..???
simple!!!~buat2 tak tahu sudah!+selalu poyokan muka tu...bahhahahaahha :))
n cakap kat dia ayat2 y tak ble blah seperti:"peace... !! no war!!",
or ayat2 y terlalu jujur+sopan:"saya minta maaf...boleh tolong beredar dari sini...saya ...rasa ...agak mual sebenarnya dgan kehadiran kamu disini..." 
boleh???xboleh2...x pasal muka senget sebelah kang !!T___T,masa tu..jangan kata ,"apalah...nasib...!" sedangkan kamu y awalnya memilih itu sbgai jalan hidup kamu... huhuhu.. 
          ok...tata...byebye...


ha..y ni comey..x boleh nak menyampah~
p/s: mohon ampun.. harap patik dapat diampun .... jika ayat2 patik kali ni telah mengguris jiwa+raga..sebenarnya patik sekadar menaip diatas keyboard ni saja...untuk perkongsian bersama... T__T

Friday, March 12, 2010

Banyaknya nikmat menjadi seorang wanita solehah



Allah taala berfirman ,"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. 

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. 

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. 

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. 

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.' Setiap Wanita itu Cantik' .

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


wassalam...

Thursday, March 4, 2010

33 LARANGAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA


1) Wanita mendedahkan aurat
2) Wanita berpakaian menyerupai lelaki
3) Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim
4) Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim
5) Wanita berpakaian menyerupai pakaian orang kafir
6) Wanita menyambung rambut
7) Wanita mencabut, mencukur, atau menipiskan alis
8) Wanita mengikir gigi
9) Wanita melakukan tatu
10) Wanita melihat aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian
11) Wanita melakukan musahaqah
12) Wanita memakai wangi-wangian agar dikagumi orang lain
13) Wanita memasuki pusat rawatan kecantikan awam
14) Wanita berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim
15) Wanita tidak melayan kehendak suami
16) Wanita menceritakan rahsia hubungan suami isteri kepada orang lain
17) Wanita menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami
18) Wanita keluar dari rumah tanpa izin suami
19) Wanita membenci dan menyakiti hati suami
20) Wanita mengingkari perintah suami yang baik
21) Wanita bermusafir tanpa muhrim atau suami
22) Wanita menceritakan sifat wanita lain kepada suaminya
23) Wanita berpuasa sunat tanpa izin suami
24) Wanita menginfakkan harta suami tanpa izinnya
25) Wanita kufur terhadap kebaikan suami
26) Wanita menyumpah anak
27) Wanita memaksa suami menceraikannya
28) Wanita memakai pakaian emas dengan sombong dan megah
29) Wanita menyakiti jiran tetangga
30) Wanita mencakar dan merobek pakaian ketika mendapat musibah
31) Wanita meratapi kematian
32) Wanita berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari
33) Wanita menziarahi kubur diiringi tangisan
Mohamed, D. H. (2008). 33 Larangan Rasullullah SAW Terhadap Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.

Monday, March 1, 2010

dah bertahun tak jumpa dan akhirnya...

memang betul kata tajuk kat atas ni..eheh bukan aq y tulis ke..erm bagus la tu sendiri tulis ..sendiri mau bilang betul..ahah anak-anak zaman sekarang ..memang pelik-pelik..tak da la pelik mana kot..
e..e.....nant jangan belok simpang tu..ari ni kita nak pergi bersosial kejap...huh!sosial???U baik betul...
ahah sosial itu banyak penafsirannya..bukan itu saja tapi penafsirnya pun banyak ...tak gitu..
so aq ari ni nak jadi penafsir y baik mengenai erti sosial y sebenar-benarnya..
sosial aq ari ni bermakna pergaulan kembali bersama rakan..kembali??kenapa guna istilah kembali??apa selama ni tak pernah berkawan ke??or U ni ada problems...eheh bukan....kembali sebab aq hari ni dapat jumpa ramai kenalan lama dizaman sekolah dulu..semuanya sungguh istimewa kerana kami berkumpul didalam sebuah majlis y sungguh meriah...(dimajlis perkahwinan kakak seorg dari teman kami jua..)..bukan teman kami..huhuh ,we are still young bebeh!!bahaha

mula-mula kitaorang dulu merasmikan pelamin pagi tu..mcm kawan kita pula y kahwin,exitednya..ngee~~
senyum semua...senyum..mula-mula memang ambil untuk saja2,kenangan bersama katakan ..aleh2 datang photografer y betul2 plak..siap suruh pos lagi ,wakaka...apa lagi..pos akak..eh tak2 adik2 cun..hahah!(bukan apa..just aq rasa photografer tu ingt kitaorg ni kawan pengantin)..cun kew..yang berkebaya itu adalah Pija adik pengantin hari ni...
ok2 bakal aq perkenalkan siapa kakak2 cun didalam gambar ni..y pling tinggi kanan tu ina..y duduk atas kerusi pelamin tu mira ..baju biru seha...sebelahnya sue..eheh itu bukan anak dia,just being one of the babysitter...comelkan dak tu..ermm namanya kalau x silap aiman...y berdiri sebelah aq tu anis kot...y lagi sorang mamat hensem kat ctu tu namanya azhar ... smart macam namanya...i like!


tema pengantin merah hati..nasib baik pakai baju lat2 nak sama ..
alamak kejap dik kejap ..tumpang lalu..akak nk amik gambar kak Aini..

eheh tertangkap gambar adik pengantin pulak... ;p

ha...sini lapang ckit...punya tak malu aq berdiri tepi tu semata nak amik gambar ni..haha...
apa2 pun.. kak aini nmpak voke!!

dlam suasana kesibukan..sempat lagi kitaorg menyusup masuk bilik pengantin..huhuh
uishh bunyinya macam nk mencuri..uishhh coiii...menyusup coz tak de raja sehari dalam tu..
ampun tuanku..bahaha..


slurpp..sedapnya buah2 nie...sihat..eh...tak2 aq x amik apa2..cuma amik gambar jew..huhu..
;))

and this,our last but not least noh...from my collection (sebenarnya ada bnyk lagi..nant korang kata apa pulakan...obses giler..) hahah.. 
apa2 pun thx a lot to piza n ur family especially!!!for being so.. sporting with us,n of course coz sudi jemput kitaorg..(walaupun aq hanya menyelit) ;p