Contact

Showing posts with label me as a student. Show all posts
Showing posts with label me as a student. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Toyol dalam kuliyah?

 

salam..

Wah..soalan macam boleh buat suspen kan..huhu..biasalah sekarang tengah musim exam,final kuiz dan segala bagai.Dan mustahillah kalau cakap toyol dalam kuliyah tu anda tak faham.*Tipu kalau tak faham.

So,apa pendapat anda tentang bawa membawa toyol dalam exam ni?.Agak-agak halal tak perbuatan tu?termasuk dalam list amalan mahmudah tak?ermmm…

Yelah…siapa yang tak faham kan,untuk students terutamanya satu tekanan kalau kita tak dapat jawab exam ye dok…?.Lebih2 lagi kuiz..tak pun assigment kuiz.Soalan yang kita dah buat tuh!.Boleh pula lupa masa kuiz,memang jalan mudah adalah bawa toyollah .Ye dok??Betapa kuatnya godaan syaitan..eh..eh..tapi pernah tak nak rasa bersalah..ke dah terbiasa.So,dah tak rasa apa2 dah kalau bela membela toyol kuliyah ni?BAHAYA TU.DAH MENJADI TABIAT.

Secara jujur saya pun nak mengaku lah*ceh..pengakuan ni!.Ada masanya sebelum ni saya cuba untuk meniru dalam menjawab kuiz…tu pun sebab terlalu busy…memang tak de preparation,*ceh buat ayat tak bersalah…nak tau tak apa jadi??.Mata ni rasa nak toleh aja dekat kawan sebelah..ala tengok sikit apa salahnya..kawan pon dah selalu tengok kita…so,apa salahnya..ni kira turn saya la pula..tapi hati ni tak sedap…terus dlam fikiran ni memberontak..marah diri sendiri pun ye..saya cakap kat diri saya,Ainul…ko nak berjaya atas nama Ainul,ye nama Ainul,so kenapa nak pakai usaha orang lain?.Tak adil!.Jangan mendiskriminasikan diri sendiri.Jangan cakap tak serupa bikin.Kamu seorang mahasiswa…you have to be responsible to what you have done!.Dengan semua yang telah saya persoalkan tadi,Alhamdulillah saya membatalkan niat on that time.

Kemudian result keluar….ok hati saya boleh terima.result keuar sesuai dengan marginal cost*economics words* saya.Alhamdulillah…

Kemudian saya berusaha serabis boleh untuk kuiz yang seterusnya..Kemudian result keluar…Kali ni hati lain macam sikit..result sama je ,tak berubah???nak kata soalan susah ,ada pula student yang dapat full mark..oh hatiku luluh..tapi masih mampu bersabar…hati kata ..tak pe lah..tak da rezeki agaknya….kemudian saya cuba bermuhasabah ,mencari dimana silapnya..Hati masih lagi hairan bagaimana mereka boleh memperoleh full mark??.Tergerak untuk bertanya..ermm tak pa lah kita tengok next kuiz macamana…

Kuiz mula…astagfirullahalazim..terkejut apabila melihat bukan sahaja kiri kanan saya,bahkan depan belakang..kalau boleh nak cakap atas bawah ada toyol..apa nak jadi ni..lurus sangat ke aku tak ada toyol??.Bagaimana kalau markah kuiz aku kali ni tak dapat cover markah yang dulu2 tu??.Waktu ni hati says ok lagi,sebab even tak ada toyol,saya dah prepare.

Tapi balik saja dari kuiz,saya sangat tertanya.Kalau nak tahu,saya ni agak rasional orangnya..means saya tak akan buat sesuatu tanpa sebab.So,before saya pergi mencipta toyol,saya akan mencari seribu satu sebab untuk itu.

Selesai saja solat maghrib malam tu , buka Quran kebetulan terselak surah al-baqarah yang maknanya lebih kurang.." terkadang apa yang kamu lihat baik itu belum tentu baik untukmu…”.Saya cukup terkedu.Seperti Tuhan mahu memberi petunjuk disitu.Kemudian saya teringat satu kisah yang pernah saya baca dahulu…seorang ulama pernah bermimpi 2 malaikat turun di mekkah..dan ulama ini mendengar malaikat ini berkata tiada seorang pun yang hajinya diterima dari 6ratus ribu orang tahun ini,kecuali seorang,yang kerananya ,haji semua orang diterima.

Saya berfikir sangat jauh ketika itu.Sampai saya membayangkan saat saya punya punya duit yang cukup,insyAllah…untuk buat haji!.Tapi bila difikir-fikir balik nak dapat haji yang berkat mesti la punya duit yang berkat dulu ye dok??nak dapat duit yang berkat mesti la dari kerja yang berkat…kerja yang berkat tu pula dapat mesti la based on ilmu yang berkat.ermmm pikir punya pikir.. sah tak boleh la meniru ni.So kalau sesiapa yang terfikir lebih dari ini mungkin boleh kongsi,tapi pasti mesti akan rasa lain(macam bersalah gitulah..)untuk meniru.Rasa itu sendiri terkadang boleh menyelamatkan iman kita.Mudah-mudahan….

p/s: Jangan meniru time EXAM! By the way good luck untuk semua yang sedang atau bakal amik exam. Bi Taufiq Wan Najah! Doakan saya juga. peace.. =)

 

"Ya Tuhan kami, jangan Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanalah kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)" [Ali Imran : 8]

Saturday, October 29, 2011

Hidup didunia umpama merawat ‘amnesia’

 

Salam..

mood: poyoNerd smile

Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai amnesia.Dalam pada melalui hari2 yang sukar melalui midterm2 exam yang datang berdetum2 ditambah dengan kuiz yang berlambak2 ditambah assignment yang berderet2 menjadikan saya lali untuk melalui semua itu dengan cuba mencari satu pencetus untuk saya mempunyai satu momentum positive yang baru.Kalau nak dikata memang tak terkata kerja saya sebagai seorang student di UIA ni.Ditambah dengan tanggungjawab baru memegang jawatan dalam persatuan2..Ya Allah,memang Tuhan saja yang tahu.

Terkadang memang terasa nafas ini tersekat bagai leher dijerat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu diberikan perhatian.Saya tahu saya perlu beringat setiap yang menjadi tanggungjawab &amanah itu akan tetap ditanya kelak diakhirat.Tujuan saya adalah mencapai matlamat seorang khalifah yang berjaya memberikan sumbangannya kepada yang layak.Saya tahu jika saya berjaya InsyAllah ganjarannya Ya Allah,Tuhan saja yang dapat menilainya..Maka untuk mendapatkan ganjaran yang diibaratkan permata didunia ini,mana mungkin saya hanya perlu membelinya dengan sehelai daun.

Terkadang saya terfikir,alangkah bagus jikalau setiap urusan,permasaalahan dan tanggungan yang menjadi bebanan itu  boleh diselesaikan melalui satu persamaan.Seperti dalam matematik,tidak ada apa yang tidak boleh diselesailan selagi mana persamaan dapat dibina.Tapi hidup tak semudah itu.

Tau apa itu amnesia?.Ia merupakan satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh mengingati memorinya yang lalu.Dan sekarang saya berpendapat untuk membandingkan kewujudan penyakit ini dengan penciptaan manusia dimuka bumi ini.Melalui sebuah artikel yang saya petik di FB,mengenai perbualan antara seorang bayi sebelum ia dilahirkan ,dengan Tuhan;

…..Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana mungkin tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu(ibumu) akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”….

Saya rasa sangat sedih!Sedih saya kerana adakah cukup amalan saya untuk saya pulih dari penyakit amnesia saya terhadap Tuhan?.Petikan diatas mengibaratkan kita seperti sungguh rapat sebelumnya dengan Maha Pencipta,dan kemudiannya dipisahkan dengan sebuah kelahiran dimuka bumi.Kita tahu sebelumnya akan kekuasaan Tuhan dan sebolehnya tidak mahu berjauhan denganNya,namun lihat saja sebilangan  kita pabila sampai didunia.Adakah kita masih lagi seperti sebelum dilahirkan didunia?.Ingatkah lagi kita padanya?.Sedangkan Tuhan sentiasa ada untuk kita..YE , sentiasa ada..

Tapi apa kaitannya pula dengan kesibukan saya?.Sudah tentu saya khuatir kesibukan saya ini hanya akan membuatkan saya jauh daripadanya.Daripada kesibukan yang bermatlamatkan kemanisan iman,mendahagakan cebisan ilmu  dariNya,mencari kekuasaanNya,saya takut saya tersasar kepada mengejar ganjaran dunia,kepuasan nafsu semata..,mahupun pancaindera yang tak terjaga..AstaghfirullAhalazim.

Terkadang saya cuba bermuhasabah,adakah mata ini suka memandang sesuatu diluar batasnya?adakah bibir ini pernah menuturkan kata2 yang hanya sia2?adakah tangan ini pernah menulis sesuatu yang bukan sepatutnya?adakah langkah ini pernah melangkah untuk menggapai satu dosa?Ya Allah,getarnya hati ini mengingatmu hanya Engkau yang tahu.

Jangan Kau buang rasa ini padaku Ya Allah..biar ku sedih ,aku reda Ya Allah,biar ku susah,jua aku reda Ya Allah,asal dekatnya aku sentiasa bersamamu..asal tidak Engkau membenciku,asal ia menjadi pengubat sakit amnesia ku padaMu..asal aku dapat belajar untuk memperbaiki diriku..asal ia dpat menjamin syurgaMu..Sesungguhnya Kau lebih mengatahui yang terbaik bagi hambamu..

p/s: doakan saya nak exam ye..SYUKRAN!

Tuesday, September 13, 2011

UIAM dengan semester baru sesi 2011/2012

 

~ooo aq..
hanya ingin kau tahu..
besarnya cintaku..
tingginya hayalku…..~

ha..tetiba je kan nak update blog sambil dengar lagu slow entitle hanya ingin kau tahu dari Republik.Hehe..saja je nak buat mood sedih+terharu.. ;p

ok cakap pasal UIA,hari ni hari ketiga saya beraya disini sekali dengan menetap sementara menunggu cuti demi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang student!sound serius huh,

Dengan bermulanya semester baru ni , azam pun mestilah baru..pengalaman dah baru(dah bertambah),so hopefully will be better here.

Pahit manis semester ni telah pun bermula sejak semalam lagi..haha

Pengalaman hari pertama je da boleh buat diri ketawa sendiri selama seminggu,erkk~almaklum minggu pertama disetiap semester baru pasti akan di busykan dengan proses add and drop for registration bagai…memang memenatkan+memeningkan dan pasti menguji kekuatan stamina anda.Kenapa?.ok..disini saya ingin menjelaskan..

Anda perlu berdiri selama lebih satu jam,itu pun kalau anda dapat beratur dibarisan depan,semata untuk mendapatkan borang yang diperlukan.Memang siapa yang tak panctual waktu pejabat tu,kena lambai je la oleh student yang terlebih panctual dihari pertama tu!

Nasib saya baik bila ada senior yang memahami bagi saya dapat tandatangan lecture pilihan hati dulu,sementara mereka bersabar menunggu giliran.Ooh terharu disitu~haha.Semoga Tuhan merahmati kamu!

DSC01853

masih mampu tersenyum walaupun sudah berjalan berkilo-kilometer.

Tuesday, May 3, 2011

Sindrom result lagi

 

salam..

huh….tarik nafas..lepas..tarik nafas ..lepas..senaman yang selalunya kami buat sambil tangan menggigil menanti server yang memang akan sedikit lambat bila menunggu tindak balas daripada alamat yang ditekan diatas keyboard.Alamat apa? alamat untuk pelajar nak tengok result!

Alhamdulillah lap lip lap lip dah mau masuk semester yang seterusnya dah..so macam biasa sebelum daftar masuk bilik asrama baru,saya kena check result dulu..result biasa keluar sehari sebelum semester baru begin..tapi kali ni tak ,tadi hati+tangan ni gatal search try tengok bila result nak keluar…aleh ayat ni keluar..Surprised smile

“Result will be available from 04-05-2011 05:00 PM for semester 2, 2010/2011!”

ye,untuk pengetahuan semua pelajar UIAM,besok result anda keluar!huh,

so,sedia depan lappy Computer masing2 ye,semoga berjaya!bye,Nerd smile

p/s: agak2 kalau dah tau ni,boleh ke tidur malam ni? Confused smile

Saturday, March 26, 2011

FINAL EXAM MOOD!

Ya Allah ! saya dah dekat simpang nak masuk next year.erm??apakah??second year lorh..baru second tapi kepala hotak dah macam orang nak final.Ececeh ..macam ko tau je orang final kepala hotak diorang camana kan...Dah stop disitu.Memang hari ni saja nak update belog ni laju2 ..sebab lepas ni nak kena sambung study lagi...Semua student dekat UIA sekarang tengah sibuk menyelak helaian demi helaian ...kekunci demi kekunci diatas keyboard masing2 untuk menyiapkan projek..mengulang kaji dan yang sewaktu dengannya...Tapi macam aturan dalam medan perang la kan...pejuang haram hukumnya untuk meninggalkan medan masing2..begitu juga dengan saya..tak kira susah ke senang macam kacang ke...saya tetap setiap pagi tegar mencekalkan hati untuk mengasah parang,pedang dan segala bagai..

Apa2 pun tetap saya bersyukur...semua kerja berjaya disiapkan pada waktunya..Ohoh tetiba rasa rindu dekat family..padahal baru je datang tu ari nak jenguk anak kesayangan mereka ni...siap bawa 3 potong kek!Semuanya untuk memujuk supaya lebih tenang menghadapi exam nanti..masuk akal ke?mesti la masuk sebab saya suka makan kek!;p


The first big exam need to be face is theory on workshop!Doa kan saya ye!Tuhan saja yang mampu membalasnya...Amin...Wassalam..


when i'm working in the workshop.. ^-^

Monday, March 7, 2011

Whatever that he say,it is always can make my day.

Rindu tak ,rindu tak???wah tetiba jadi seorang yang perasan!

Hari ni nak share apa lecture UNGS saya cakap dekat kelas tadi.Boring??Hentah la....pada saya ok2 je,what about others??jangan tanya diaorang ,tanya hati diaorang...pasti kata best!

Pada yang tak mengerti,UNGS adalah subjek wajid bagi semua kuliyah untuk bukan sahaja dipelajari bahkan juga dihayati...di UIAM.Lebih kurang subjek agama ,tapi lagi....general?ermmm kritis....ermm tak tau nak cakap ,eh tak, nak tulis macamana dekat sini.Ok,cukup penerangan disitu...tak faham tanya kendian.Saya ok je.

Nampak tak ayat-ayat baik punya diatas tu?Maksud ayat baik adalah ayat yang tidak menggunakan short form lagi...oooOOOO yeay...kenapa??insaflah we,sejak dengar apa lecture@ustaz tu kata...

Beliau kata apa?

1.Bahasa kamu melambangkan diri kamu

-maknanya kalau kita pakai bahasa pasar , kita jadi orang pasarlah kan...itu yang saya fahamla...tapi ada lagi tu yang tersirat..cuba fikirkan...so,saya tak nak jadi orang pasar masa saya menuntut diuniversiti...lagi satu, macam saya selalunya pakai kasut but nak pergi kebun ,tapi tetiba saya pakai but tu pergi temuduga.Wah.. O.o

plus,he said that,
"if your language is rubbish,then your mind also is kind of rubbish!"

peh, mendalam tu we,saya dengar..nak telan air liur pun tak lalu...

2.He also said that,"try to think on what you are doing now...,if it is for money,it is just enough that you open small supermarket in front of you house!.Why?Because if you ask them(people who already make it),they can get about RM5000 a day!A day ok!"

itu memang tak boleh bla we,saya hanya bisa menganggukkan kepala...sebab saya pernah tanya mak cik jual nasi ayam di satu kedai makan biasa ni dulu,dia kata satu hari boleh dapat RM2000 untuk nasi ayam sahaja!

So,which one do you prefer??Are you coming to the university just for money??name??ambitions?? or for the sake of Allah...to perform your responsibility??

If it is for Allah...then why there is still students who are not folowing the rules of Allah...??Such as what??fikirlah sendiri...

If not ,then you are nothing ,eventhough you are a student,who suppose to have the knowledge,but where is your knowledge??Why don't you apply it in your daily life??Are you learning for nothing?Of course knowledge can't be seen...

So ,try to think why you are here??(university).what is exactly your role?

p/s:macam tulah yang berlaku setiap kali lepas kelas UNGS, pasti kepala saya akan merewang memikirkan kata-kata ustaz yang banyak perlu difikirkan..kadang-kadang terasa bertuah masuk kelas tu..mungkin kalau tak,saya tak pernah fikir pun pasal benda-benda tu...kekadang benda-benda yang kita anggap remeh tu la yang membentuk diri kita...start to think again now...da...semoga bermanfaat untuk semua.Wassalam!

EH,SAYA BUKAN MATA DUITAN(MATA YANG HANYA NAMPAK DUIT BERTAN-TAN) TU TAU!ERK..

Saturday, December 11, 2010

Perkara pelajar universiti mesti mahu tahu.

salam ..

Oleh kerana aq anak sulong(iaini pertama)..banyak benda yang kena belajar sendiri.Jeles doe tengok orang lain yang ada abang , akak tu.Kalau pokai boleh minta duit,ada homework tak tau buat boleh suruh tunjuk(suruh ye bukan minta sebab nak tak nak mesti dapat punya..kalau tak,nanti boleh ngadu kat abang@kakak yang kedua tak pun ketiga..empat..dan seterusnya..).Seberapa banyak abang@kakak yang korang ada...sebanyak itulah orang yang boleh bela korang kalau dibuli..kat sekolah kalau kawan usik cakap..korang kenal tak dengan abang aq yang black belt tae kwon do ari tu .Wah kecut perut semua kawan ko.Aleh2 terus jadi taiko. Glamor.Bukan tu je,part yang paling best bila time pergi jalan atau lebih terangnya melancong...mesti senang2 boleh mengecek..Buat je muka kesian sikit campur airmata yang bertakung dalam kelopak mata dengan aksi berguling2 diatas lantai..lepas tu cakap "sapa lagi nak bawa pergi ...kempunan la nampaknya adik tengok.."sambil cakap ayat yang sama berulang2 kali terutama masa diaorang tengah makan...confirm lepas tu abang@kakak korang cair sambil suruh korang siap2 dapat ikut.kan3??Jangan tak mengaku.Haha.

Apa kena mengena dengan pelajar universiti?mesti la ada kena mengenanya...semua tu aq kena belajar sendiri.OK tipu,bukan totally sendiri..kawan2 pun ada ajar...Jadi pelajar universiti pun bukannya sesenang ko nak pergi rumah atuk Siti belakang rumah!.So, sila baca aturan yang telah aq dapati basically perlu untuk menyediakan diri menjadi seorang mahasiswi/mahasiswa.

PERTAMA.korang mesti tau macamana nak pilih lecture yang best.Aq ulangi yang best bukan bagus .Best dan bagus itu lain maksudnya. Ohoh bukan bermakna anda dilarang memilih yang bagus.Macam nak pilih jodoh..eceh..macam ada pengalaman aje kan...ker3..hehe,tapi basically mesti la yang anda faham,dan beliau boleh faham anda(2 way communication is very important !).Kalau yang agak2 boleh bagi markah kuiz lebih+asssigment best+lecture enjoy+klu-klu soalan beserta jawapan masa nak@time exam.. itu memang boleh dipandang!huhu.

KEDUA.Jangan saya kata jangan sambil lewa setiap pagi bangun tak tengok tarikh.Lebih jelasnya adalah amat perlu untuk korang buat planner!.Paling cikai pun koyak je kertas apa2 pastu salotep kat dinding yang senang bangun pagi nampak.So, setiap pagi anda akan merasa seperti telah menjadi PA yang berjaya untuk diri sendiri."oh..hari ni tak de kelas .."(yang ni x tulis pun tak pe~),tulis la apa2 yang menjadi kepentingan pada hari tu,date line projek ker,kuiz ker,kena hantar assigments ke,(tulis besar2!).Sebab kalau lambat@leka hantaran anda akan ditolak.Macam meminang jugak..haha.So,anda tidak akan merasa begitu teruja kalau mendapati dalam seminggu yang mana 5 hari perlu bekerja(belajar) lebih dari 5 kuiz anda perlu bereskan.Haha..melampau tu,tapi tak mustahil..T__T

KETIGA.Peer pressure.Sebagai manusia memang fitrah kita untuk diciptakan berbeza segala.So,memang susah la sebenarnya nak pilih kawan yang sesuai+sepadan+tepat dengan kepala otak kita yang gila2..yeke??oh aq tak gila...lalalala...Jangan nanti sebab kawan korang terus jadi shock sampai kena strok jiwa..ada la nanti yang jiwa kacau la..jiwa meracau la..tak pun terus dapat serangan jantung percuma.Tak pelik kalau aq kata makin lama kita kenal orang disekeliling kita tu makin tau la kita akan belangnya..kat situ nanti kita boleh nampak yang mana kaca yang mana permata..yang mana ikhlas atau sebaliknya.Apa2 pun pengalaman totally mengajar+mematangkan kita.. :)

Turut tidak ketinggalan...yang paling penting korang kena tau la mana tempat nak solat, tidur ngan makan.Hehe,Eat for life not life for eat yeah! .Jangan malas sangat nak jalan kaki balik asrama yang tak seberapa nak dekat tu sampai2 sanggup menginap tepi kuliyah.Hehe.Ada ke orang buat? ? huh,,lalalalallala~

ok,dah dulu!bye.
                                                                                                                                                      BERSAMBUNG....

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH disambut dengan Salam tahun baru,semester baru serta orang baru.

salam 
ALLAH MAHA BESAR,MAHA PEMBERI REZEKI,MAHA MENGATAHUI.SUBHANALLAH.ALLAHUAKHBAR!.

Alhamdulillah..setakat ni rasanya segala yang pernah menjadi cita untuk divisikan dan dimotokan aq secara kasar boleh dikatakan menjadi untuk tahun ini.Sekarang aq rasa lebih bersemangat untuk melangkah ke tahun baru dengan semangat serta azam serta visi serta misi yang baru.Visi dan Misi tak semua yang perlu diganti kerna ia setengahnya jauh lebih kedepan telah dirancang dalam jangka masa 3 ke 4 tahun akan datang.Apa yang lebih perlu adalah semangat,azam, serta pendirian baru yang lebih jelas untuk lebih berdaya maju.eceeeewahhh! (>.<)

Bagi yang tak ingat atau terlupa atau tak perasan hari ni hari apa tu ..tak pelah ,meh aq tolong ingatkan..hari ni hari selasa...tak caya belek kalendar cepat..!Lepas tu jangan lupa sapa2 yang ada kalendar Islam tu tolong belek yang part tarikh dalam bulan Islam pula..hari ni 1 Muharam ,ye..hari ni satu Muharam..macam cepat je masa berlalu..Macam??bukan memang cepat??
Amacam??sempat tak panjatkan doa akhir tahun korang??harap2 semuanya dimakbulkan..Amin...Awal tahun pula bagaimana??Nah..aq kongsikan doa awal tahun yang boleh dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram...

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Doanya:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...



Keseluruhannya boleh dikatakan terbaiklah untuk tahun ni(entah kenapa suka sangat guna perkataaan 'terbaik' ni sejak kebelakangan ni...communication make us in variety!).Terus timbul hasrat diri untuk jadi yang lebih baik especially dalam semester baru yang bakal aq hadapi ni.Sebabnya result keluar semalam tepat2 le pada akhir Zulhijjah.Tau apa makna disebaliknya??Maknanya aq kena la ubah sikap diri..yang mana2 negatif tu fikir2lah macamana nak buat dia turn to be positif...ye tak??tak mau malas2 lagi ..tak mau ada study akhir masa...tak mau childish terlebih2 lagi...tak mau keras kepala sangat lagi..(sangat??maknanya nk juga lagi??hehe)..tak mau ada ego bin kedekut yang kadang menguasai diri tanpa disedari...tak mau lalai tak mangga kenderaan sebab murah hati nak bagi orang curi lagi...tak mau jadi penakut lagi..(takut ker..kah3),tak mau banyak mulut pada yang tak sepatutnya,tak mau tak dengar omongan ibu bapa kesayangan,tak mau tertidur dalam kuliyah..(ter...ye,bukan sengaja..),tak mau langgar prinsip diri,tau mau tinggalkan kewajiban pada orang sekeliling..(ee..jahatnya.. T__T),tak mau lupa diri,tau mau tak sayang diri...tak mau...erkkk da syok sendiri la pulak..banyak beno tak mau.hehe (^.^)

Result??apa citer??senang je tepuk tangan,habis cerita.kan2??.Samada memilih untuk mendengar@berkata, "Alhamdulillah ok der...aq memang tak sangka..(ayat yang sama tiap semester untuk mewujudkan rasa teruja dalam diri...errkk~)" atau "Alhamdulillah, aq syukur sangat Tuhan da bagi aq peluang belajar pun da cukup baik..." atau "Alhamdulillah...aq lulus semua!" atau "Alhamdulillah walaupun ada yang tidak seperti yang dijangka dan diharapkan aq masih mempunyai masa dan keazaman untuk memperbaikinya.."

Yang mana yang paling best untuk diucapkan dan didengar??huh,pada aq semuanya sama..semua ayat tu dapat menunjukkan tanda syukur seseorang...dan kalau kita bersyukur InsyaAllah Tuhan akan bagi lebih lagi depend on usaha kita in the future..tak gitu??sooooo, you have to make changes la untuk berjaya dimasa depan ..Iman dan Taqwa???Itu yang lebih utama.Tak semesti bila korang dah berjaya didunia dah tentu2 nanti akhirat punya cerita korang dah boleh lepas pun...semuanya sama kena beringat..Yang berjaya ke tak ke..semua ada ujian2nya ...cuma kadang yang gagal tu lebih jelas akan apa yang dihadapi..tu untungnya..tu orang selalu kata semua yang berlaku tu ada hikmahnya.Pada yang berjaya tu Alhamdulillah mudah2an usaha dan kejayaan anda diterima dan dapat dilihat yang Maha Esa kelak,two rewards disitu...yang tak pula jangan risau...InsyaAllah kalau benar jalan usha anda one  reward in your hand already.Don't worry...Ditambah dengan rasa sabar..huh ganjarannya lagi tak terlangkau dek pengiraan kita. =) .Tapi ingat bukan yang gagal je kena sabar.

'Fikir-fikirkan dan selamat beramal..'

p/s: pada kawan2 ..korang semua tetap bergelar kawan pada aq walau setinggi atau serendah mana korang ketika duduk mahupun diri, ;p .Don't give up.I want to hold the scroll with all of you!!!!make sure that! :))

Monday, July 26, 2010

The latest of me!

Selamat Pagi plus selamt ceria semua....wahah...hari ini kita mesti ceria kerana kita tahu ini adalah starting pada sambungan minggu yang teramat busy!~serius!Baru  masuk 4 minggu di UIA sudah membuatkan aq tidak henti-henti untuk mengurut2 badan!haha...mahallah ku sungguh dekat dari kuliyah ...tapi ia tetap jauh sebab naik kaki..eh tak2...pakai kaki..waduh...;p                                                                   


Maka pemikiran yang agak mementingkan diri pun muncul~dalam otak kata" mesti mau bawa smthg ni,tak kisah ar basikal ke kasut roda ke(ada ke orang buat??)motor ke tak pun kereta???wahah ..melampau baru 1st year kot~kau ingat kau anak menteri... :'( 
Eh tapi comel la tengok sorang sister ni bawa basikal elektrik tu....tapi kalau aq yang bawa la ,rasanya mau patah pinggang..huhu..gurau jew..

Kalau dulu waktu perjalanan sejauh 15 minit hanya untuk bila ayah tak datang jemput masa aq sekolah rendah,so aq terpaksa balik jalan kaki ke rumah...ye2 aq budak baik ...tak lepak mana2 ..haha....ibarat kata mama...go strait..and don't try to belok2 ha..!..,,tapi sekarang ianya sudah menjadi rutin harian aq...tak pe2 at least aq pernah dilatih untuk itu..baru aq tau kenapa dulu ayah tak jemput aq..bahaha merepek..itu sebab kau malas nak mengayuh~hehe...malu~ T__T

HUH!!!!assignment memang berderet beb...eh bukan berderet pada aq lebih baik untuk kata jatuh berkelepuk+gedebuk atas muka aq..sambil diaorang kata"nah amik kau..dulu kau y tak sabar nak masuk sem baru kan.."T__T

OOOPss tapi Alhamdulillah aq dapat mengurangkan jugak lemak y terkumpul...haha(PENIPU!~)
sehari makan walau sekali tapi macam x ingat dunia...dikatanya boleh kurus??apakah....


Pertama kali aq jumpa benda alah ni ...memang seronok je melukis...aq suka !!!

racis...racis....racis...(tiba-tiba!)..ohoh esok saya ada presentation on Racism....so wish me luck uOzlzzzzz!!!!!!!!!( gonna sleep 4 a while)ZZZZZzzzz...da....huah..(sangap cara sopan)....dalam mimpi...terbawa-bawa.."A very good evening to...."


Friday, June 25, 2010

Sesi belajar bertatih temuduga ..

Haha..kenapa kena gelak dulu??tet...potong markah anda...sungguh tidak bersopan ..kamu seharusnya memberikan :) dan ini..SALAM..erm bagus2 budak y baik ni..
First impression sangat penting!sebab sebelum ni aq ada baca dekat satu blog yang boleh la kalau nak dipakai tipppsssnya kot...and aq ada tanya pada senior2 aq ...and diaorg bagi aq tipppss ni mase on the way ke sesi ber'interview' bersama YP (YP tu ape weh??) ni..huh..napa ??korang jelezzz??nak jugak..??ok2..tapi kena bayar satu klik nuffnag dekat blog saya!bahaha~kejam! ;p

Takpe2 aq bagi tipps yang aq ingat dulu e...sebab tipps yang aq ingat ni la yang aq pakai..y tak ingat tu...sorry naik lorry...saya terlupa nak pakai ..bukan sombong tak nak pakai..eh..dah2 pakai2..ingat ni nak cerita pasal barangan terpakai ke apa??huhu,~ 

Mula2....kena ingat temuduga korang tu pukul berape???kalau boleh prepare la datang awal setengah jam ker paling minimum pon..mane tau korang dipanggil awal...coz calon2 lain sombong tak nak datang...macam kes aq...eh tapi diaorg bukan sombong ....aq tau...kan2? =)

Pastu mesti  mau pilih set baju awal2..maksud aq supaya tak nak korang jadi pening nak pakai warna ape mase last2 minute..??fesyen ape..beg ape..kasut...or may be tie ?? Aq tau tu mmg agak susah ...lebih susah dari belajar menaip...haha ;p

Lagi...selidik2 la info2 penting pasal company y akan tanya korang smpi masak tu..kalau tak...mmg hangus..hehe..saya memang jahat!~..eh tapi betul...

yang tak pernah jadi ramah atau yang kedekut nak curahkan idea bila ditanya sebelum ni or pada yang malu2 tu..better korang berlatih jadi pelakon awal2..macam...Zahiril Adzim..tak pun Lisa Surihani ker...Tiz Zakiah....sapa2 la yang korang suka...tapi jangan tak jadi diri sendiri pulak...apa yang aq maksudkn cuma tahap keyakinan+keramahan jer...paham??..paham??.. (^_^)

totally different bila kita berlakon...(tiba-tiba)

OOOPS~Alamak..blank tetibe...sory la ye...ni je dulu..nak lagi tunggu entry pengalaman soal jawab saya pula nooo...
~tata~

Saturday, June 12, 2010

kenangan terindah ditepian sawah..




kami nak cari mana puncak Gunung Ledang..mana..mana??

4 petang- Pada jam 4 petang yang lepas(bukan bermakna hari ini punya 4 petang) telah ketemu 4 sahabat lama yang agak lama tidak ketemu...hampir 2 tahun bagi yang sorang ni sebab pergi merantau luar negeri(negeri jew..)..3 yang lain sebelum ni menuntut di Matrikulasi yang sama...


   Oleh kerana telah terlalu rindu akan 3 sahabatnya yang lain, maka appoinment tidak rasmi telah dibuat oleh keempat2 mereka di 'fb' . Kesemua mereka seperti yang diketahui, Alhamdulillah telah berjaya melepasi tahap yang seterusnya seperti menyambung ke peringkat ijazah..(betul tak ijazah..coz kadang2 suka eja salah...izajah... ;p)..

ok dah2 saya malas nak tulis laporan@berita lagi.. x best(walaupun dalam hati ada cita2 nk jadi pemberita T__T)!!!ermmm....Saya nak kongsi kenangan manis saya..Saya sayang sangat-sangat sayang dekat semua sahabat2 saya..terutama yang baru saya ketemu ini,iaitu DAYU,T-QUA,SYAT...korang memang best+sporting...nak ulang lagi...korang memang aq sayang ..sangat - sangat tau...kalau lepas ni aq jadi tak sayang.. maknanya jangan panggil aq Ainul!!!huh..serius sungguh! ;p

Ingat masa form5 dekat sekolah ,kami adalah sekelompok 4 sahabt yang sungguh baik...kalau dok dalam kelas..memang susah nak berbunyi..mulut macam berkunci....sampai kalau ada cikgu baru masuk mesti tegur ..yang empat ni kenapa ek diam ajerr..dok study khusyuk jerr...hehe,kami senyum...tapi Alhamdulillah dokongan antara kami tak pernah pudar sampai kami SPM...!!(kenapa aq banyk guna loghat indonesia niey?? mesti sebab dah banyak tengok cerita sinetron ni!!~x ble jadi...)



Terima kasih dekat dayu..sebab bagi saya kuih kegemaran saya ...apa ek namanya dia bentuk bunga warna hitam...(kuih keling kottt)...entah..tapi saya suka sangat-sangat!!!terima kasih sebab ingat lagi aq suka makan kuih tu...masa form5 aq ada bagi tau e??...ooouuhhhh Dayu...sungguh terharu sama kamu... :))

Terima kasih dekat Syat sebab dapat memberanikan diri juga akhirnya..menunggang motosikal sendirian ..untuk datang..ooouuhh lagi saya terharu...oohh ye,terima kasih juga kerana belanja kami minum petang tuhhh..banyak betul kita berceloteh kan....tapi rasenya x puas juga...~hihi..bahagia betul kita berempat petang tu..orang sekeliling pun tengok pelik jew... bila tengokk cara kita bergelak ketawa....Tapi kita langsung tak kisah! ..sebab kita tahu itu adalah hari kita...yang memang susah nak dapat...lebih susah dari nak dapat birthday gift setiap tahun!!Am i right??






Terima kasih pada T-qua sebab sporting ajer macam dulu..walaupun asyik kene amik gambar...tapi kami adil bagi semua masuk frame! =) .Teringat dulu masa kami berdua masuk pertandingan bersajak..punya nak dapat sijil+hadiah..haha..sanggup beb...walaupun sebelum tu tak pernah pun ada pengalaman...yang paling tak boleh lupa ..aq boleh lagi dapat JOHAN..T-qua pula dapat NAIB JOHAN!!!,,,huhuhuhu..terguling2 ni..ingat balik.. ;p




Akhir sekali...semoga persahabtan ini terus terjalin antara kita ..Amin..InsyaAllah..membawa kita lebih dekat serta ingat padaNya... Perjalann kita masih jauh..~~hopefully semua cita2 kita akan menjadi nyata suatu hari nanti...y pasti ia hanya menunggu masa~~



Wednesday, May 19, 2010

Siapa cikgu paling 'sporting' saya ?

Walaupun aq tahu dah lambat nak ucap selamat Hari Guru hari ni dekat entry ni...tapi aq nak buat juga...Atas dasar nak mengenang jasa cikgu-cikgu aq yang terdahulu..bak kata orang bila dah tulis baru ingat~..tak nak nanti aq jadi lupa daratan pula..tak pun lupa akar aq tumbuh dari mana..paham?..hehe...

ok..ok..sekarang nak cakap ..tak2 nak tulis...sejak masuk Tadika Kemas lagi seingat aq ..aq dah diberi gelaran seorang yang pendiam..masuk tahun 1...wah..aq berjaya lagi mengekalkan gelaran itu..uish..kalau diingat dulu nak pergi tandaslah part yang paling susah sebab kena pergi depan..lagi2 kalau dalam kelas BI!!!HUH!!~berpeluh beb..muka tension jer....sebab nak kena speaking dialog "may i go out teacher?"bahhahhaha....tergolek2 kalau diingat balik...sampai pada satu masa dalam hari terbuka ..guru kelas bertanya pada ayah...."dia ada masalah ke??dalam kelas dia ni diam je...??" haha..bila balik ayah cakap..."aik pelik la ayah ..padahal along(aq) yang paling banyak cakap dekat  rumah??"hehehe...dual personality in different situations..  

Tapi part yang paling best bila cikgu lantik aq jadi perpustakawan...masa tahun 3...ye2..aq sangat suka ..sebab tak payah basuh kasut selalu ...pakai kiwi...kalau malas lap2 jew kasut hitam tu nanti...huhu..~..hah lagi satu part yang paling tak boleh lupa masa kelas math...hehe..saya memang budak yang tersangat pintar...sampai selalu kena marah dengan sir...erkkk...walaupun jawapan saya betul ....sir selalu kata.. "mana jalan kerja awak??jangan buat kerja orang pandai..."...mungkin sebab masa tu saya suka buat multiply congak2  jew ..hehe...lagi satu kan....aq rasa aq adalah pemegang rekod antara pelajar yang jarang2 sekali bawa baju PJ masa tu...kalau cikgu tanya ...jawab.."alamak cikgu...terlupa...tadi dah pack dah...betul cikgu..."hehe..minggu seterusnya buat lagi...nasib... cikgu sabar...

Lagi..aq selalu diberi peluang masuk kuiz math..*tipu.. setahun sekali pun susah..*masa tahun 6 masuk sekali satu grup dengan Jabbar dan Anis(antara kawan yang aq respect coz masa tu diaorg genius math)...sebab tulah dalam banyak2 cikgu..yang paling menjadi kesayangan saya sejak dulu wajiblah cikgu math!!!~~~hihi...ehh ..tapi suka cikgu lain gak.. mentaliti kot...minat disitu...maka siapa2 yang ajar itu akan digemari olehku!~~heee...tapi ingat lagi dekat cikgu aq yang sorang ni...memang tabik lah aq dekat dia...cikgu yang berkait dengan math semestinya...haha...kalau bagi soalan..kawan2 lain tanya jawapan ... maka cikgu tu akan point dulu dekat saya mintak jawapan...*bangga*..ngeee...tapi aq dengan poyonya selalu buat2 tak nampak sebab malu...sorry cikgu... ;p

Perangai ni memang tak elok sampai terbawa2 masa buat foundation...tapi part ni best coz madam@sir yang ajar semua sporting abis!!!~Mdm Izan paling best *bukan nk mengampu...*...sebab dia pernah bagi ni..untuk highest mark in her class...THANK YOU MADAM!~



Tapi kali ni ..maksud aq tahun ni..bukan aq yang bagi hadiah .. aq pula yang dapat...ni hari aq dapat wishes cards...*terharu* :))


SELAMAT HARI GURU
buat:
semua guru-guru , dari tadika , sekolah rendah , sekolah menengah , sekolah agama , sampailah di universiti... :)


P/S: HARI GURU 16 MEI YE....

Tuesday, May 11, 2010

Terima kasih!

Untuk pengatahuan umum hari ni khabarnya ramai teman2 y menuntut di CFS IIUM,PJ (batch 08/09)...telah selamat    menghabiskan semester terakhir mereka..aq.. ALHAMDULILLAH begitu juga...Bebudak engin sudah tentunya habis semester dulu..hihi...sememangnya aq sedang bersenang-senang sekarang ini..Ini kerana subjek kami tidak seberat subjek student2 sciences...seperti medic..farmasi..bioscience..dll. Maksud aq pastinya bilangan subjek...Disini jika tidak silap@lupa ingatan sedikit ..aq selamat habis menuntut 14 subjek...yang sememangnya aq dituntut ke atasnya...

Maka secara tiba2 aq tergerak untuk mewujudkan entry ni ...Rindu yang tidak terhingga pada rakan2 ..sahabat handai..teman2 seperjuangan...hanya mampu ku ungkapkan disini...SALAM wahai teman...

mimi n ainul
Pertama kali aq menjejakkan kaki disitu wujudnya seorang teman yang pastinya paling tidak dapat aq lupakan...MIMI..jangan terkejut namamu ku seru disini.. :)) ..Ingat lagi first time dia baca blog aq ..dia pernah menitiskan air matanya ...aq sungguh terharu..baru aq tahu nilai persahabatan itu...Pahit manis telah kita lalui bersama..bukan hanya bersama kamu , begitu juga dengan rakan2 kita y lain...fatnun..syidah..asma..atiqah...farah..mia..yusra..syazila..afiqah..qila...ppah..aida..maaf jika ada yang tidak dapat kusebutkan disini...memang tidak cukup2 untuk aq menaip satu2 nama itu nanti..tapi ingatlah walau apa badai melanda kita tetap bersahabat!.  ♥  ♥  ♥

syidah-fifah-aida
Pada yang bakal melanjutkan pengajian di Gombak,insyaAllah kita akan bertemu disana...pada yang akan ke Kuantan, hati ini pasti jika kita berkehendak dan dengan izin Ilahi ..kita pasti ketemu jua lagi.. ;) ... Sama2lah kita memelihara hubungan silaturrahim yang telah terjalin...ibarat benih bunga y perlu disemai setiap hari,supaya subur dikemudiannya...Moga dipanjangkan umurmu...dan murah rezekimu kelak~

Pernah beberapa ketika pastinya telah wujud insiden2 yang pastinya telah tercalit sebagai satu memori diantara kita semua...aq pasti setiap kita mempunyai ceritanya yang berbeza2..mungkin  bagiku kenanganku dimanupulasi oleh kegembiraan...tetapi disebalik ini pasti ada antaramu y telah dibalut kedukaan.Namun ingatlah ,aq sentiasa disini menanti....dan sentiasa menanti...menunggu.. dan terus menunggu untuk menemanmu..suka mahupun duka...

Terima kasih ..ya ..terima kasih adalah hadiah lisan yang terbesar yang boleh aq berikan setakat ini..kerana bersabar denganku..walaupun diri ini tahu tidak selalunya aq diposisi y benar..kadang kala aq juga tergelincir...kerana aq juga adalah seorang manusia biasa...Maaf wahai sahabat2ku jika selama kita bersama , terlanjur bicaraku sehingga melukakanmu..maaf sekali lagi jika aq pernah menimbulkan syak wasangka padamu ..atau mungkin pernah tersalah menjawab permintaanmu.... :))

Pesananku disini , simpanlah memori kita bersama agar ukhwah ini terjalin tanpa waktu menjadi batas sempadannya...buanglah apa y menjadi coretan duka dihatimu...agar segalanya kembali mendamaikan jiwa ..

Ikhlas dari sahabat yang sentiasa mengingatmu.. ♥love u all ♥!~  BYE-BYE ~ 

Monday, May 3, 2010

Aku seorang bakal jurutera...


salam....


ermm hari ni nak kongsi sikit cerita+berita+milo+teh tarik+tom yam+jus lobak+....hihi..ermmm nyummmm2 sedapnya...*tiba2 teringin semua ini dlam satu masa!!bahah melampau!!ermm besok nk cari lobak ...buat sebanyak mana jus y kau mau ... letak ais @ buat ais blend ~~uishhh sedap..!!

amacam??ada teringin x??
Kalau nak tau..ni dua kegemaran aq k..lpas ni kalau siapa2 y nak @ terasa nk belanja tu...tak payah tanya aq nak makan@minum apa....strait away order ...wah...saya akan terharu disitu! ;p
x kira warung punya ke....restoran ke...segera ke...ape ke...sy masih suka ,(selagi warna dan rasa dan rupa sedap,huhu..)

wokey2 cukup disitu...tadi baca tajuk lain, lat2 baca ... pergi ke makanan+minuman kegemaran pula..sorry terlepas....haha*walaupun sengaja..

Kepada semua pembaca tulisan taip saya ni..*tiba2 sopan coz nk minta dibelanja :p*...sy tahu a part of U may be dah kenal siapa Ainul! But then i am sure bnyak lagi secret readers kat luar sana tu*perasan tiba2* yang malu2 ..hehe,apapun sy adalah kenalanmu.....

Kalau masih ingat dulu aq pernah tulis aq kena pilih major...but now...i have the result already...and my major is MANUFACTURING!!!! First sekali nk ucap ALHAMDULILLAH tanda syukur ...coz that's actually my first choice......my second choice at that time is COMMUNICATION...and the third is AUTOMOTIVE....(ganas x???hihi,)

Ada y kata kesemua pilihan aq tu sungguh mencabar....mereka kata ramai brothers pun tak berani nak ambil...errrkkkk....aq ya kan sahaja...sebab aq punya prinsip y sekali aq melangkah@buat keputusan,aq takkan berpatah balik@menoleh kiri kanan.....serius!


Bukan kerana mahu berbangga dgan prinsip ini atau untuk menunjukkan y aq ni keras kepala orangnya, tapi pada aq we should know what is the best for ourself in the future...as finally we are the only one that should have a trust on ourself!!! 

kenapa??kenapa aq pilih MANUFACTURING ?? huhu,semuanya berjalan dgan cepat..sebenarnya mula2 aq dah pun memilih major in MATERIAL...aik??kenapa tak ada dlam top 3 punya choices??huhu...jawapannya senang...sebab aq dah dipengaruhi oleh senior!!!!!bahahaha ;p *gurau jew*
jawapan y ringkas dan padat adalah sebab 'minat'! Hopefully that one day i'm able to create on something.......new n different,to be proud of~  :)) :))...BYE~BYE

Monday, February 1, 2010

Jom komen...


perasan mata aq spero..!!!tu mata orang tak cukup tidur...lepas tu kene bangun pagi2 isnin untuk mula bertugas lagi!!!


haha ..hari2 y agak sibuk bakal bermula..muka jadi masam macam cuka ...cakap serius macam PM...hati bersih macam permata ececeh..bersih betul ke???(tengah berusaha!!)...idea dah beatur dalam otak tunggu dicipkan satu persatu sebelum pergi berperang dalam minggu akan datang!makan...hah makan amik gaya pakar penjagaan otak!!protein dilebihkan...at least usaha kat situ ada!!!hubungan dengan Tuhan insyallah ...diperbaik !!!

huh!!!kat sini ,masa ni tak de istilah penat untuk impian y mahu digapai dengan penuh keyakinan....susah?emm agak la..tapi ....kalau fikir2 balik tidak ada y senang nak dapat benda y best ,k!!!keputusannya nant pasti setimpal !!ingat itu !! ;)) itulah motivator aq selama ni...

mentaliti..fizikal..spiritual..emosi..huh banyak betul elemen yang perlu dijaga sebagai seorang khalifah dimuka bumi nikan?itulah manusia diberi keistimewaan untuk merasa dan mengubahnya sehingga ketahap y paling dkendaki...

kenapa??kenapa aq tulis macam ni hari ni?sebab aq tengah agak serabut so... mungkin gaya penulisan tidak berapa menarik!!Maaf!terus terang sekarang banyak benda y membuat wayar2 dalam otak aq ni terpintal2! bahaha ;-P OOOPppsss serius!

bukan apa .. ada 3 quiz perlu aq hadapi minggu ni,tapi aq juga perlu menjadi hakim seketika y mana .. aq perlu membuat pilihan y akan menentukan alur kehidupan aq dimasa akan dtg!!!!ya!setiap hari aq belajar membuat keputusan tapi y ni paling susah setakat ni !!!Lebih susah dari essay BI y aq mmg kantoi selalu tu!!! ~~

anyway wish me luck k!!!


 e..eh..eh..ehhe...apa kait mait dengan tajuk diatas tu??ha..aq nak hantar lirik lagu ..cuma nak mencuba nasib..dekat competition iLuvIslam...
begini....

Tajuk:Perjuangan..

andai saja bisa dikatakn
akan kami luahkan
isi hati menjadi bukti
yang tak mampu kami layari

namun..
demi kesejatian iman
tetap kami perjuangkan..
kata hati kini bukanlah halangan
walau hari esok belum pasti akan penentu cabaran..

perjuangan ini kami pertaruhkan
dasar pengalaman kami gambat menjadi bekalan...
ilmu didada cuba kami kongsikan
Quran dan Sunnah menjadi panduan
membina umat sepanjang zaman

disini..
pelbagai lapisan menjadi tumpuan
intipati rujukan kami sediakan
perkongsian diutamakan
pandangan jadi santapan
pengukuh ukhwah tali persaudaraan
walau masa perlu digadaikan
demi mencapai matlamat digenggaman....

marilah insan
bersama kita layarkan..
 bahtera menuju kejayaan..
dalam satu pengembaraan..
ILuvIslam!!!

amacam???Best tak???haha berangan nak jadi penulis lirik kejap boleh!!! 
JOM SERTAI PERTANDINGAN MENULIS LAGU TEMA ILuvIslam ni...
mana tahu tetiba idea datang mencurah...untung2 dapat rezeki baru!!!
 klik disini:

PERTANDINGAN MENULIS LIRIK LAGU ILuvIslam



(aq kene pilih major da...any idea??-nak tanya siapa ni....ye! sapa yg nak kene diinterview dgan aq ni...nanti aq belanja makan!!!)



Tuesday, January 26, 2010

simply must share...

Subhanallah...Alhamdullillah....
eh2 kenapa ni ???ececeh ... mesti tertanya-tanyakan?kenapa la si penulis hari ini kelihatannya begitu gembira sekali!huhu..pada tanggal 25/01/2010.....telah terbanglah sepucuk surat sampai kedepan rumah aq..abang posmen y adikku selalu tunggu2 tu datang dengan melemparkan senyuman manisnya y memang aq cakap x boleh bla seperti selalu..huhu..yup! memang tugasan diaorang memerlukan dealing y tersangat eh tak de la sangat just at the acquired level...for their responsibility..
so aq amat dan amatlah respect dekat orang2 y macam ni ..diaorg jalankan tugas dgan penuh berdedikasi n satu hari nant ciri2 ni memang patut ada pada aq!!!

berbalik pada apa yg buat aq rasa gembira ,suka,riang,ria,teruja,terpaku, dan mungkin mati seketika ialah apa y ada dalam salah satu sampul surat itu y atasnya tercatit nama aq...WAU!!!!!!!SANGAT2 TERUJA!!! Rupanya itu adalah satu pernyataan dan perakuan seperti mana y pelajar2 lain y sememangnya aq minati atas kejayaan diaorg ,dapat!!!!paham???mungkin ayat ni agak berbelit...almaklum dalam otak rasa macam ada1001 idea aq nk tulis kat sini hari ni....bahaha ;-))
sebenarnya x der apa...cuma bagi seorg y bergelar pelajar macam aq ni..bila dapat anugerah dekan memang boleh membuatkan aq mati seketika!!~surat sampai depan rumah!bukan depan asrama!maka org first y bukak sudah tentu mamaku itu...wau...!!!kedengaran gembira suaranya ketika memberitahuku...
Disini pengucapan syukur keluar dari bibir pemikiranku atas kegembiraan y telah aq cetuskan/ledakkan dihatinya itu....
ALHAMDULLIALLAH......;-))



meh layan lagu ni...saat2 gembira macam ini ianya amat menenangkan...(pada aq n may be pada kamu juga..)

p/s:owh..woh hampir terlupa..mcamana rupa baru blog ini??cantik??moga2kita lebih enjoy disini....dgan smthing y lebih berguna in the future noh!!!

Wednesday, January 13, 2010

excitednyer...

lalalalaalalalalla...dalam kesibukan otak mengurus diri dua tiga hari ni sempat lagi aku nk menghiburkan diri...kih2
hibur..bukan bermakna aq berhibur sampai tak ingt dunia kot ..just layan sikit2 mavie..ooopppss!movie....tgok la gaya penulisan org y baru aje kepenatan ...

penat sebab tadi baru aje aq kasi pinjam kakiku....mataku ...telingaku....tanganku...untuk kedewan kat cfs uia ni..dengan penuh semangat y berkobar2 aq pun menilik satu2 boot y ade kat situ...dekat sini sebenornya ada engineering festival tok budak cfs ni.....so macam2 la dia org sediakan ...ada game y terlalu senang pada aq untuk disertai sampai aq sertai melalui pandangan penuh ingin tahunya sahaja..bahahaha !! tgok muka abang2 n kakak2 senior y ada kat situ huh!cayalah respect sama u all!very friendly..aq tanya sepatah jawabnya lebih terpatah-patah!!huhu...tu y seronok..but the first boot y aq pergi of course la ke material&manufacture engineering  ...wau!terpegun kejap..bukan apa ,tmpt tu tersorok kat belakang boot lain...boleh plak aii~~sampai je peh!!!tak der org!!!aq suka sebab masa tula aq bole bagi soalan cepu mas kat akak2 n abg2 kat situ tu....hahah...sedia...mula!!


jenuh dia org nak jawab soaln aq!!! seems like manufacturing is more interesting to me now,,,,even mulanya aq g situ coz aq lebih minat nak tau pasal material engineering..but it seems more complicated !need to learn more on chemistry!!!about the structure...and blablabla...hah satu info y aq ingt masa dengar penerangan dari akak kat situ tu tadi,ialah..."best dik blajar pasal material ni..ok akak kasi contoh kat korang ...contoh korang nak kaji tanah..tak mustahil dari tanah tu korang boleh jadikan dia emas!"bahahahah....kaya ma...aq dgan muka innocentnya percaya hahaha...terus terfikir dalam hat"apa lagi ainul....manufacture is the best for u to be among the richest person in this world!"bahaha..aq bersikap materialistic jap..eh tak2 manufacturistic!!!ngee~~sebenarnya akak tu cakap mcm tu coz dia tengok aq ni mcm dah hilang minat je dgan apa y dia ceramahkan..huhu...sorry akak but for me u are too serious!!need to practise more..ececeh da macam judges la plak...ko ingat ko sapa hah!





ni jer y sempat aq ambil...sebab tetiba tangan n mulut aq ni ringan la plak nak tanya ah chong y jaga kat ctu tu...wa manyak friendly la lia arr wa manyak suka cakap sama dia itu macam!
 wei2 just nak inform kat korang...sekarang broadband da murah....and very fashionable!so sapa y nek save bajet tapi rasa macam nak beli&guna benda ni....sekarang adalah masa y sesuai...lebih2 lagi kalau anda seorang pelajar!!U all are very lucky to have Najib as your PM!!!aishhh politik la plak...oopppsss sorry2 terbabas pulak hari ni punya penjelajahan..~~