Contact

Saturday, October 29, 2011

Hidup didunia umpama merawat ‘amnesia’

 

Salam..

mood: poyoNerd smile

Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai amnesia.Dalam pada melalui hari2 yang sukar melalui midterm2 exam yang datang berdetum2 ditambah dengan kuiz yang berlambak2 ditambah assignment yang berderet2 menjadikan saya lali untuk melalui semua itu dengan cuba mencari satu pencetus untuk saya mempunyai satu momentum positive yang baru.Kalau nak dikata memang tak terkata kerja saya sebagai seorang student di UIA ni.Ditambah dengan tanggungjawab baru memegang jawatan dalam persatuan2..Ya Allah,memang Tuhan saja yang tahu.

Terkadang memang terasa nafas ini tersekat bagai leher dijerat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian.Saya tahu saya perlu beringat setiap yang menjadi tanggungjawab &amanah itu akan tetap ditanya kelak diakhirat.Tujuan saya adalah mencapai matlamat seorang khalifah yang berjaya memberikan sumbangannya kepada yang layak.Saya tahu jika saya berjaya InsyAllah ganjarannya Ya Allah,Tuhan saja yang dapat menilainya..Maka untuk mendapatkan ganjaran yang diibaratkan permata didunia ini,mana mungkin saya hanya perlu membelinya dengan sehelai daun.

Terkadang saya terfikir,alangkah bagus jikalau setiap urusan,permasaalahan dan tanggungan yang menjadi bebanan itu  boleh diselesaikan melalui satu persamaan.Seperti dalam matematik,tidak ada apa yang tidak boleh diselesailan selagi mana persamaan dapat dibina.Tapi hidup tak semudah itu.

Tau apa itu amnesia?.Ia merupakan satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh mengingati memorinya yang lalu.Dan sekarang saya berpendapat untuk membandingkan kewujudan penyakit ini dengan penciptaan manusia dimuka bumi ini.Melalui sebuah artikel yang saya petik di FB,mengenai perbualan antara seorang bayi sebelum ia dilahirkan ,dengan Tuhan;

…..Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana mungkin tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu(ibumu) akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”….

Saya rasa sangat sedih!Sedih saya kerana adakah cukup amalan saya untuk saya pulih dari penyakit amnesia saya terhadap Tuhan?.Petikan diatas mengibaratkan kita seperti sungguh rapat sebelumnya dengan Maha Pencipta,dan kemudiannya dipisahkan dengan sebuah kelahiran dimuka bumi.Kita tahu sebelumnya akan kekuasaan Tuhan dan sebolehnya tidak mahu berjauhan denganNya,namun lihat saja sebilangan  kita pabila sampai didunia.Adakah kita masih lagi seperti sebelum dilahirkan didunia?.Ingatkah lagi kita padanya?.Sedangkan Tuhan sentiasa ada untuk kita..YE , sentiasa ada..

Tapi apa kaitannya pula dengan kesibukan saya?.Sudah tentu saya khuatir kesibukan saya ini hanya akan membuatkan saya jauh daripadanya.Daripada kesibukan yang bermatlamatkan kemanisan iman,mendahagakan cebisan ilmu  dariNya,mencari kekuasaanNya,saya takut saya tersasar kepada mengejar ganjaran dunia,kepuasan nafsu semata..,mahupun pancaindera yang tak terjaga..AstaghfirullAhalazim.

Terkadang saya cuba bermuhasabah,adakah mata ini suka memandang sesuatu diluar batasnya?adakah bibir ini pernah menuturkan kata2 yang hanya sia2?adakah tangan ini pernah menulis sesuatu yang bukan sepatutnya?adakah langkah ini pernah melangkah untuk menggapai satu dosa?Ya Allah,getarnya hati ini mengingatmu hanya Engkau yang tahu.

Jangan Kau buang rasa ini padaku Ya Allah..biar ku sedih ,aku reda Ya Allah,biar ku susah,jua aku reda Ya Allah,asal dekatnya aku sentiasa bersamamu..asal tidak Engkau membenciku,asal ia menjadi pengubat sakit amnesia ku padaMu..asal aku dapat belajar untuk memperbaiki diriku..asal ia dpat menjamin syurgaMu..Sesungguhnya Kau lebih mengatahui yang terbaik bagi hambamu..

p/s: doakan saya nak exam ye..SYUKRAN!

No comments: