Contact

Thursday, March 31, 2011

Apa itu Windows Live Writer’s?

 

Salam,

Hehe hari ni dapat update blog laju2 lagi sebab ada aplikasi baru dalam lappy ni.Hehe.Maka makin rajinlah saya nak buat homework dekat sini!^^

Aplikasi ni buat apa?

Senang je ,pada siapa2 yang pakai Windows 7th Pro pasti ada bendalah ni .Tak caya?cuba belek2 lappy anda sekarang ! Bukan dari segi luaran tapi dalaman..Huhu.Yang window lain tu tak pasti la pula..cuba anda rajin2 update software dalam komputer tu..pasti boleh buat hidup anda jadi mudah dan makin bahagia!

Sebab apa?

Sebab kalau nak update belog lepas ni tinggal buka software ni instead of every time you need to sign in before beginning with your new post lorh! Smile

There it comes the best part , wherenever saya buat ikon smiley , automatically dia jadi simbol muka comel!Lagi la saya jatuh cinta dengan benda ni.Maka saya pun cuba buat muka2 lain pula macam :

SmileSad smileOpen-mouthed smileSurprised smileHot smileSmile with tongue outEmbarrassed smileConfused smileSick smileParty smileFreezingJust kiddingRed roseNerd smileNinjaWinking smile

cool kan..apalagi cepat dapatkan edisi terbaru dari window anda!ker saya jew yang baru tau??he?hu3..Thumbs up

Saturday, March 26, 2011

FINAL EXAM MOOD!

Ya Allah ! saya dah dekat simpang nak masuk next year.erm??apakah??second year lorh..baru second tapi kepala hotak dah macam orang nak final.Ececeh ..macam ko tau je orang final kepala hotak diorang camana kan...Dah stop disitu.Memang hari ni saja nak update belog ni laju2 ..sebab lepas ni nak kena sambung study lagi...Semua student dekat UIA sekarang tengah sibuk menyelak helaian demi helaian ...kekunci demi kekunci diatas keyboard masing2 untuk menyiapkan projek..mengulang kaji dan yang sewaktu dengannya...Tapi macam aturan dalam medan perang la kan...pejuang haram hukumnya untuk meninggalkan medan masing2..begitu juga dengan saya..tak kira susah ke senang macam kacang ke...saya tetap setiap pagi tegar mencekalkan hati untuk mengasah parang,pedang dan segala bagai..

Apa2 pun tetap saya bersyukur...semua kerja berjaya disiapkan pada waktunya..Ohoh tetiba rasa rindu dekat family..padahal baru je datang tu ari nak jenguk anak kesayangan mereka ni...siap bawa 3 potong kek!Semuanya untuk memujuk supaya lebih tenang menghadapi exam nanti..masuk akal ke?mesti la masuk sebab saya suka makan kek!;p


The first big exam need to be face is theory on workshop!Doa kan saya ye!Tuhan saja yang mampu membalasnya...Amin...Wassalam..


when i'm working in the workshop.. ^-^

Tuesday, March 22, 2011

Iktibar Dari Tsunami Jepun

11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.
Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.
Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.
Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]
Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.
Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.
Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Itukah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.
Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.
Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?
Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?
Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :
"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)
Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.
Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.



Iktibar Dari Tsunami Jepun | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, March 14, 2011

Aku juga manusia biasa

kadang-kadang kita rasa semuanya sempurna
ada gelak ketawa
tangis dan hiba
tapi semua tu tak pernah terfikir oleh kita 
kepentingannya dimasa hadapan apatah lagi


kadang-kadang kita hanya sedar bila semuanya hilang dihadapan mata
mungkin sahabat atau ahli keluarga
manusia..
memang sifatnya mudah lupa
tidak terkecuali aku


aku hanyalah seorang manusia biasa yang diberi peluang untuk melihat kekuasaan yang Maha Esa
lebih tepat aku juga seorang hamba..
hamba kepada yang satu ..
yang menjadi sembahanku berhari-hari
tanpa perlu keraguan , aku teruskan jua


kekadang juga dapatku rasakan turun naiknya iman..
iman yang tidak bisa dilihat namun kenikmatan memilikinya tetap menjadi dambaan


kekadang sempat jua aku mengadu agar diberikan kekuatan
ya kekuatan
aku tetap seorang yang lemah disisinya


hari demi hari kelemahanku semakin jelas seperti sebuah cermin usang
cermin yang jika digilap menyebabkan wajahku lebih jelas kelihatan

aku cuba untuk merendahkan diriku serendah yang boleh bila mana kurasakan aku semakin tinggi menggapai
aku tidak mahu hanya menggapai dan menjalar seperti tumbuhan menumpag
aku tidak mahu diriku jatuh dari tempat yang terlalu tinggi yang mungkin juga boleh membunuhku


penyesalan..
kekesalan..
keresahan..
kebingungan..
muhasabah..
telah lama menjadi sahabatku..
sahabat yang tidak pernah memungkiri janjinya untuk bersamaku selamanya..


Namun diri yang hanya sekerdil semut ini tahu apa yang terpenting dalam hidupnya..
ya ..keredaan
ya , keredaan dari yang Maha Esa..
Ya Tuhan, pintaku hanya satu berikanlah daku kesabaran ..
Jika ini jalan penunjukmu untuk aku lebih dekat disisimu..
maka aku reda... Amin..


wassalam.

Monday, March 7, 2011

Whatever that he say,it is always can make my day.

Rindu tak ,rindu tak???wah tetiba jadi seorang yang perasan!

Hari ni nak share apa lecture UNGS saya cakap dekat kelas tadi.Boring??Hentah la....pada saya ok2 je,what about others??jangan tanya diaorang ,tanya hati diaorang...pasti kata best!

Pada yang tak mengerti,UNGS adalah subjek wajid bagi semua kuliyah untuk bukan sahaja dipelajari bahkan juga dihayati...di UIAM.Lebih kurang subjek agama ,tapi lagi....general?ermmm kritis....ermm tak tau nak cakap ,eh tak, nak tulis macamana dekat sini.Ok,cukup penerangan disitu...tak faham tanya kendian.Saya ok je.

Nampak tak ayat-ayat baik punya diatas tu?Maksud ayat baik adalah ayat yang tidak menggunakan short form lagi...oooOOOO yeay...kenapa??insaflah we,sejak dengar apa lecture@ustaz tu kata...

Beliau kata apa?

1.Bahasa kamu melambangkan diri kamu

-maknanya kalau kita pakai bahasa pasar , kita jadi orang pasarlah kan...itu yang saya fahamla...tapi ada lagi tu yang tersirat..cuba fikirkan...so,saya tak nak jadi orang pasar masa saya menuntut diuniversiti...lagi satu, macam saya selalunya pakai kasut but nak pergi kebun ,tapi tetiba saya pakai but tu pergi temuduga.Wah.. O.o

plus,he said that,
"if your language is rubbish,then your mind also is kind of rubbish!"

peh, mendalam tu we,saya dengar..nak telan air liur pun tak lalu...

2.He also said that,"try to think on what you are doing now...,if it is for money,it is just enough that you open small supermarket in front of you house!.Why?Because if you ask them(people who already make it),they can get about RM5000 a day!A day ok!"

itu memang tak boleh bla we,saya hanya bisa menganggukkan kepala...sebab saya pernah tanya mak cik jual nasi ayam di satu kedai makan biasa ni dulu,dia kata satu hari boleh dapat RM2000 untuk nasi ayam sahaja!

So,which one do you prefer??Are you coming to the university just for money??name??ambitions?? or for the sake of Allah...to perform your responsibility??

If it is for Allah...then why there is still students who are not folowing the rules of Allah...??Such as what??fikirlah sendiri...

If not ,then you are nothing ,eventhough you are a student,who suppose to have the knowledge,but where is your knowledge??Why don't you apply it in your daily life??Are you learning for nothing?Of course knowledge can't be seen...

So ,try to think why you are here??(university).what is exactly your role?

p/s:macam tulah yang berlaku setiap kali lepas kelas UNGS, pasti kepala saya akan merewang memikirkan kata-kata ustaz yang banyak perlu difikirkan..kadang-kadang terasa bertuah masuk kelas tu..mungkin kalau tak,saya tak pernah fikir pun pasal benda-benda tu...kekadang benda-benda yang kita anggap remeh tu la yang membentuk diri kita...start to think again now...da...semoga bermanfaat untuk semua.Wassalam!

EH,SAYA BUKAN MATA DUITAN(MATA YANG HANYA NAMPAK DUIT BERTAN-TAN) TU TAU!ERK..