Katakan jangan pada 24 perkara:
- Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
- Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
- Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
- Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
- Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- Jangan begaul bebas ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
- Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
- Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
- Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
- Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
- Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
- Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment