Contact

Saturday, June 25, 2011

Ramai wanita bertanya , dan seorang lelaki menjawab...


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!


Diambil dari:shahirul.com

Saturday, June 18, 2011

Ayah




Ayah..
amanahmu kau semat dihati..
aku kau jadikan bak mutiara ditengah lautan
digilap setiap hari
dari sebutir yang kusam
yang ibarat tiada harganya


kini..
sedikit demi sedikit
secebis demi secebis
mula kau jadikan ia bersinar
sinarku mungkin selalu malap
bahkan terkadang padam
namun kau sentiasa disisi
yakinmu nanti sinarku pasti menambat hati



dini hari aku kerap bersendiri
pintamu supaya kami pandai berdikari
namun ayah..
hati ini terkadang masih gentar
tanpamu disisi..
siapalah kami nanti
kemanakah kami



Ayah..
sungguhnya diri ini mahu kau ketahui
jika tulisanku ini boleh diambil
diambil menjadi buih-buih dilautan..
akan aku ambil
akan ku kait satu persatu
untukku sematkan setiap satunya
menjadi tanda kasihnya aku padamu..



Ayah..
azimatmu tidak pernah ku lupakan
bait-baitnya masih segar diingatan
masih segar untuk dijadikan pengubat rasa rindu
rasa ridu yang tidak akan pudar mahupun jauh beribu batu



Ayah..
titik peluhmu menjadi keringat bagiku
gigihmu membesarkanku
senantiasa sabar menyalut dirimu


Ayah..
InsyAllah..
doaku sentiasa pada kedua orang tuaku
hadirmu tidak pernah pudar diingatanku
pengorbananmu masih tegar didadaku
dan kau tetap pahlawan cekal dihatiku


Kudoakan moga perjalananmu pula dipermudahkan
kudoakan kau sentiasa dirahmati Tuhan
murah rezekimu..
panjang umurmu..
bahagia hidupmu..
hingga keakhir waktu
dunia dan akhirat
Amin.. =)



SELAMAT HARI BAPA , AYAH !

Wednesday, June 15, 2011

DIARI FACILITATOR : motivational camp with orang asli

salam,

Hari ni saya nak cerita pasal kem motivasi yang telah melibatkan belia- belia dari kampung orang asli kg.sg gapoi,bentong.

Nak dijadikan cerita , kami (warga TA n STUFF UIAM )semua ni terus termangu masa buat meeting hari tu , sebab aspectation kami sebenarnya dia orang akan hantar remaja yang masih bersekolah.Namun apa yang telah memeranjatkan kita orang adalah list nama yang dihantar kepada kami sebelum program mengatakan kebanyakan mereka adalah baya-baya kami!Hanya 4 daripada peserta remaja orang asli ni yang beragama Islam.Manakala yang selebihnya Atheist.

Apa lagi rombakan program mula dibuat sedikit demi sedikit.Saya telah ditugaskan sebagai salah seorang PRS(pembimbing rakan sebaya) bagi program motivasi kali ni.Tapi overall memang best!Dapat pula satu group dengan adik,abang and akak yang sporting.Ada diantara mereka yang baru berusia 17 tahun pun sudah berkahwin.

Bila ditanya , sebilangan menjawab duduk dirumah pun tidak buat apa.Kahwin sajalah..Itu mentaliti mereka..Setiap seorang dari kami ditugaskan diamanahkan untuk menjaga kebajikan seorang peserta.
Saya diamanhkan untuk menjadi PRS kepada pengiring mereka,yang kami kenal sebagai kak yong berumur 27 tahun.Beliau seorang yang sangat sporting.

Objektif utama kami adalah bagi meningkatkan keyakinan diri mereka ..
Pada mulanya melihatkan saya yang mungkin dikatakan agak pendiam,ada yang meragui kebolehan diri untuk menjadi prs untuk program kali ini.T__T.Namun ALhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan ucapan tahniah telah diberikan oleh si pemberi kepercayaan kepada kami. Saya sendiri tidak menyangka hubungan yang terbina tidak sampai 2 hari itu telah membawa pelbagai makna pada kami semua.

Dipenghujung program , kami ada mengadakan sesi beramah mesra sebagai tanda kata akhir kami sebelum menutup program dalam setiap kumpulan.Tidak menyangka ada diantara mereka(remaja orang asli) itu yang seperti mahu menitiskan air mata bila mendengar kami mengatakan bahawa ini adalah acara terakhir kami.Pada mulanya saya terkejut ,difikirnya mana silap kami?.Untuk pengatahuan anda semua mereka ini adalah golongan yng sensitif ,kerana mereka masih berada dalam lingkungan zon SELESA mereka.Tugas kita,kita perlu sama-sama membawa mereka untuk meneruskan pembangunan negara dimasa akan datang supaya merreka tidak ketinggalan hendaknya .

Ada juga yang mulanya sungguh pemalu , mula menunjukkan keyakinan diri untuk bersuara pada akhirnya.Mahu tidak mahu saya juga turut terikut-ikut untuk menjadi sehabis sporting dihadapan mereka supaya dapat menjadi contoh yang baik bagi mereka...InsyAllah.

Yang lebih terharu dalam ramai-rami peserta tu,ada yang masih menanyakan dan sempat menyampaikan salam kepada saya ketika mahu pulang,sedangkan mereka hanya saya kenal ketika sempat berbual sedikit ketika makan petang bersama..

Overall,nampaknya program kami memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada para remaja orang asli,bahkan juga kepada kami..Alhamdulillah..


p/s: semoga kita ketemu lagi&..semoga ukhwah yang dibina tidak terhenti disini.. =)