Contact

Showing posts with label UIAM. Show all posts
Showing posts with label UIAM. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

UIAM dengan semester baru sesi 2011/2012

 

~ooo aq..
hanya ingin kau tahu..
besarnya cintaku..
tingginya hayalku…..~

ha..tetiba je kan nak update blog sambil dengar lagu slow entitle hanya ingin kau tahu dari Republik.Hehe..saja je nak buat mood sedih+terharu.. ;p

ok cakap pasal UIA,hari ni hari ketiga saya beraya disini sekali dengan menetap sementara menunggu cuti demi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang student!sound serius huh,

Dengan bermulanya semester baru ni , azam pun mestilah baru..pengalaman dah baru(dah bertambah),so hopefully will be better here.

Pahit manis semester ni telah pun bermula sejak semalam lagi..haha

Pengalaman hari pertama je da boleh buat diri ketawa sendiri selama seminggu,erkk~almaklum minggu pertama disetiap semester baru pasti akan di busykan dengan proses add and drop for registration bagai…memang memenatkan+memeningkan dan pasti menguji kekuatan stamina anda.Kenapa?.ok..disini saya ingin menjelaskan..

Anda perlu berdiri selama lebih satu jam,itu pun kalau anda dapat beratur dibarisan depan,semata untuk mendapatkan borang yang diperlukan.Memang siapa yang tak panctual waktu pejabat tu,kena lambai je la oleh student yang terlebih panctual dihari pertama tu!

Nasib saya baik bila ada senior yang memahami bagi saya dapat tandatangan lecture pilihan hati dulu,sementara mereka bersabar menunggu giliran.Ooh terharu disitu~haha.Semoga Tuhan merahmati kamu!

DSC01853

masih mampu tersenyum walaupun sudah berjalan berkilo-kilometer.

Wednesday, June 15, 2011

DIARI FACILITATOR : motivational camp with orang asli

salam,

Hari ni saya nak cerita pasal kem motivasi yang telah melibatkan belia- belia dari kampung orang asli kg.sg gapoi,bentong.

Nak dijadikan cerita , kami (warga TA n STUFF UIAM )semua ni terus termangu masa buat meeting hari tu , sebab aspectation kami sebenarnya dia orang akan hantar remaja yang masih bersekolah.Namun apa yang telah memeranjatkan kita orang adalah list nama yang dihantar kepada kami sebelum program mengatakan kebanyakan mereka adalah baya-baya kami!Hanya 4 daripada peserta remaja orang asli ni yang beragama Islam.Manakala yang selebihnya Atheist.

Apa lagi rombakan program mula dibuat sedikit demi sedikit.Saya telah ditugaskan sebagai salah seorang PRS(pembimbing rakan sebaya) bagi program motivasi kali ni.Tapi overall memang best!Dapat pula satu group dengan adik,abang and akak yang sporting.Ada diantara mereka yang baru berusia 17 tahun pun sudah berkahwin.

Bila ditanya , sebilangan menjawab duduk dirumah pun tidak buat apa.Kahwin sajalah..Itu mentaliti mereka..Setiap seorang dari kami ditugaskan diamanahkan untuk menjaga kebajikan seorang peserta.
Saya diamanhkan untuk menjadi PRS kepada pengiring mereka,yang kami kenal sebagai kak yong berumur 27 tahun.Beliau seorang yang sangat sporting.

Objektif utama kami adalah bagi meningkatkan keyakinan diri mereka ..
Pada mulanya melihatkan saya yang mungkin dikatakan agak pendiam,ada yang meragui kebolehan diri untuk menjadi prs untuk program kali ini.T__T.Namun ALhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan ucapan tahniah telah diberikan oleh si pemberi kepercayaan kepada kami. Saya sendiri tidak menyangka hubungan yang terbina tidak sampai 2 hari itu telah membawa pelbagai makna pada kami semua.

Dipenghujung program , kami ada mengadakan sesi beramah mesra sebagai tanda kata akhir kami sebelum menutup program dalam setiap kumpulan.Tidak menyangka ada diantara mereka(remaja orang asli) itu yang seperti mahu menitiskan air mata bila mendengar kami mengatakan bahawa ini adalah acara terakhir kami.Pada mulanya saya terkejut ,difikirnya mana silap kami?.Untuk pengatahuan anda semua mereka ini adalah golongan yng sensitif ,kerana mereka masih berada dalam lingkungan zon SELESA mereka.Tugas kita,kita perlu sama-sama membawa mereka untuk meneruskan pembangunan negara dimasa akan datang supaya merreka tidak ketinggalan hendaknya .

Ada juga yang mulanya sungguh pemalu , mula menunjukkan keyakinan diri untuk bersuara pada akhirnya.Mahu tidak mahu saya juga turut terikut-ikut untuk menjadi sehabis sporting dihadapan mereka supaya dapat menjadi contoh yang baik bagi mereka...InsyAllah.

Yang lebih terharu dalam ramai-rami peserta tu,ada yang masih menanyakan dan sempat menyampaikan salam kepada saya ketika mahu pulang,sedangkan mereka hanya saya kenal ketika sempat berbual sedikit ketika makan petang bersama..

Overall,nampaknya program kami memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada para remaja orang asli,bahkan juga kepada kami..Alhamdulillah..


p/s: semoga kita ketemu lagi&..semoga ukhwah yang dibina tidak terhenti disini.. =)

Tuesday, May 3, 2011

Sindrom result lagi

 

salam..

huh….tarik nafas..lepas..tarik nafas ..lepas..senaman yang selalunya kami buat sambil tangan menggigil menanti server yang memang akan sedikit lambat bila menunggu tindak balas daripada alamat yang ditekan diatas keyboard.Alamat apa? alamat untuk pelajar nak tengok result!

Alhamdulillah lap lip lap lip dah mau masuk semester yang seterusnya dah..so macam biasa sebelum daftar masuk bilik asrama baru,saya kena check result dulu..result biasa keluar sehari sebelum semester baru begin..tapi kali ni tak ,tadi hati+tangan ni gatal search try tengok bila result nak keluar…aleh ayat ni keluar..Surprised smile

“Result will be available from 04-05-2011 05:00 PM for semester 2, 2010/2011!”

ye,untuk pengetahuan semua pelajar UIAM,besok result anda keluar!huh,

so,sedia depan lappy Computer masing2 ye,semoga berjaya!bye,Nerd smile

p/s: agak2 kalau dah tau ni,boleh ke tidur malam ni? Confused smile