Contact

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Hidup didunia umpama merawat ‘amnesia’

 

Salam..

mood: poyoNerd smile

Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai amnesia.Dalam pada melalui hari2 yang sukar melalui midterm2 exam yang datang berdetum2 ditambah dengan kuiz yang berlambak2 ditambah assignment yang berderet2 menjadikan saya lali untuk melalui semua itu dengan cuba mencari satu pencetus untuk saya mempunyai satu momentum positive yang baru.Kalau nak dikata memang tak terkata kerja saya sebagai seorang student di UIA ni.Ditambah dengan tanggungjawab baru memegang jawatan dalam persatuan2..Ya Allah,memang Tuhan saja yang tahu.

Terkadang memang terasa nafas ini tersekat bagai leher dijerat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian.Saya tahu saya perlu beringat setiap yang menjadi tanggungjawab &amanah itu akan tetap ditanya kelak diakhirat.Tujuan saya adalah mencapai matlamat seorang khalifah yang berjaya memberikan sumbangannya kepada yang layak.Saya tahu jika saya berjaya InsyAllah ganjarannya Ya Allah,Tuhan saja yang dapat menilainya..Maka untuk mendapatkan ganjaran yang diibaratkan permata didunia ini,mana mungkin saya hanya perlu membelinya dengan sehelai daun.

Terkadang saya terfikir,alangkah bagus jikalau setiap urusan,permasaalahan dan tanggungan yang menjadi bebanan itu  boleh diselesaikan melalui satu persamaan.Seperti dalam matematik,tidak ada apa yang tidak boleh diselesailan selagi mana persamaan dapat dibina.Tapi hidup tak semudah itu.

Tau apa itu amnesia?.Ia merupakan satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh mengingati memorinya yang lalu.Dan sekarang saya berpendapat untuk membandingkan kewujudan penyakit ini dengan penciptaan manusia dimuka bumi ini.Melalui sebuah artikel yang saya petik di FB,mengenai perbualan antara seorang bayi sebelum ia dilahirkan ,dengan Tuhan;

…..Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana mungkin tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu(ibumu) akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”….

Saya rasa sangat sedih!Sedih saya kerana adakah cukup amalan saya untuk saya pulih dari penyakit amnesia saya terhadap Tuhan?.Petikan diatas mengibaratkan kita seperti sungguh rapat sebelumnya dengan Maha Pencipta,dan kemudiannya dipisahkan dengan sebuah kelahiran dimuka bumi.Kita tahu sebelumnya akan kekuasaan Tuhan dan sebolehnya tidak mahu berjauhan denganNya,namun lihat saja sebilangan  kita pabila sampai didunia.Adakah kita masih lagi seperti sebelum dilahirkan didunia?.Ingatkah lagi kita padanya?.Sedangkan Tuhan sentiasa ada untuk kita..YE , sentiasa ada..

Tapi apa kaitannya pula dengan kesibukan saya?.Sudah tentu saya khuatir kesibukan saya ini hanya akan membuatkan saya jauh daripadanya.Daripada kesibukan yang bermatlamatkan kemanisan iman,mendahagakan cebisan ilmu  dariNya,mencari kekuasaanNya,saya takut saya tersasar kepada mengejar ganjaran dunia,kepuasan nafsu semata..,mahupun pancaindera yang tak terjaga..AstaghfirullAhalazim.

Terkadang saya cuba bermuhasabah,adakah mata ini suka memandang sesuatu diluar batasnya?adakah bibir ini pernah menuturkan kata2 yang hanya sia2?adakah tangan ini pernah menulis sesuatu yang bukan sepatutnya?adakah langkah ini pernah melangkah untuk menggapai satu dosa?Ya Allah,getarnya hati ini mengingatmu hanya Engkau yang tahu.

Jangan Kau buang rasa ini padaku Ya Allah..biar ku sedih ,aku reda Ya Allah,biar ku susah,jua aku reda Ya Allah,asal dekatnya aku sentiasa bersamamu..asal tidak Engkau membenciku,asal ia menjadi pengubat sakit amnesia ku padaMu..asal aku dapat belajar untuk memperbaiki diriku..asal ia dpat menjamin syurgaMu..Sesungguhnya Kau lebih mengatahui yang terbaik bagi hambamu..

p/s: doakan saya nak exam ye..SYUKRAN!

Friday, October 29, 2010

Aku dah kahwin sekarang...

       oleh:Tuah Mohd Bakheet

   Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

Pengajarannya dimana??fikirkanlah......

Sunday, April 25, 2010

Apa khabar sahabatku disana?



Dalam hidup memang tak dapat dinafikan keberadaan insan yang bergelar kawan@sahabat memang amat penting.Tika ketawa dia ada..tika sedih,gembira..apatah lagi teruja.. dia adalah antara orang yang tersenarai didalam list anda untuk diberitahu dahulu.Semuanya kerana sesuatu yang anda peroleh itu pasti akan lebih seronok jika dikongsikan,begitu juga jika sebaliknya,apatah lagi bersama orang y seumur y pastinya mengalami benda y sama dengan kita.
Tetapi..jika dinilai semula,tidak semua antara mereka itu sesuai@sepadan dengan kita.Ada antaranya y jika sekali pandang(bak kata orang first impression)sahaja kita dah tahu y dia adalah orangnya..senang berdamping dengannya..bergelak ketawa tanpa perlu meng'cover'..tiada pembohongan y terpaksa...dll.Tetapi ada juga kes y sekali pandang anda sudah menyampah dengannya!~Mengapa ye??Ah!semua itu tidak perlu dizahirkan sebenarnya...Setiap manusia ada penilaian y tersendiri terhadap sekeliling mereka..namun jangan sampai ia merosakkan jiwa.
Terkadang ada juga peristiwa y boleh menyentap jiwa & kesabaran anda..namun apakan daya anda tidak boleh membenci dia.Mengapa ye??Jauh dilubuk hati anda ada y memujuk dan menyatakan bahawa"ahh..itu tidak mengapa..dia masih lagi kawan saya..dia tidak sengaja agaknya"
Ada pula yang menjadi rapat walaupun mereka sentiasa berselisih pendapat.Tak gitu??jangan menafikan!Yang lebih pelik adalah apabila rakan yang paling kita sayang itulah yang terkadang sanggup mengkhianati kita dan selalunya hubungan sahabat y seperti inilah yang tidak akan bertahan lama.Mengapa ye??

Yang sebenarnya pandangan kita terhadap orang lain itu adalah berdasarkan cerminan diri kita pada seseorang itu.Bukankah begitu??Kita benci melihat si A kerana kita benci personalitinya y menyerupai kita dlam pada kita membenci diri kita.Kita menyukai si B pula kerana kita tertarik akan perwatakannya y sememangnya menjadi dambaan kita untuk menjadi seperti si B!
Sebab itulah kadang kala jika kita melihat disekitar kita, orang y bejaya itu lebih ramai kawan@kenalannya dibandingkan pada mereka yang gagal.Orang y berjaya lebih banyak daya penariknya untuk dicontohi..

Maka bagi para remaja khususnya ,proses pemilihan rakan adalah amat penting.Ye,mungkin anda menginginkan kebebasan@freedom yang mungkin boleh anda rujuk daripada mereka2 y anda rasa berjaya disudut itu,namun jangan sampai anda salah memilih sahabat.Jangan dah terjatuh baru nk terngadah!~Nasihat saya,pastikan dahulu mindset anda ,,rakan yang bagaimana perlu anda cari, untuk dijadikan sebagai seorang sahabat,bukan hanya diwaktu suka tapi juga diwaktu duka.

Sahabat yang sejati mampu melakukan apa sahaja untuk memastikan sahabtnya y lain bergembira..
Tetapi bukn bermakna anda perlu bunuh diri jika kecewa ye!Itu amat bertentangan dengan Islam..

sahabat bukan suatu alat perakam untuk kita mengadu
sahabt bukan tmpat percutian y perlu dicari tika perlu tmpat berlindung
sahabat bukan wallpaper y sentiasa boleh tersenyum
sahabt bukan patung y tidak pernah merasa sakit
sahabt juga bukan
library y tahu akan semua benda
Ia adalah bebutir permata ditengah lautan biru..
Bersyukurlah kerana kita memiliki sebahagian daripdanya... :))

P/s:sahabt merupakan cerminan personaliti diri seseorang.Pernah dengar orang kata "nak kenal dia , kamu perlu kenal juga kawan-kawannya.."???





Monday, March 29, 2010

Ingat akan 'JANGAN' pada yang menyeronokkan tetapi juga menyusahkan

   
      Katakan jangan pada 24 perkara:

  1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan begaul bebas ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.
Wassalam...

Saturday, October 31, 2009

kaitan cinta dan hidup...

Assalamualaikum sahabat2 fillah sume..
dalam usia dunia yg makin tua kita tak lari dari ujian makin kita belajar menyintai Allah kekasih agung kita makin banyak hadiah yg dibernya special gift from Allah...ujian, ujian ujian dan ujian....banyak2 sabar dan sabar sabar dan sabar dan sabar utk kesekian kalinya...hopefully Redha Allah cinta Allah dalam dakapan kita..masa diuji baru kita tahu sejauh mana hubungan cinta kita ngan Allah berhasil..menangis lah dihadapanNya kerana hanya Dia yg tahu segala....


                                                            .......................................
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orangyang salah sebelum menemui insan yang betul supayaapabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kitaakan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmatpemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yanglain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandangpintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakankita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untukkita.Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda bolehduduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpaberkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulangdengan perasaan bahawa itulah perbualan yang palinghebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kitatidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalahkita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidaktahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satukepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahajaia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya iatidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati padaseseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satuhari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambilmasa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadiianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akansusut. Carilah seseorang yang membuatkan andatersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyumanuntuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yangmembuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketikadi dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukanseseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpianda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yangingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang inginanda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan keranaanda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluanguntuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untukmembuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukupuntuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untukmemastikan anda adalah seorang insan dan harapan yangcukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkandiri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasaianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkinmenyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorangmanusia tidak semestinya dalam memiliki segala yangterbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalamhampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidupmereka.kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari danmereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang bolehmenghargai kepentingan manusia yang telah menyentuhhidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekardengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depanyang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang laluyang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskankehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakankegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup andasupaya apabila anda mati nanti, andalah yang akantersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akanmenangis.
__________________________________________________